Jimmy Kyu 分享了 Amilin Sulaiman 的照片。
Friday, March 1, 2013
Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama
Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama
kumpulannya pernah
membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada
pendatang tanpa izin
di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.
Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’
dari 1990 hingga
1994.
“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa
sebulan. Katakan
(pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan
pada tarikh
yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno
Cawangan Skudai
Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN
hari ini.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu
ditemani Ketua
Wanita
KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa
Koya dan Ketua
Biro
Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN,
Dayangku
Intan.
Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di
pejabat Umno Sabah
di
Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun,
pemimpin Usno
Sabah.
Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit
mengundi B
N dalam pilihan raya umum.Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai
Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam
‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu
kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu,
mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan
memastikan Parti B
ersatu Sabah (PBS) tumbang.“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi
ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’.
Bila kita sampai di satu-satu
kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama
asal atau bukan asal,” katanya.
“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan
nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu
kita ambil gambar dan
cap jari dan hantar ke pejabat Umno,”
jelas Siti Aminah lagi. ~kerajaanrakyat.blogspot