Tuesday, July 27, 2010

VOICES OF ALL SABAHANS, SARAWAKIANS AND MALAYSIANS

get rid of Umno in Sabah and in Malaysia

Sunday, July 25, 2010

UMNO is a disease in Sabah

KOTA KINABALU: Long-standing Sabah Barisan Nasional component party, the Liberal Democratic Party (LDP), is beginning to resemble a sitting duck in the ruling coalition.

The party is reeling from an onslaught by the coalition's linchpin, Umno Sabah, which has made it a habit to harass its coalition partner.

The continued baiting has put LDP leaders in a combative mood after yet another Umno division leader made a public demand for a state seat held by the party.

Now it's Kudat in the northern tip of Sabah.

Albert Kok, the LDP publicity officer, came out swinging against Bolkiah Ismail, the assemblyman for Pitas, for laying claim to the Tanjung Kapor seat held by LDP.

The demand was all the more galling for the BN component party as it came during a meeting officiated by Umno vice-president Hishamuddin Tun Hussein early this week.

"He (Bolkiah) pretended to befriend us together with other members of the component parties but his action is akin to that of a wolf in sheep's clothing,” Kok said angrily.

"Asking for a seat in front of Hishamuddin and Tanjung Kapor assemblyman Teo Chee Kang (LDP secretary general) reflects his immaturity and insensitivity to fellow comrades in the government.

“He has shown no respect to his guest-of-honour and guests,” Kok, who is also the private-secretary to LDP chief VK Liew, a deputy minister in the Prime Minister's Department, added.
Posted by JOE at 11:44 PM
Labels: BN, umno
12 comments:
Anonymous said...
how to get rid of umno from sabah?

July 26, 2010 12:09 AM
Anonymous said...
Umno is a party that was formed from the beginning of malaysia.

Its deep rooted institution, the culture, the way they corrupt and use the government system and political maneuveuring to get their political support to go ahead with their agendas, having created many umnoputras millionaires through corrupt practises and having leaving out the other races including their own race...melayu.

Creating racial issues to serve their political ends... long live Perkasa! craps

July 26, 2010 12:19 AM
Anonymous said...
Umno is a party that was formed from the beginning of malaysia.

Its deep rooted institution, the culture, the way they corrupt and use the government system and political maneuveuring to get their political support to go ahead with their agendas, having created many umnoputras millionaires through corrupt practises and having leaving out the other races including their own race...melayu.

Creating racial issues to serve their political ends... long live Perkasa! craps

July 26, 2010 12:19 AM
Anonymous said...
There is nothing much LDP can do in BN, their only role is sing to the tune of UMNO.

A vote for LDP = a vote for UMNO

July 26, 2010 12:20 PM
Anonymous said...
vote them out! Insist on the contracts signed and if need arises go to the international court and get your Right back to govern your country yourself. but I can tell you what will happen next election: Sabahans will again be a lazy lot and stay home watching TV instead of being out and voting early morning and taking a position to help to make sure that we have only genuine voter! Why can't we use the fingerprint on the MyCard to check if the person is the right one to vote???? WHAT for do we need a fingerprint from the age of a few hours if we do not use it for this special purpose??? Cheating gets harder that way and photocopies are not legal documents -so - no vote without original documents and a counter-check on fingerprints and the voting will be a lot cleaner!

And you know your neighbor! If someone likes to vote no one knows get them checked out and ban bus loads full of supporters - chances are good that they are phantom voters and they have the order to distract the ppl that they can cheat. Don't let them in to the voting areas! Take the security seriously for once and take back Sabah into your own hands!

Good luck!

July 26, 2010 12:27 PM
Anonymous said...
All the Sabah component parties in BN are the slave to their evil master umnok.

Their evil umnok can say whatever they like and the rest are just a puppet, good and an obedient dog.

July 26, 2010 3:56 PM
Anonymous said...
if you can't beat them - join them!

Make the illegals legal and take away the threat to them -

UMNO's threat to them is - if you do not vote for us we kick you out!

Take away this threat and you may be surprised how many will vote for PKR and SAPP!

July 26, 2010 5:25 PM
antidote said...
SAPP needs an anti-viral antidote to get rid of Umno in Sabah.

This antidote is the voters who are called antibodies.

Come let's be the antibodies to get Umno the hell out of Sabah and for good!

July 27, 2010 12:06 AM
Anonymous said...
the malaysian economy has been pulled down by massive corruption, brain drain, FDI declining rapidly, racism and religious bigotry, kulitrocracy and moronic leaders.

Lets say if Lee Kuan Yew were the Prime Minister here, Malaysia would have progress far better than not only Singapore but most of the asian countries. think about it

July 27, 2010 12:13 AM
Anonymous said...
Everyone knew it yet they always like it!This is the best lyrics I can think of here!
"Many like Gerakan MCA and PBS all sing 'Halelujah' with UMNO"!
Already rooted and bite you too like past CM rotation benefitting even YTL many chinese CM!
Remember the rule is 'Divide you and rule you'....hahaha continue singing bah!

July 27, 2010 10:24 AM
Anonymous said...
PM came to Sabah all ready to que up and welcome him. Dia got no feeling about your hospital or whatever but enjoy walk about.
In Sarawak he remembered Penan who had walked miles to see him!
Apa ini sabahan ketua-ketuanya just like my cat. Miao sahaja apa boleh mereka buat? No change when election come....sama saja. Percaya tak?

July 27, 2010 10:32 AM
Anonymous said...
You have voted for UMNO BN over and over again and you still complain after so many years! STUPID!

Change your vote and end UMNO BN's rule in Sabah!

On top of it: Sarawaks White Raja gets the gas from Sabah because he made the deal to get it! Sabah is not worth anything but a fixed deposit for UMNO BN! Sabah always has and will be getting the breadcrumbs which no one else will have!!

You will get promises only for the next 10.000 years if you not change government in Sabah and this can only be done by educating the illegal MyCard holders and make it clear to them - if Malaysia gets bankrupt they are in the wrong boat and loose out as well as everybody else!

We have to make it clear to them that they can stay and become real Sabahans if they vote for PKR! and SAPP has to make a stand what they want to do with those ppl. that they have a future in Sabah!

Complaining does not help at all - take your country back and out of the federation and build an Borneo Alliance for a better future for everyone.

