Harakahdaily 分享了 Suhaizan Kayat 的照片。
KENYATAAN MEDIA
PEMUDA PAKATAN RAKYAT
PEMUDA PR SOKONG TURUN HIMPUNAN 31 DISEMBER 2013
Pemuda Pakatan Rakyat (PR) menyokong usaha anak-anak muda untuk hadir berhimpun
di Dataran Merdeka pada malam ini. Insiatif anak-anak muda berhimpun
bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan harga barang
keperluan menandakan solidariti anak-anak muda serta keprihatinan mereka
terhadap isu-isu semasa khususnya yang berkaitan dengan isu rakyat.
Himpunan pada malam ini memberi pengertian bahawa anak-anak muda semakin
matang dan celik politik.
Mereka tampil membela jutaan rakyat Malaysia
yang terhimpit dengan kenaikan kos hidup yang mendadak ekoran kenaikan
harga yang melampau.
Rakyat Malaysia semakin miskin dan jauh dari
kemampuan sebenar memiliki kemudahan asas dan memenuhi keperluan hidup.
Pemuda PR juga merasa kecewa dengan wujudnya anasir keganasan yang
didakwa akan dicetus oleh pihak tertentu dengan memainkan isu ancaman
bom atau kejadian letupan semasa perhimpunan malam ini nanti.
Pemuda PR
menganggap isu ancaman bom adalah cetusan rasa gelisah mereka yang tidak
bertanggungjawab mahu menakut-nakutkan rakyat khususnya anak-anak muda
daripada bangkit menghadiri perhimpunan itu nanti.
Pihak tertentu
sengaja mencetus isu ancaman bom dengan mengulangi skrip letupan bom
semasa perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah Jalan Duta
beberapa tahun lepas yang masih menjadi misteri dan belum diselesaikan
sehingga kini.
Pemuda PR sepenuhnya percaya pasukan keselamatan akan memainkan peranan
mereka memastikan tiada letupan atau kejadian tidak diingini akan
berlaku semasa perhimpunan itu nanti. Pemuda PR juga berkeyakinan
perhimpunan ini adalah suatu perhimpunan aman sebagaimana
perhimpunan-perhimpunan yang dianjurkan sebelum ini dan rakyat tidak
perlu khuatir berlaku insiden yang tidak diingini.
Akhirnya, Pemuda PR mengajak seluruh ahli dan pendokong Dewan Pemuda PAS
(DPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta Pemuda Sosialis Parti
Tindakan Demokratik (DAPSY) untuk turut hadir bersama anak-anak muda
memeriahkan himpunan ini.
Tahun 2013 akan melabuh tirai dengan catatan
sejarah penuh gemilang anak-anak muda bangkit penuh kemarahan menandakan
rakyat bukan lagi barang dagangan yang boleh diperlakukan sesuka hati.
SUHAIZAN KAIAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
YB SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda Keadilan
YB TEO KOK SEONG
Ketua Pemuda Sosialis
Parti Tindakan Demokratik (DAPSY)
- 你与其他 4,124 人都说赞!