Wednesday, May 12, 2010

The truth, the right to know the truth, to know everything, every action, every step!!! No hiding, no manipulation, no more musyawarah!

Pembunuhan Yang Menggemparkan Malaysia & Dunia

(Dedikasi kepada Mendiang Teoh Ben Hock, Mendiang Kugan, kini Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang 15 tahun……., dan mereka yang sudah dianiaya, dibelasah, didera, dibunuh secara sulit, terbuka dan di bawah pelbagai kaedah-kaedah yang berlainan yang masih tanpa diketahui ..…………. )

Seorang rakyat Malaysia yang bermastaudin di bawah jajahan DYMM Yang Dipertuan Agung
Yang merupakan warganegara sah di negeri tanah Selangor yang di bawah jajahan DYMM Sultan Selangor
Telah mati tanpa sebab di ibu pejabat negeri Selangor SPRM(MACC)
Semasa disoalsiasat

Tidak kira apa jua keadaan dan situasi
Dalam perkarangan SPRM(MACC)
Dalam waktu dan keadaan yang masih ditangan SPRM(MACC)
Tidak kira apa jua situasi
Semua pegawai di ibupejabat SPRM(MACC)
Harus bertanggungjawab penuh

Tiada alasan dan dalih menolak
Tiada hujah yang boleh melarikan tanggungjawab
Tiada dalih yang membilang ABC hingga Z

Tidak kira apa jua persekitaran
Tidak kira tak tahu, tak nampak
Tak mengerti, tak kesan

Seandainya dan sudah bukti berlaku di perkarangan SPRM(MACC)
Sudah bukti berlaku dalam tempoh soalsiasat
Sudah berlaku dalam keadaan sukspek masih di dalam kawasan SPRM(MACC)
Sudah bukti SPRM(MACC) tidak memberitahu dan menghubungi familinya
Sudah bukti sukspek masih dalam lingkungan SPRM(MACC)
Sudah bukti di kawasan dan di dalam tempat SPRM(MACC)
Maka SPRM(MACC) semestinya dan tiada apa sebab boleh melarikan tanggungjawab penuh

Seperti berlaku dalam rumah sipolan atau sianu
Yang membawa seorang kawanya ke rumah
Kemudian kawan itu mati di perkarangan rumah
Maka bolehkah ketua atau tuan rumah mengata dia tak tahu
Bolehkah tuan rumah kata itu bukan tanggungjawabnya
Bolehkah tuan rumah berkata dia mana tahu di mana perginya
Malahan baru-baru sahaja dia masih bermain, bercakap dan bersama dengannya
Inilah fakta, yang berlaku dalam rumahnya
Tuan rumah dan ahli keluarganya masih tetap bertanggungjawab
Maka semua pesetan (pegawai siasatan) dari A hingga Z, dari kerani hinggga yang paling berpangkat harus disoalsiasat
Untuk mencari fakta

Kematian seorang rakyat Malaysia di SPRM(MACC)
Menggemparkan seluruh Malaysia dan sedunia
Kerana kebenaran tidak dapat dituntut
Kerana keadilan dan kesaksamaan tak dapat disaksikan
Kerana kezaliman yang leluasa telah melampaui batasan
Yang amat menggemparkan seluruh Malaysia
Mengemparkan dunia


Kezaliman berturut-turut memaharajalela
Demokrasi sudah diancam
Hak asasi rakyat Malaysia sejati digugat


Rakyat sejati dan rakyat anak jajahan DYMM Yang Dipertuan Agung
Yang merupakan warganegara sah di negeri tanah Selangor yang di bawah jajahan DYMM Sultan Selangor
Telah mati tanpa sebab di ibu pejabat SPRM(MACC)


Kebenaran mesti dituntut
Kebenaran mesti dicari
Kebenaran mesti dipaparkan
Kebenaran mesti dibongkar di mata nyata
Seluruh rakyat Malaysia
Di mata warga sedunia
Membuktikan kebenaran yang sebenar-benar


Mengambil langkah menghalang kezaliman berleluasa
Dilanjut lagi generasi demi generasi
Segala soalsiasat semestinya ada 1 hingga 4 orang peguam bersama
Soalsiasat tidak boleh melampaui 8 jam
Soalsiasat tidak boleh menggunakan kata ugut dan kasar, cara memukul sulit dan meragut nyawa


Tibalah masa menegakkan sistem soalsiasat yang sekian lama amat menjijik dan tak berperikemanusiaan
Menyalahgunakan kuasa laksana setan kejam yang berkuasa
Memusnah hak asasi manusia dan hak sebagai rakyat
Tibalah masa menghentikan kezaliman dan kekejaman berturut-turut
Menganiaya generasi demi generasi
Menghancurkan hak asasi anak dan cucu
Mengancam kebebasan dan demokrasi nusa tercinta
Tibalah masa menegak segala penyalahgunaan kuasa yang melampau
Yang amat menjolok mata
Langsung tidak menghormat kita semua rakyat Malaysia yang sejati
Rakyat jajahan DYMM Yang Dipertuan Agung
Warganegara sah di negeri tanah Selangor yang di bawah jajahan DYMM Sultan Selangor


Kejadian yang amat menyedih dan memilu
Rakyat Malaysia anak nusa tercinta telah mati tanpa sebab di ibu pejabat negeri Selangor SPRM(MACC)
Semua rakyat Malaysia menuntut kebenaran
Menuntut hak asasi rakyat Malaysia
Menuntut maruah sebagai rakyat Malaysia
Maruah anak sejati jajahan DYMM Yang Dipertuan Agung
Yang juga merupakan warganegara sah di negeri tanah Selangor yang di bawah jajahan DYMM Sultan Selangor


Semau rakyat Malaysia ingin tahu kenapa rakyat Malaysia kita telah mati tanpa sebab di ibu pejabat negeri Selangor SPRM(MACC)
Kenapa dan
Di mana hak asasi dan kebebasan minimal sebagai warganegara dan rakyat Malaysia
Di mana letaknya hak demi hak
Di mana letaknya kuasa sebagai warganegara Malaysia
Di mana masa depan rakyat Malaysia
Di mana harapan generasi baru
Di mana pelindungan minimal pada anak dan cucu
Kerana semua ada anak dan cucu
Di mana hari esok semua rakyat Malaysia jajahan DYMM Yang Dipertuan Agung
Yang merupakan warganegara sah di negeri tanah Selangor yang di bawah jajahan DYMM Sultan Selangor
Kita inginkan pelindungan
Kita inginkan hak sebagai rakyat, sebagai insan
Hak keadilan, kesaksamaan dan hak yang mengetahui segala-galanya
(The truth, the right to know the truth, to know everything, every action, every step!!! No hiding, no manipulation, no more musyawarah that always hiding secret and cheating people, and we all want transparency, nothing but transparency!)

Kita tidak lagi menerima alasan bukan-bukan, putar-belit yang menipu dan mendusta
Kita inginkan hak asasi yang lama sudah diputar-belit
sudah diancam dan dipermainkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab
Hak asasi yang telah hilang di negara yang tercinta
Di nusa yang amat menyayang dan mencinta seribu tahun, sejuta dan sebilion tahun!