We do not need to become more Islamic - we KNOW better than West-Malaysia how to live in harmony with all races and religions!!!

http://sapphq.blogspot.com/2010/07/umno-is-disease-in-sabah.html

PAS Negeri Perak akan melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri pada 31 Julai ini di Hotel Hilcity bermula jam 3.00 petang

IPOH, 27 Julai: PAS Negeri Perak akan melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri pada 31 Julai ini di Hotel Hilcity bermula jam 3.00 petang.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki dalam satu pertemuan di Pejabat PAS Perak pagi ini.

Program tersebut, katanya akan dirasmikan ole Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Adalah dijangkan 500 ahi Dewan Himpunan Penyokong PAS dari seluruh Perak akan hadir pada hari itu," ujarnya.

Sempena pelancaran itu juga akan diumumkan senarai Ahli Jawatankuasa DHPP Negeri Perak oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussein.

"Mesyuarat agung pertama DHPP Perak akan diadakan pada tahun hadapan, ahli-ahli akan memilih sendiri jawatankuasanya," jelasnya.

Beliau yakin dengan pelancaran DHPP itu, PAS negeri akan bertambah kuat dan akan berusaha keras bagi menawan kembali negeri ini setelah dirampas oleh Umno BN selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 1:44 PM

http://idhamlim.blogspot.com/2010/07/dhpp-perak-dilancar-31-julai.html

Monday, July 26, 2010

HARAKAH DAN PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT

Media bebas, banteras rasuah dan rawatan kesihatan untuk semua

Posted on Sunday, July 25 @ 16:51:10 PDT by paktam
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Budaya rasuah ternyata mampu menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah regim. Khazanah kekayaan negara, biar betapa melimpah sekalipun, akan dipunggah tanpa batas, untuk mengenyangkan kroni dan suku-sakat penguasa, yang kemudiannya digunakan untuk mempertahankan survival kuasa.




Amalan korupsi semakin merebak dan mewabak apabila ruang awam bagi masyarakat sivil dijerut dan tambah mengecil. Rakyat tidak berpeluang menyalurkan bantahan dan protes secara berkesan bagi memperbetulkan keadaan. Sesiapa yang cuba membongkar dan menyelongkar penyelewengan "akan disusahkan".

HUBUNGAN TIMBAL-BALAS

Kebebasan bersuara sememangnya mempunyai hubungan timbal-balas dengan kemajuan ekonomi sesebuah negara dan berpeluang menyekat budaya bobrok salahguna kuasa, memperkemaskan urus tadbir dan sistem penyampaian awam, serta mengelak daripada pembaziran dan kebocoran dana kerajaan.

Walaupun agensi membanteras tumbuk-rasuk seperti Badan Pencegah Rasuah (yang mula beroperasi 1 Oktober 1967) ditingkatkan menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (pada 1 Januari 2009), namun sekiranya ruang rakyat bersuara disempitkan, yang membataskan lagi upaya "semak dan imbang", apatah lagi jika kuasa mendakwa masih mutlak di bawah Jabatan Peguam Negara (yang sering melakukan pendakwaan jenayah terpiliuh), jangan haraplah kedudukan negara kita dalam ranking dunia akan meningkat.

Negara-negara yang mencapai kedudukan terbaik dalam ranking Transparency International mengenai rasuah, seperti Denmark (tangga pertama), Sweden (pertama), New Zealand (pertama), Finland (kelima) dan Switzerland (kelima) juga menduduki tempat teratas dari segi ranking demokrasi (Denmark, 1; Sweden, 2; New Zealand, 4; Finland, 3; Switzerland, 6)) dan kebebasan akhbar (Denmark, 2; Sweden, 4; New Zealand, 6; Finland, 1; Switzerland, 6).

Pengecualian hanya berlaku ke atas Singapura, yang berada pada kedudukan ke-4 (indeks rasuah) walaupun ranking demokrasinya 74, dan kebebasan akhbar, 114. Statistik merujuk rekod tahun 2007.

Mungkin atas sebab itulah, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sering mendakwa bahawa sistem tidak demokratik lebih baik dalam membawa kemajuan ekonomi.

MENYANGGAH HIPOTESIS LEE

Bagaimanapun, Prof Emeritus Amartya Sen, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi 1998, menyanggah "hipotesis Lee" itu, dengan mengatakan bahawa ia "adalah berdasarkan empirisisme yang bertaburan, dirumus dari informasi sangat terpilih dan terhad, berbanding sebarang ujian statistik umum ke atas data meluas yang sedia ada."

Jelasnya, terdapat banyak bukti bagi menunjukkan bahawa yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan ekonomi lebih cepat adalah iklim ekonomi lebih mesra dan bukannya sistem politik lebih keras.

Beliau menegaskan bahawa respons kerajaan terhadap penderitaan akut rakyat sering bergantung pada tekanan yang dikenakan terhadapnya. "Dalam sejarah ngeri kebuluran di dunia, tiada kebuluran besar pernah berlaku di mana-mana negara merdeka dan demokratik dengan kebebasan akhbar yang relatif," tambah beliau.

Dalam pada itu, buku panduan Trasparency International 2002 meletakkan media yang bebas adalah sama pentingnya dengan kehakiman yang independen, dalam usaha melawan rasuah.

"Perlindungan sumber informasi adalah syarat utama yang diperlukan wartawan agar dapat menjalankan tugas dengan bebas. Wartawan harus yakin bahawa dia dapatmenyebarkan berita tanpa terancam kena denda atau dipenjarakan kerana tidak mengungkap sumber informasinya," tulisan itu dipetik.

Ia turut menyenaraikan faktor-faktor mengapa badan antikorupsi gagal berfungsi dengan berkesan, antaranya, kemahuan politik yang lemah, tidak ada sumber daya atau peruntukan sewajarnya, campur tangan politik, gagal melibatkan masyarakat dan badan itu sendiri korup!

Agensi membanteras rasuah hanya dapat menjalankan tugasnya dengan efektif jika mendapat dokongan politik dari tingkat tertinggi pemerintahan, memiliki sumber daya yang memadaiuntuk menjalankan misi, wewenang yang memadai untuk memperolehi dokumen dan untuk meminta keterangan dari saksi, dan memiliki pimpinan yang dipandang mempunyai integriti yang tinggi.

LONGGOKAN UMPAN RASUAH

Dalam hal ini Lee Kuan Yew (walaupun mempunyai rekod hitam-legam menzalimi musuh politiknya; baca dua memoir politik Said Zahari, Dalam Ribuan Mimpi Gelisah dan Meniti Lautan Gelora ) memang dikenali mempunyai kemahuan politik yang tinggi untuk membanteras rasuah, berbeza dengan pimpinan kerajaan Malaysia yang seringkali dilihat lebih suka "membersihkan pemimpinnya yang dituduh rasuah".

