李甜福的诗歌BAHTERA MALAYSIA---ORANG MELAYU BUKAN MUSUH ORANG TIONGHUA
Kita Bukan Musuh, Kita Ditakdir Hidup Mati Bersama
---Memperingati Sasterawan Usman Awang yang dicintai
masyarakat Tionghua dan semua lapisan
masyarakat
masyarakat
Orang Tionghua bukan musuh Melayu
Orang Melayu juga bukan musuh Tionghua*1
Sama juga Orang Tionghua, Melayu, India,
Kadazan, Iban, Bajau,serta ras-ras lain di nusa tercinta ini
Bukanlah musuh, bukanlah lawan
Di tanah air tercinta ini
Kita sama-sama ukirkan kata cinta
Walaupun banyak insiden pahit berlaku
Tetap juga kita bersama mengahdapinya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu juga Tionghua dan India
Mengembara ribuan batu dan kilometer
Bersama-sama menyumbang dan membawa hasil
Memakmurkan negara mengharumkan imej
Kita ditakdir bersama di bahtera Malaysia
Maka tiada alasan dan dalih Mencari pasal memarah satu sama lain
Kerana Orang Melayu bukan Musuh Tionghua,Benggali, Iban, Kadazan dan India
Orang Tionghua juga bukan musuh Melayu dan puluhan ras di nusa ini
Persahabatan sentiasa di dalam benak
Persaudaraan seringkali di lubuk hati
Kalau kita bukan saudara, bukan sahabat
Kenapa ditakdir bersama-sama dalam bahtera
Kita ditakdir hidup mati bersama
Tiada pilihan tiada alternatif
Bermusuhan akan membawa jahanam
Memutuskan silaturahim satu dosa besar
Pemergian Mu sudahpun selama 12 tahun
Kita masih mengenang wajah dan semangat
Keperi-manusiaan, keadilan, hak asasi manusia
Dan patriotikisme tak mungkin dilupakan
Kita semua, tak kira warna kulit, bangsa dan agama
Sama-sama menyambungkan tali persaudaraan
Mengeratkan kasih sayang
Rasa kecintaan memaniskan keutuhan persaudaraan
Putra-putri sayang dari berbilang ras, berbagai kultur
Hapuskan curiga, sangsi dan syak wasangka
Kikiskan sikap angkuh,eksploitasi dan diskriminasi
Sama-sama berjuang demi membawa harapan kepada anak dan cucu
Persahabatan dan persaudaraan yang dipapar oleh Mu
Sering menjadi tauladan dan dicontohi
Semangat keperi-manusiaan semerbakkan ibu pertiwi
Putra-putri datang menunaikan bakti
Kita tak akan lupa nasihat menteri
Mengamalkan sikap saling menghormati*2
Rukun Negara dijadikan paksi kesejahteraan
Sama-sama hidup aman selesa di dalam bahtera Malaysia.
Oleh: Victor Lee Thean Fook
Nota:
*1—Usman Awang pernah berkata demikian kepada orang ramai dan
khalayak umum.
*2-- Menteri di JPM Tan Sri Joseph Kurup semasa
menyampaikan ucapan induknya pada Sidang Media Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang,
27,Ogos 2013 berkata sikap hormat-menghormati boleh mengurangkan kecurigaan
antara berbilang ras.