Wednesday, October 20, 2010

Rabu, 2010 Oktober 20

SELAMAT HARI HARTAL


63 tahun yang lalu, golongan kiri terdiri dari parti-parti dan pertubuhan patriotik-demokratik telah melancarkan hartal di seluruh negara menuntut kemerdekaan penuh tanah air.

Penjajah British dan tali barutnya bagaikan cacing kepanasan berhadapan dengan perjuangan rakyat tersebut. Beberapa bulan selepas itu, kaum penjajah telah mengisytiharkan undang-undang darurat mengharamkan semua parti-parti tersebut dan menyumbat para aktivis dan pemimpinnya ke penjara.

Walaupun hartal itu telah berlalu, tapi semangatnya tak pernah padam. Ia terus menyala memberikan kekuatan kepada kita!

http://matamin02.blogspot.com/2010/10/selamat-hari-hartal.html