Malah Umno itu sendiri terbukti bergelumang dengan amalan rasuah dalam proses pemilihan kepemimpinannya, dan kempen pilihan raya umum sering dilonggokkan dengan umpan rasuah oleh pemimpin BN dalam pelbagai bentuk, yang kian sukar dijebak undang-undang. Pelik juga, ada tokoh Umno yang dihalang menyertai pertandingan parti kerana terbukti rasuah tetapi masih dilantik memegang jawatan kanan dalam kerajaan.

Justeru, saya dan beberapa rakan wartawan memutuskan untuk kembali mengaktifkan kembali gerakan bebaskan media melalui Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) agar rakyat seluruhnya mendapat manfaat. Tanpa media bebas, segala "kebusukan" dalam pemerintahan sukar dibanteras, dan kekayaan negara hanya berlegar di kalangan pihak tertentu yang rapat dengan serambi kuasa sahaja.

Selain melobi agar reformasi menyeluruh ke atas Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP), peraturan lain yang mengongkong, misalnya Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus turut dirombak. Hanya dengan pembentukan masyarakat bermaklumat yang matang sahaja mampu melahirkan sistem semak dan imbang yang berkesan.

II. HARAKAH DAN PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT

Pengalaman berkampung di wad HUKM - dan sebelumnya naik-turun hospital awam dan swasta, juga pusat perubatan tradisional bagi mendapatkan rawatan - diharap dapat mendekatkan diri dengan realiti kehidupan sebahagian anggota masyarakat yang jarang diberi perhatian.

Selain melihat sendiri penderitaan pesakit, berbicara dengan keluarga yang resah menanti, menyelami kegelisahan mereka yang terpaksa menunggu lama, saya turut berdepan dengan banyak kes "pengabaian" akibat kekangan kewangan pesakit.

Malang sekali apabila si miskin (di negara yang makmur-mewah ini) seolah-olah dinafikan hak mendapat rawatan yang berkualiti hanya kerana kesempitan hidup, dan terpaksa menadah ehsan orang lain.

Dengan peningkatan pelbagai penyakit kronik yang kini tidak mengenal mangsa, kos rawatan semakin membebankan termasuk kepada mereka yang kelihatan "agak senang hidupnya".Teknologi perubatan memang semakin canggih, namun fenomena "antara dua darjat" menyebabkan ia mungkin dinikmati oleh golongan berada sahaja.

PERKASAKAN HOSPITAL AWAM

Terasa keperluan yang cukup mendesak agar hospital awam kita diperkasakan secara tuntas, tanpa lengah agar - seperti janji Pakatan Rakyat - setiap rakyat berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Pakatan juga akan menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.

Benar juga luahan seorang pesakit buah pinggang yang banyak berkongsi pengalaman dengan saya: "Bagi orang macam kita, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat patut diangkat menjadi agensi kerajaan terpenting, ya? Pejabat zakat dan baitulmal pula mesti mudah membantu, kan?"

Tambahnya, "masalah besar, you pun tahu, elit Umno-BN melihat projek kebajikan seperti pembinaan hospital, kontrak bekalan ubat dan peralatannya, untuk kaut untung berlipatganda ... rasuah pun banyak."

Seorang rakan, jurutera kanan sering merungut: "Dalam setiap projek, sekurang-kurangnya RM10 juta hanya untuk rasuah politik. Nilai projek meningkat hanya untuk mengenyangkan kroni dan dana politik parti pemerintah. Semua projek yang berpotensi untuk buat duit dijalankan melalui rundingan, bukan tender terbuka. Hang masih ingat kes bekas setiausaha politik Nor Yaacob, Hasbie Satar?"

(Terdapat kajian merumuskan bahawa projek raksasa yang melibatkan pembinaan infrastruktur lebih disukai daripada projek untuk pembangunan luar bandar, sektor pertanian dan pembasmian kemiskinan kerana skop untuk melakukan rasuah adalah lebih luas dan lumayan lagi. Begitu juga dengan perbelanjaan kendalian, operasi serta penyelenggaraan mesin dan lain-lain aset kerajaan kurang diminati daripada perbelanjaan jentera dan peralatan baru).

RASUAH TETAP PENGHALANG UTAMA

Sepatutnya soal dana tidak menjadi masalah besar bagi mempastikan rakyat mendapat kemudahan perubatan terbaik. Lihatlah betapa pembaziran peruntukan kerajaan begitu besar sekali, sebahagiannya berpunca daripada amalan korupsi, seperti yang pernah diakui Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hasan, sehingga jumlahnya mencecah puluhan bilion ringgit. (Ada dakwaan bahawa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad membazirkan lebih RM100 bilion dalam pelbagai skandal kewangan).

Malah, banyak kes pembinaan hospital di negara ini tertangguh, seperti di Shah Alam, dan ada pula yang sudah disiapkan tetapi mengalami kecacatan yang begitu ketara, misalnya di Johor Bahru dan Alor Setar. Sebahagiannya juga disebabkan amalan rasuah. Masakan tidak, peruntukan besar sudah dipotong untuk komisyen politik.

Apabila saya mendapat serangan pertama jantung, awal pagi Disember 2009, dan dikejarkan ke sebuah hospital awam berdekatan, pemeriksaan mendapati saya "okey saja" dan dibenarkan pulang tanpa dibekalkan sebarang ubat. Hinggalah apabila pada sebelah petang, Dato' Husam Musa menziarahi dan menggesa saya ke sebuah pusat perubatan swasta.

Hari itu juga, selepas ujian angiogram, saya diminta menjalani rawatan angioplasti esoknya. Saya masih mengingati balasan SMS Husam terhadap rakaman penghargaan keluarga kami: "Saya melihat sendiri ada rakan-rakan yang tidak dapat diselamatkan kerana lambat dirawat."

Beliau mengharapkan Harakah dapat memulakan inisiatif membantu dan memudahkan rakyat Malaysia yang kesempitan bagi mendapatkan rawatan terbaik. Selama ini Harakah berjaya mengendalikan tabung kemiskinannya (TKH) dengan baik. Agihannya merata ke seluruh negara. Banyak keluarga yang memerlukan sudah dibantu. Sumbangan pembaca juga cukup membanggakan.

Konsep "kerajaan berkebajikan" sebenarnya boleh diterapkan, sekadar mampu, meskipun Pakatan belum mengambil alih sepenuhnya pemerintahan negara ini, bagi meringankan rakyat daripada bebanan kos sara hidup yang meningkat dengan drastik.

