GUA MUSANG - Walaupun kehilangan tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi sudah masuk hari ke-45 hari ini (semalam), namun keluarga mangsa masih menaruh harapan anak masing-masing dapat ditemui semula dalam keadaan selamat.
Sepanjang kehilangan mangsa, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan mereka termasuklah menggunakan kepakaran bomoh.
Namun, apa yang mengecewakan tiada langsung sebarang bukti ditemui sehingga timbul pelbagai andaian buruk yang mengaitkan tujuh murid berkenaan telah diculik dan dibunuh untuk diambil organnya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pelbagai-ikhtiar-jejak-mangsa-1.437590