Monday, May 31, 2010

M'sia bankrap 9 tahun lagi sekiranya BN terus memerintah

M'sia bankrap 9 tahun lagi sekiranya BN terus memerintah
14 Jamadil Akhir 1431H.


Drs. Khalil Idham Lim

Terkejut besar dengan kenyataan dari menteri yang satu masa dulu jaga kapalterbang bila katanya Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Satu kenyataan yang saya sifatkan tidak lebih dari menghalalkan tindakan BN yang akan menyusahkan rakyat. Namun tahukah Idris bahawa apa yang disubsidikan oleh kerajaan sebenarnya datang dari rakyat juga, jadi apalah salahnya subsidi ? yang jelas bagi saya negara akan bengkrap bukan kerana subsidi tetapi kerana rasuah berterusan oleh pemimpin BN sehingga wang rakyat sebenarnya banyak yang masuk poket orang politik malah lebih banyak dari subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Bayangkan bagaimana Malaysia boleh jadi bengkrap dengan pengurusan wang dan khazanah negara seperti dibawah bila

1- Negara kehilangan hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai.
2- Sime darby rugi lebih RM1 billion
3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta...
4- PKFZ rugi beratus billion..
5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta...
6- Kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahun.

Anonymous says:
May 30, 2010 9:56 AM

Senarai diatas adalah beberapa pratus dari banyak lagi penyelewangan dan pembaziran wang kerajaan yang akan menbengkrapkan negara bukannya kerana subsidi.

Termasuklah bagaimana MAS yang pernah dijaga Idris rugia dan akan bengkrap bila 3 buah lukisan yang menghiasi dinding di pejabat Pengerui MAS yang bernilai RM1.5 juta dan seorang Pengurus Kanan MAS bernama Chris Andrews, seorang warga asing yang dibayar gaji RM7,525 sehari! (bersamaan hampir suku juta sebulan ataupun RM2.7 juta setahun!)

Semuga rakyat tidak termakan usaha Idris untuk memperbodohkan rakyat itu, yang penting lagi cepat BN disungkurkan lagi cepat negara kita akan tidak bengkrap. malah bukanNya sampai kena tunggu 9 tahun, bagi saya negara kita telahpun bengkrap kerana kerakusan pemimpin BN mengambil harta rakyat setiap kali mandat diberikan. BAPA JUDI NASIHAT KAT KITA JANGAN PERCAYA KAT ANWAR !!
Aku malas nak komen banyak la pasal `Bapa Judi' menasihatkan rakyat jangan percaya kepada janji Anwar. Aku tengok kat berita Awani petang tadi, Bapa Judi ni bagitau Anwar tu cuma boleh berjanji tapi belum tentu boleh laksanakan.

Maka, Bapa Judi ini pun menyebut tentang projek 16 Sept yang dulunya dicanangkan oleh Anwar. Aku tak tahu la mengapa bodoh sangat Bapa Judi ni, masakan dia tidak tahu mengapa projek 16 Sept itu gagal? Jika Anwar berbohong, mengapa berduyun-duyun MP Umno/Bn melancung ke Taiwan? Mengapa Pak Lah takut nak panggil Dewan bersidang untuk buktikan bahawa sokongan terhadap Anwar mencukupi? Dan, bukankah MP katak Zahrain pun akui projek 16 Sept memang satu perancangan Anwar dengan menyebut beberapa orang MP dari Bn yang menyokong Anwar? Kegagalannya adalah disebabkan tekanan dan takutnya geng-geng Bapa Judi ini untuk menyaksikan peralihan kuasa berlaku di Parlimen secara demokrasi bukan seperti di Perak.

Usul tidak percaya ke atas kerajaan di bawah sekutu Apco itu tidak dapat diadakan. Ertinya, plan 16 Sept tidak bohong cuma ianya tidak dapat direalisasikan akibat kebaculan puak mereka.

Lagi satu, kita mahu percayakah kepada orang yang keluarkan lesen judi ini? Dia yang beri biasiswa untuk pelajar-pelajar agama baru-baru ini dan dia jugalah yang keluarkan lesen judi. Sama seperti kambing kita makan buat gulai, daging babi kita buat sup dan ajak orang makan ramai-ramai. Orang Non Muslim makan daging kambing, dan yang puak-puak mereka pilih daging apa?

Ooopss..lupa pulak aku nak bagitahu siapa yang aku maksudkan dengan Bapa Judi yang aku sebut ni. Kalau nak tahu, korang yanyalah YB Mahfuz, dia lebih tahu

Anonymous says:
May 30, 2010 9:58 AM

SOKONG LAH UMNO-BN KALAU NAK MINYAK NAIK
Minyak akan naik! Itulah 'hadiah' istimewa sebagai menepati slogan rakyat didahulukan. Paling lewat dijangkakan penghujung tahun ini. Dalam situasi atau zaman 1Malaysia pun sudah menunjukkan suasana yang cukup gawat mampukah kerajaan Umno-BN yang ada sekarang mampu bertahan dengan kos subsidi sebagai membantu golongan pertengahan dan bawahan di negara ini?

Walaupun Perdana Menteri 1Malaysia kata, suara rakyat akan diambil kira sebelum membuat keputusan sebarang kenaikan harga minyak tetapi itu cuma cakap-cakap politik. Selama ini banyak keputusan kerajaan 1Malaysia yang menafikan hak dan suara rakyat.

Paling terbaru apakah penyerahan dua telaga minyak yang dianggarkan bernilai RM 320 bilion kepada Brunai mengambil kira suara rakyat? Begitu juga dengan penyerahan tanah KTMB di Singapura? Judi bola pula macam mana? Malah parlimen juga tidak dimaklumkan tentang semua keputusan penting yang membawa implikasi cukup besar kepada negara.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) berkata dalam tempoh sembilan tahun negara ini boleh bankrap jika terus mengekalkan dasar subsidi juga tidak boleh diterima.

Ini kerana kerajaan Umno-BN membuktikan mereka mempunyai simpanan wang yang melimpah ruah seperti yang dibuktikan dalam pilihanraya kecil yang lalu. Malah kerajaan Umno-BN memiliki wang yang banyak untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan memberi 'saguhati' kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat yang melompat kepada Umno-BN.

Malah pendedahan bahawa zaman Dr. Mahathir dan Pak Lah Perdana Menteri menyebabkan pembaziran ratusan bilion ringgit kepada negara ini membuktikan kerajaan Umno-BN mempunyai banyak duit.

Maka tak ada sebab dan alasan Kerajaan 1Malaysia Umno-BN hendak menaikkan harga minyak seperti jadual yang dicadangkan ini:

2011 - RM2.16

2012 - RM2.20

2013 - RM2.34

2014 - RM2.52

2015 - RM2.60

Tetapi jika kita nak merasa juga harga minyak naik maka jomlah kita pakat-pakat undi Umno-BN lagi dalam pilihanraya akan datang....

http://neutraldaily.blogspot.com/2010/05/mansuh-subsidi-bn-bersedia-kalah-pru-13.html