Melalui SMS, yang mengungkapkan kesyukuran di atas kejayaan pembedahan "bypass" saya, pembaca yang mahukan Harakah lebih proaktif mendekati degup jantung rakyat bawahan. "Sdr bernasib baik kerana ramai yang membantu, tetapi bagaimana dengan orang biasa yang juga sakit teruk," kata seorang daripadanya.

DEKATI DEGUP JANTUNG RAKYAT BAWAHAN

"Banyak isu seharian masyarakat, seperti kenaikan harga barang dan kecekapan PBT, boleh disorot dari perspektif lebih menarik. Harakah patut turun padang membantu menyelesaikannya, dan usah lupa mempromosi program kebajikan parti terutama Ramadan nanti," seorang pembaca dari Seremban menelefon.

"Jangan biarkan media lain, misalnya TV3 lebih ke depan dalam program membantu golongan miskin dan yang hidup tersepit. Harakah mesti lebih kreatif menjejaki isu-isu rakyat. Jurang kaya-miskin yang kian melebar harus didekatkan. Dedah gelagat pemimpin boros yang asyik perkayakan diri dan suku-sakat," ujarnya lagi.

Insya-Allah, Harakah cuba memanfaatkan pelbagai cadangan itu, sekurang-kurangnya menyokong pelbagai usaha kebajikan bagi menyuburkan semangat untuk membelanjakan harta di jalan Allah. Al-Quran sendiri banyak mendorong, antaranya, maksud al-Baqarah, ayat 261: "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya ...."

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud, bahawasanya ada seorang lelaki yang menginfakkan seekor unta yang hidungnya telah diberi tali di jalan Allah. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Engkau pasti akan datang pada hari kiamat kelak, dengan 700 unta yang telah ditalikan hidungnya."


http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=8753

Tok Mat menyifatkan tindakan Mahathir kepadanya seperti "sepah setelah habis madu"!!!!!!!!!!!!

EGM PAS, Tok Mat, Mahathir dan Ketua Audit Negara

Posted on Tuesday, October 27 @ 12:51:32 PDT by paktam
Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Sehari dua ini, ke mana saja pergi, saya pasti disapa dengan persoalan sama, mengenai tulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya. Teman-teman dari jauh juga, sebahagiannya tidaklah sangat berminat dengan politik, melalui SMS, bertanyakan hal serupa: "Awat ni Lutfi, dua Tok Guru dalam PAS dah bergaduh? Nampak macam serius aja." Seorang pembaca setia Harakah di Bukit Indah, Ampang mengusik: "Kita dah pecah dua ke? Tapi mereka sudah pecah lima!"




Beliau mungkin merujuk 'mereka' kepada Umno yang tidak asing dengan masalah perpecahan dalamannya yang cukup serius.

Keprihatinan masyarakat terhadap PAS memang semakin tinggi. Kewibawaan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Abdul Hadi Awang diakui semua pihak, termasuk dari golongan yang berbeza pegangan politik.

Sebagai parti Islam yang cukup berpengalaman, merasai suka-duka jatuh dan bangun, serta dilihat paling berpotensi untuk menggantikan Umno sebagai teras kepada gabungan parti pemerintah, apa juga masalah dalam PAS terutama membabitkan dua Tok Guru akan dipandang serius dan perlu diselesaikan segara.

Berdepan sambutan rakyat yang hebat, khususnya membabitkan pengundi Melayu dalam pilihan raya 1999, seterusnya menembusi sempadan kaum dan agama pada 2008, ada pemerhati menyifatkan bahawa PAS kini berdepan dengan isu menguruskan kejayaan dan menangani cabaran yang kian kompleks, sehingga ada yang mengingatkan: "Sepatutnya tempoh 2008 hingga PRU13, PAS perlu mengukuhkan kedudukan yang belum pun stabil. Usah pandang mudah sokongan luarbiasa bukan Melayu, mereka boleh beralih bila-bila masa. Masa yang sama, pengundi Melayu mesti didekati dan didampingi, suatu perkara yang saya nampak masih terabai."

Dalam pada itu, lebih ramai yang berpesan agar kepimpinan PAS jangan terjerumus dalam "sindrom menafikan" - seperti gejala yang menimpa pemimpin Umno dan merosakkan parti itu - apabila menganggap segalanya mudah untuk diatasi, dan segala sampah disapu di bawah permaidani, di samping terus menyalahkan "permainan jahat media".

Perbezaan pendapat dan percanggahan pendekatan bukannya satu dosa dalam sesebuah parti politik, hatta gerakan Islam, namun ia tentu sekali mesti diurus secara bijaksana dan tidak sampai dilihat sebagai "perpecahan dalaman" yang kronik. Keyakinan masyarakat untuk PAS menerajui perubahan bersama Pakatan Rakyat tidak wajar disia-siakan. Kesatuan dalam parti mesti utuh, selain mengeratkan hubungan dan kerjasama dengan KeADILan dan DAP.

Bagi saya, gejala yang menimpa PAS merupakan kelaziman buat parti yang semakin berkembang dan membesar. Selama ini terbukti setiap cabaran, pergolakan dan krisis makin mematangkan PAS. Namun ia bukannya dileraikan semudah itu, tanpa komitmen bersungguh-sungguh oleh pimpinan yang bijaksana dan ahli yang sabar-setia. Lebih penting, rakyat yang sentiasa memerhatikan pandai pula memberikan "markah".

II.

Agak menarik juga membelek buku Mohamed Rahmat, bekas Setiausaha Agung Umno, berjudul Umno: Akhir Sebuah Impian. Beliau yang dilihat rapat dengan Dr Mahathir Mohamad terutama ketika bekas Perdana Menteri itu menghadapi krisis keyakinan rakyat dan ahli-ahli Umno pada akhir 1980-an mempunyai tanggapan tersendiri terhadap bekas ketuanya itu.

Mohamed merakamkan bagaimana pada satu hari, dalam tahun 1999, beliau dipanggil ke pejabat Perdana Menteri. Dr Mahathir memberitahunya, "Mat, I nak gugurkan you." Beliau bertanya, "bila?" Jawab Mahathir, "sekarang juga".

Dua minggu kemudian, Mahathir memanggilnya dan meminta Mohamed menulis surat perletakan jawatan. "I dah sanggup berhenti, ada apa-apa ke untuk I?" kata Mohamad.

Seterusnya beliau mencatatkan: "Sebaliknya dengan angkuh dan sombong, dia (Mahathir) menjawab, "Nothing for you!" dan terus berlalu dari situ."

Beliau yang popular dengan panggilan Tok Mat menyifatkan tindakan Mahathir kepadanya seperti "sepah setelah habis madu".

Tulisnya lagi: "Saya sedar bahawa Dr Mahathir hanya perlukan kita apabila dia perlukan kita. Asalkan dia dapat apa yang dia mahu, masalah orang lain bukan masalahnya lagi."

Mohamed turut merakamkan pengalamannya sebagai Menteri Penerangan bersama Tun Hussein Onn ketika PM ketiga itu memanggilnya sekitar tahun 1977.

Dalam pertemuan empat mata, Hussein menyatakan: "I ada misi penting untuk you. I mahu tumbangkan kerajaan negeri PAS di Kelantan."

Mohamed mengakui dalam buku itu: "Untuk menjayakan kempen itu, saya telah menempatkan 300 pegawai dan kakitangan Bahagian Khas Kementerian Penerangan ... meyakinkan penduduk Kelantan bahawa masa untuk berubah sudah tiba."

Tok Mat juga mendedahkan bagaimana Kementerian Penerangan dipergunakan untuk meyakinkan kembali rakyat terhadap Umno, khususnya selepas parti itu diharamkan, termasuk melalui kempen Setia dan Semarak.

Begitu juga dengan usaha mengembangkan Umno di Sabah selepas Pairin Kitingan membawa PAS keluar BN: "Sebagaimana di Kelantan pada 1977, saya bawa 500 pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan untuk berkempen bagi pihak Umno ... mempengaruhi rakyat Malaysia di Sabah supaya menyokong Umno dan menolak PBS."

III.

Dalam buku Strategi Membanteras Korupsi, karya Jeremy Pope, sebuah buku panduan Transparency International 2002, ditekankan fungsi Audit Negara. Tumpuan saya melekat kepada ungkapan: "Auditor Negara yang kuat dan efektif adalah teman yang sangat berharga bagi pemerintah dan rakyat untuk mengurangi pemborosan dan penyelewengan. ... Negara memerlukan anjing penjaga kewangan yang pandai menyalah dan menggigit."

Tetapi bagaimana pula dengan kata-kata bekas Presiden TI Malaysia, Tunku Abdul Aziz Ibrahim: "Berdasarkan rekod lepas, saya meragui apa yang akan dilakukan (terhadap Laporan Ketua Audit Negara). Dan tahun depan akan berlaku ulangan serupa. Mereka yang terbabit tidak pernah disiasat. ... tidak ada gunanya mempunyai pejabat Ketua Audit. Ia sepatutnya ditutup."


http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=4478

Pertuduhan ke atas Anwar diketawakan, jelas ia dibuat secara tergesa-gesa dan sarat dengan motif politik

AMCP: Najib perlu berani mansuh legasi Mahathir

Posted on Wednesday, July 21 @ 20:57:45 PDT by abu_uwais
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Keputusan pilihan raya umum, November 1999 memang bersejarah, terutama buat Umno dan Barisan Alternatif. Dan ia didahului oleh satu peristiwa tragis; pemecatan Anwar Ibrahim secara mengaibkan dari jawatan kerajaan dan parti. Teriakan reformasi menjadi fenomena dan siulan popular. Ramai menteri Umno tumbang dalam pilihan raya ke-10 itu.




Jumlah kerusi Parlimen PAS meningkat berlipat kali ganda meskipun majoriti dua pertiga BN belum dapat dinafikan. Selain mengekalkan penguasaannya di Kelantan, PAS berjaya memerintah Terengganu. Presidennya, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor dilantik Ketua Pembangkang di Parlimen.

Buat pertama kali propaganda Umno melalui media di bawah kawalan mutlaknya ditolak pengundi, terutama orang Melayu. Perkiraan politik Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad tersasar. Rakyat Malaysia tidak lagi menerima apa saja penjelasan pemimpin kerajaan.

Pertuduhan ke atas Anwar diketawakan, jelas ia dibuat secara tergesa-gesa dan sarat dengan motif politik. Isunya hanyalah survival kuasa sang Perdana Menteri yang begitu takutkan bayang-bayang sendiri. Pengalaman Presiden Suharto yang terpaksa berundur, juga atas desakan reformasi, begitu membimbangkan Dr Mahathir.

Rakyat tidak mudah lagi menelan bulat-bulat muntahan pemimpin Umno. Jualan akhbar utama menjunam, sebaliknya media alternatif seperti Harakah, Eksklusif dan Detik ditunggu-tunggu di pasaran.

Melalui satu kajian, seperti dilaporkan dalam buku "Transparency and Authoritarian in Southeast Asia" oleh Garry Rodan (2004), di antara tahun 1990 dan 2000, pembaca NST jatuh 34 peratus, Utusan Malaysia merudum 27 peratus dan Berita Harian, 30 peratus. Pada masa sama, menurut kajian itu lagi, edaran
Harakah meningkat, daripada sekitar 70,000 naskhah kepada 350,000 naskhah.

Beberapa penerbitan seperti Detik, Wasilah, Tamadun, Eksklusif dan Aliran Monthly, meningkat jualannya. Majalah Tamadun misalnya, yang saya terajui ketika Anwar dipecat, mencatat sejarah. Mungkin buat pertama kali sebuah majalah bulanan terpaksa diulang cetak, bagi terbitan September 1999, dan meningkat mendadak edarannya, daripada 20,000 naskhah kepada 140,000. Halaman warna majalah itu dijadikan poster dan dijulang oleh para demonstran di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Majalah Detik yang saya sewa permit penerbitannya daripada seorang teman juga menikmati tempias yang menakjubkan itu. Jumlah cetakan melebihi 100,000 naskhah walaupun ia diuruskan secara amatur. Ringkasnya, pembaca mula ghairah mencari bahan bacaan alternatif selepas muak dengan "pendedahan lucah" akhbar yang dikongkong Umno-BN. Ketika itu juga laman-laman reformasi diminati sehingga kandungannya difotokopi bagi sebaran ke seluruh pelosok tanahair.

Dr Mahathir jelas berdendam dengan penerbitan bebas, yang memberi ruang buat seteru politiknya mendekati rakyat. Langkah awalnya selepas membentuk kerajaan pada November 1999 ialah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri melalui peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 agar tidak memperbaharui permit Detik, Eksklusif dan Wasilah.

Sebenarnya kebenaran sudahpun diberikan kepada Detik, dan kami telah membayar RM500 kepada KDN. Bagaimanapun, permit yang diluluskan pegawai KDN itu ditarik balik, atas arahan menteri. Difahamkan isu majalah Detik yang digunakan pembangkang dalam kempen di Kedah mendapat perhatian istimewa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Mujur permit Detik milik seorang kawan, jika ia hak peribadi tentu saya akan menerbitkannya juga disebabkan kami sudahpun menyiapkan urusan rekabentuk kandungan Detik keluaran November 1999. Saya sudah bersedia menghadapi apa jua tindakan KDN. Tetapi bagi mengelak bebanan buat rakan tadi, maka saya terpaksa akur. Rugi besar juga saya ketika itu.

Pada Mac 2000, kekerapan penerbitan Harakah dikurangkan daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan. Fungsinya sebagai sebuah akhbar dilumpuhkan, menyamai majalah-majalah hiburan yang juga diterbitkan dalam kekerapan sama.

Agak hairan juga saya dengan sikap pimpinan PAS yang dilihat "bersikap terbuka" dengan tindakan "ganas" Menteri Dalam Negeri itu. Seingat saya, hanya satu demonstrasi kecil dianjurkan di hadapan Masjid Negara membantahnya.

Kemudiannya kita menyaksikan tangkapan ISA dibuat ke atas aktivis reformasi dengan pertuduhan palsu dan sekatan berhimpun diperketatkan lagi, semata-mata demi survival Umno yang semacam "nyawa-nyawa ikan" waktu itu.

Bagi Dr Mahathir, momentum sokongan rakyat kepada BA harus disekat segera. Ternyata Umno-BN memilih pendekatan keras dan mendera, berbanding cara memujuk, bagi meraih kembali undi pengundi Melayu.


Jika diteliti sejarah pindaan AMCP 1984 - yang dibentangkan di Parlimen pada 3 Disember 1987, lebih kurang sebulan selepas tangkapan borong lebih 110 aktivis sosial dan politik dalam Operasi Lalang ISA, juga membabitkan pembatalan permit empat akhbar, The Star, The Sunday Star, Watan dan Sin Chew Jit Poh - Dr Mahathir memang sengaja mahu bertembung dengan kuasa kehakiman yang dilihatnya banyak menganggu pemerintahan kuku-besinya.

Dorongan utama Dr Mahathir meminda AMCP adalah berikutan kes pembatalan permit kerja wartawan Asia Wall Street Journal (AWSJ) di Kuala Lumpur, John Peter Berthelsen dan kes penolakan permohonan Aliran untuk mendapat permit penerbitan dalam bahasa Melayu.
Dr Mahathir yang juga Menteri Dalam Negeri mengemukakan beberapa pindaan yang cukup tidak demokratik, antaranya, penghapusan konsep pembaharuan permit, menambahkan satu lagi kesalahan iaitu berita yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, keputusan menteri tidak boleh dicabar di mahkamah, dan penyingkiran hak untuk pendengaran bagi kes-kes penggantungan atau pembatalan permit.

Semasa perbahasan di Dewan Rakyat, ramai ahli-ahli Parlimen pembangkang, misalnya Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng tidak dapat menyertainya kerana dikurung ISA. Dalam buku "Akhbar dan Kuasa" (1996), Mohd Safar Hasim merakamkan bahawa wakil DAP Bukit Bintang, Lee Lam Thye berkata pindaan seksyen 13A dan 13B amat tidak demokratik dan keras. Tambahnya, cadangan pindaan itu dengan jelas memberi kuasa lebih luas kepada menteri. Sekiranya diluluskan, beliau akan menjadi pendakwa, hakim,
juri, dan pelaksana kerana beliau dan beliau sahajalah boleh membuat keputusan ke atas nasib semua penerbitan di mana tiada ruang untuk menuntut keadilan.

Malah penyokong kerajaan, Dr Goh Cheng Teik (BN - Nibong Tebal) meminta menteri menimbang semula seksyen baru 13A. "Menteri telah mengatakan bahawa demokrasi kita beralaskan sistem pembahagian kuasa. Mengikut falsafah pembahagian kuasa ini tiap-tiap cawangan pemerintah mengadakan peranan masing-masing. Cawangan badan perundangan menggubal undang-undang, cawangan eksekutif menguatkuasakan undang-undang, cawangan kehakiman bertanggungjawab menyemak undang-undang yang digubal oleh cawangan badan perundangan untuk menentukan bahawa ia betul-betul secocok dengan Perlembagaan dan juga menyemak penguatkuasaan undang-undang yang dijalan oleh cawangan eksekutif ini untuk menentukan bahawa ia secocok dengan undang-undang kita."

Wakil tunggal PAS, Nik Abdullah Nik Arshad (Pengkalan Chepa) mengatakan kerajan tamak kuasa, dan terlampau berhasrat untuk mengekalkan kuasa. Dengan sebab itu kerajaan tidak cukup dengan beberapa akta yang ada seperti ISA, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Tetapi dengan pindaan itu, lebih ketara nampaknya kerajaan untuk mengepung segenap ruang kebebasan rakyat supaya rakyat menjadi kaku dan beku dalam menyampaikan sesuatu pandangan khususnya tentang kesilapan kerajaan.
Rupanya syarat-syarat permit itu boleh ditambah oleh KDN, misalnya untuk Harakah, ia hanya boleh dijual kepada ahli dan di premis parti, selain kandungannya hanya terbatas kepada kegiatan parti sahaja. Kalaupun Harakah boleh beroperasi di luar batasan itu, ia sekadar ehsan pemerintah, bukannya hak yang dijamin. Seolah-olah ahli PAS hanya terkurung di Batu Caves sahaja dan tidak bercampur gaul dengan masyarakat!

Menyedari tindakan melampau KDN, saya bersama beberapa rakan media membentuk Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI). Tujuannya untuk menimbulkan kesedaran awam terhadap kemerosotan ketara ruang rakyat berpartisipasi terutama melalui media bebas.

KAMI m engadakan pertemuan dengan Suhakam, di sebuah hotel di KL, membabitkan Naib Pengerusinya, Allahyarham Hakim Harun Hashim serta pesuruhjaya Hamdan Adnan, Mehrun Siraj dan Zainah Anwar. Saya kerap diundang Suhakam ke majlis anjurannya, berkaitan kebebasan media. Pernah sekali bersama Zainudin Maidin.

KAMI sempat menganjurkan majlis makan malam sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, di Hotel Vistana, yang turut menganugerahkan Pak Said Zahari sebagai tokoh pejuang kebebasan media. Rakan sepejabat, dengan idea kreatifnya, menyiapkan gimik keranda untuk "jenazah Detik" yang dimatikan secara kejam.

Menteri Dalam Negeri bertukar ganti namun AMCP tetap tidak dipinda dan langsung tiada riak daripada PM Najib Razak untuk melonggarkannya, walaupun ada inisiatif untuk meminda ISA. Reaksi bekas menteri, Syed Hamid Albar bagi memansuhkannya juga tidak dihiraukan. Khairy Jamaluddin, ketika berucap pada forum Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), pada 10 Mei 208 turut menggesa agar AMCP dimansuhkan.

Pada 2 Mei lalu, Presiden NUJ, Norila Mohd Daud menggesa kerajaan supaya mengkaji semula AMCP yang disifatkannya sebagai sudah ketinggalan berbanding dengan keadaan semasa.

Malah dalam tempoh 1999 dan 2000, lebih 1,000 wartawan akhbar arus perdana menghantar memorandum kepada Menteri Dalam Negeri supaya akta berkenaan dipinda.

Justeru, dengan berulangnya karenah KDN mengenai permit penerbitan baru-baru ini, membabitkan Harakah, Suara Keadilan dan Roket tidak syak lagi, tiba masanya KAMI kembali aktif berkempen agar bukan sahaja AMCP dimansuhkan, tetapi media dapat dibebaskan sepenuhnya dari kongkongan pemerintah.

Media bebas akan menguntungkan semua pihak, termasuk kerajaan yang bersikap terbuka.

AMCP yang bermula dengan Ordinan Mesin Cetak 1948, yang digunakan untuk berdepan ancaman pengganas bersenjata komunis, sudah tidak relavan lagi kewujudannya. Di zaman kuasa siber mendominasikan situasi, AMCP hanya perkakas terakhir bagi pemerintah korup mempertahankan hari-hari akhirnya.
layari web khas http://bebaskan-media.blogspot.com/

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=8682

SIAPA YANG BERBOHONG?

Posted on Monday, July 26 @ 13:00:00 PDT by tokdalang
Oleh Khalid Samad

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Dato’ Dr. Hassan Ali, yang merupakan Pesuruh Jaya PAS Selangor, beliau menyatakan bahawa perjumpaan yang diadakan dengan Tan Sri Harussani bertujuan untuk membincang persoalan tugasan beliau sebagai Exco Agama.

Dato’ Dr. Hassan Ali menganggap Tan Sri Harussani sebagai seorang tokoh Mufti yang berilmu tinggi dengan pengalaman yang lama, 30 tahun sebagai Mufti.

Maka di atas dasar ini, pertemuan terbuka telah diadakan demi menceduk ilmu dan pengalaman Tan Sri Harussani demi memungkinkan beliau menjalankan tugas beliau dengan lebih cemerlang lagi.


Adalah amat jelas bahawa keikhlasan dan sanjungan yang ditunjukkan Dato’ Dr. Hassan Ali terhadap Mufti Perak itu telah dikhianati apabila Tan Sri Harussani menyatakan bahawa pertemuan itu adalah bertujuan untuk meminta beliau menjadi orang tengah dalam usaha menyatukan orang Melayu.

Penyatuan ini kononnya akan tercapai melalui kerjasama PAS dan UMNO. Berdasarkan kenyataan Dato’ Dr. Hassan Ali, adalah amat jelas bahawa Tan Sri Harussani berbohong! Pembohongan ini merupakan pengkhianatan terhadap penghormatan dan sanjungan yang ditunjukkan Dato’ Dr. Hassan Ali terhadap beliau.

Memandangkan ianya suatu pengkhianatan, di mana Tan Sri Harussani jelas ingin mempolitikkan pertemuan tersebut, maka Dato Dr. Hassan Ali disarankan agar menyaman Tan Sri Harussani, walaupun PAS Selangor masih belum membincangkan perkara tersebut. Ini adalah kerana imej Dato’ Dr. Hassan Ali telah pun tercalar dengan dakwaan bahawa beliau ingin mengusahakan penyatuan bersama UMNO dan dengan itu mengkhianati perjanjian PAS untuk bersama PR.

Adalah diketahui umum bahawa di antara strategi utama UMNO dalam menghadapi penolakan rakyat terhadap kepimpinannya ialah untuk mengusahakan ‘kerjasama’ dan ‘penyatuan’ dengan PAS demi ‘perpaduan’ Melayu. Persoalan ini diwar-warkan dengan harapan PAS bersetuju ataupun paling kurang, untuk menimbulkan kesangsian parti komponen PR yang lain terhadap PAS.

Sekiranya ini tercapai maka dengan sendirinya kedudukan UMNO/BN akan lebih terselamat dan tidak lagi terjejas. Isu ini sengaja di heboh-hebohkan sebagai strategi UMNO dan keterlibatan Tan Sri Harussani dalam perlaksanaan strategi ini, jelas membuktikan sokongan dan kesetiaan beliau terhadap UMNO.

Sokongan dan kesetiaan ini mungkin merupakan sebab utama beliau kekal sebagai Mufti untuk tempoh selama 30 tahun. UMNO yang terkenal dengan sikap sukakan Mufti yang mengikut telunjuknya seperti terbukti dalam kisah pemecatan Al-Marhum Dato’ Ishak Baharom sebagai Mufti Selangor, akan hanya mengekalkan jawatan seorang Mufti sekiranya dia memainkan peranan yang diinginkan UMNO. Dalam kes Al-Marhum Ishak Baharom, apabila terpaksa memilih di antara Mufti dan Ratu cantik, amat jelas UMNO lebih menyokong Ratu cantik.

Kesetiaan Tan Sri Harussani terhadap UMNO/BN juga terbukti apabila beliau menyokong, dengan mendiamkan diri, tindakan UMNO menjatuhkan kerajaan PR Perak walaupun dengan menggunakan taktik terkutuk seperti upah seks dan rasuah. Mufti sebegini amat dihargai UMNO/BN. Sekarang, mengikut penjelasan Dato’ Pesuruh Jaya, maka adalah jelas Tan Sri Mufti seorang pembohong. Ini bertepatan dengan gambaran “Musang Berjanggut’ Al-Marhum Tan Sri P. Ramlee.

Keikhlasan Dato’ Pesuruh Jaya PAS Selangor dalam usaha untuk memperbaiki prestasi dirinya sebagai Exco Agama malangnya telah diambil kesempatan oleh Tan Sri Harussani. Niat yang tulus ikhlas serta penghormatan yang ditunjukkan terhadap beliau telah diambil kesempatan untuk menimbulkan polemik politik; demi mendapat kereDhaan UMNO/BN.

Penipuan terhadap Dato’ Pesuruh Jaya PAS tidak sepatutnya dibenarkan begitu sahaja dan cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Harussani perlu dilakukan dengan kadar segera.

Dalam masa yang sama, ada pula yang mengatakan bahawa Tan Sri Harussani tidak berbohong dalam soal ini, kerana Dato’ Dr. Hassan Ali ingin melepaskan dirinya dari dikenakan tindakan disiplin setelah menerima amaran keras tidak lama dahulu.

Ini merupakan satu kemungkinan sahaja, akan tetapi amatlah malang sekiranya PAS Selangor mempunyai seorang Pesuruh Jaya yang menipu.

Berdasarkan tarbiyyah dan latihan keagamaan yang dibangga-banggakan sebagai asas kekuatan PAS, kemungkinan adanya Pesuruh Jaya Negeri yang sanggup berbohong adalah hampir mustahil! Ianya satu kemungkinan yang perlu ditolak, mentah-mentah. Tidak mungkin Dato’ Pesuruh Jaya menipu kepada ahli dan pimpinan PAS serta rakyat jelata. Tidak mungkin!

Kesilapan Dato’ Dr. Hassan Ali hanyalah kerana membenarkan dirinya ditipu oleh seorang Mufti UMNO/BN yang tegar.

Kesilapan beliau adalah kesilapan menghormati dan menyanjungi Tan Sri Harussani dan menjadikan beliau sebagai seorang pakar rujuk.

Kesilapan ini adalah kerana kurang bijaknya beliau dalam mengenali sifat lawan. Namun, kurang bijaknya itu bukanlah satu kesalahan. Seperti kata-kata pujangga Inggeris, “stupidity is not a crime”.

Pada masa yang sama keikhlasan dan ketelusan Dato’ Dr Hassan Ali tidak wajar dipersoalkan terutamanya oleh ahli PAS. Ini adalah kerana, sebagai ahli, tuntutan wala’ dan thiqah mesti dipertahankan.

Oleh itu, kami amat berharap agar saman terhadap Tan Sri Harussani disegerakan oleh pihak Dato’ Pesuruh Jaya supaya terbukti bahawa beliau telah ditipu dan beliau tidak reDha ditipu sebeginirupa oleh UMNO dan kuncu-kuncunya.


http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=8773

为何出高价,印度公司笑开怀,人民哭笑不得,继续悲哀过日子!!!WHY PAID HIGHER? WASTING PEOPLE'S MONEY?

提高獻購價至3.95新元 國庫擊退富通奪百匯

(吉隆坡/新加坡26日訊)大馬政府投資臂膀─國庫控股(Khazanah)以總值35億新元(約81.7億令吉),或相等於每股3.95新元全面獻購新加坡百匯控股(Parkway)剩餘的76.1%股權,擊退其競購對手印度富通醫療保健有限公司(Fortis Healthcare Ltd)。


國庫控股在今天宣佈,以每股3.95新元現金,獻購百匯控股剩餘的76.1%股權。此獻購價比富通醫療保健公司的每股3.80新元出價高3.7%,同時也比國庫控股本身當初提出局部收購的出價3.78新元高4.5%。

另一邊廂,富通醫療保健公司表示,該公司接受國庫控股的收購獻議,且該公司將從脫售百匯控股的股份中獲利1億1670萬新元,並會利用該筆資金在區域探尋其他機會。

該公司董事經理希雲德星在印度新德里的記者會上說,「到最後,你必須以經濟效益作為考量。你不能以情緒去考量手上所持有的資產。」

與此同時,富通醫療保健公司首席財務員瑜蓋思薩琳表示,隨著脫售百匯控股股權力,富通醫療保健公司將成為一家零負債公司。目前,該公司共負債293億盧比,債務對股本比率為0.7倍。

保留上市地位

另一方面,國庫控股也表示,該公司計劃保留百匯控股的上市地位。

國庫控股及富通醫療保健公司爭奪百匯控股掌控權已經拉鋸超越2個月,兩者皆欲在區域蓬勃發展的醫療保健市場中,擴大它們的區域版圖。兩者分別持有百匯控股的約25%股權。

回顧,國庫控股在5月27日宣佈以每股3.78新元,進行局部獻購活動,以便將本身在百匯控股的持股率提高至51.5%。富通醫療保健公司隨後反擊國庫控股,建議以每股3.80新元全面獻購百匯控股剩餘的股權。

百匯控股是亞洲最大的醫院營運商,在新加坡、大馬、印度和中國經營醫院。

通過收購百匯控股,國庫控股將能完全擁有前者旗下分佈8個亞洲國家的16家醫院,使到它在印度阿波羅醫院企業有限公司及大馬的IMU健康私人有限公司的股權增加。

富通醫療保健公司的股價在國庫控股未證實全面收購計劃前已飆升了超過6%。

百匯控股的股票則在週一就國庫控股宣佈重大消息而暫停交易,其股價在上週五以3.88新元掛收,每股3.95新元的收購價會是其股價自2007年10月以來的最高水平。

新加坡DMG & Partners證券行分析員表示,這是投資者接受獻購,釋放投資價值的好機會。控制權易主並不會影響百匯控股的未來成長策略或營運,因為國庫控股原本就是該公司的大股東。

野村證券則表示,以百匯控股2010年盈利預測計算,此項交易將百匯控股估值為31倍,比較同業Raffles Medical的22倍。

此外,國庫控股也計劃通過星展銀行、大華銀行及華僑銀行申請借貸。根據銀行業人士,該公司也計劃通過發行以新元計價的回教債券(sukuk)或回教債券集資。

根據3名知情人士,國庫控股在7月初與5家銀行洽談,以取得借貸來提升收購百匯控股的價碼。

http://www2.orientaldaily.com.my/read/LBZ/2Amf07J61rTc0IQZ0Ll17OT721ln7Uj0

XXXXXXXXXXXXXXXXX

为何出高价,印度公司笑开怀,人民哭笑不得,继续悲哀过日子!!!WHY PAID HIGHER? WASTING PEOPLE'S MONEY?

富通醫療保健公司表示,該公司接受國庫控股的收購獻議,且該公司將從脫售百匯控股的股份中獲利1億1670萬新元,並會利用該筆資金在區域探尋其他機會。

看印度公司赚了1亿1千6百多万新元旦 X 2.4 =2亿5千多万令吉!

真的是败家仔!!!

我们人民反对这收购!!!!!

太浪费,太过分了!!!

全民反对这项收购!!!