Tuesday, January 19, 2010

Attitude leads a person to many destinies, just keep on moving…..

Nothing is impossible in life....

See---Just 21 years ago in his grandma's place...

From one of the poorest family's chair to the most powerful chair in the world......!!!

Attitude leads a person to many destinies, just keep on moving…..

OBAMA =
O - Originally

B - Born in

A - Africa to

M - Manage

A – America

What you can do and what you will become are all written in your name..So, choose your name wisely.... not Char Kueh Teow.....!!

Have A Great Day....!!!

Thursday, January 14, 2010

POLITIKUS YANG MENCARI POPULARITI TAPI MENGAIBKAN!!!

GEREJA ALLAH?
14 January 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 4:58 PM

Salam 2 all.

Sebagaimana yang telah saya nukilkan semalam didalam tulisan bertajuk "Makin Kurang Ajar", saya menyatakan akan ada segelintir puak-puak Kristian akan mengambil kesempatan dari kemelut yang berlaku. Saya menjangkakan mereka akan mula buat pelbagai tuntutan. Tak sampai 24 jam, muncul tuntutan baru.

Dalam isu Herald, mereka menuntut menerbitkan risalah menggunakan nama ALLAH hanya untuk penggunaan segelintir Kristian di Sabah/Sarawak, konon atas alasan mereka berbahasa Melayu. Dua hari lepas, satu lagi permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut supaya mereka dibenarkan membawa masuk bahan bacaan dan penerbitan dari luar yang jelas menggunakan nama 'ALLAH' sebagai nama Tuhan yang punya anak.

Hari ini, didalam satu wawancara yang disiarkan di thenutgraph.com, sebuah media siber tempatan, Chrisane Chin (Moderator Hal Ehwal Belia Majlis Gereja Malaysia) dan (Sivin Kit (pastor Gereja Lutheran Bangsar) membuat kenyataan bahawa penggunaan nama ALLAH bagi Kristian sepatutnya dibenarkan diseluruh Malaysia dan tidak hanya terhad ke Sabah/Sarawak sahaja. Rasional mereka? Kerana ada Kristian Sabah/ Sarawak yang tinggal dan bekerja di Semenanjung yang tidak faham bahasa selain Melayu!! Malah lebih kurang ajar, mereka dengan sombong menyatakan Kristian Malaysia tidak akan berganjak daripada menuntut menggunakan nama 'ALLAH' sebagai gantinama 'God' dalam bentuk triniti-Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci.

Mungkin selepas ini mereka akan menuntut Gereja Melayu dengan nama ALLAH dibenarkan! Alasan; sebab ramai Melayu Indon beragama Kristian yang tinggal dan bekerja di Malaysia. Dan inilah yang telah berlaku di Indonesia, saperti gambar diatas. Bersepah Gereja ALLAH muncul di Indonesia sekarang ini. Dan semuanya kerana dasar pancasila yang menyamaratakan semua agama. Memandangkan semua agama sama, maka dibenarkan Kristian di Indonesia menggunakan perkataan-perkataan yang sama dengan Islam.

Setelah berpuluh tahun 'amalan syirik ini dibenarkan, akhirnya generasi Indonesia menjadi bangsa yang cacamerba dan rojak. Apa tidaknya, gadis Melayu berjumpa dengan pemuda Kristian tidak nampak lagi perbezaan diantara mereka. Nama sama, yang Muslim pun "Hartono", yang Kristian pun "Hartono". Yang Muslim pun tuhannya "ALLAH", yang Kristian tuahnnya pun "ALLAH". Yang Muslim "solat" di masjid, yang Kristian "solat" di gereja ALLAH. Yang Muslimnya mengejar "syurga", yang Kristian pun mencari "syurga"! Bagi si gadis Melayu Muslim ni, apa beza Hartono Muslim dan Hartono Kristian..sama saja dong!! Jadi kita tidak hairan ada pasangan suami isteri, dimana si isteri Islam, si suami Kristian. Mula nikah di masjid, lusa nikah pula di gereja..kita serupa dong!!

Apakah kita umat Islam di Malaysia yang sudah begitu sebati dengan Islam redho dengan perkara ini? Kesebatian umat Islam Melayu dengan agama begitu intim, hinggakan British semasa menggubal Perlembagaan terpaksa mengakui hakikat ini, dan menyediakan satu peruntukkan khas di dalam Artikel 160 Perlembagaan bahawa syarat menjadi Melayu itu mestilah dia seorang Islam. Ini tidak ada bagi Melayu Indon, Melayu Filipina, Melayu Siam, Melayu Afrika; malah tidak adfa bangsa didunia ini yang keujudan bangsanya dikaitkan dengan agama, kecuali bangsa Melayu.

Sedarlah saudara ku umat Islam bangsa Melayu, kerana Islamlah bangsa Melayu menjadi hebat dan bertamaddun. Kata Saidina 'Umar radhiallah hu 'anh, "kita dahulunya kaum yang hina (Melayu dahulu asalnya Hindu!). ALLAH swt telah memuliakan kita dengan Islam. Andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah ALLAH muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina oleh ALLAH!".

('Umar ibnul Khattab semasa pembukaan Masjidil Aqsa riwayat yang sanadnya dinilai sahih oleh Al Hakim dan disokong oleh Az Zahabi dalam kitab "Al-Mustadbrak" 1/237, Beirut Darul Ma'rifah).

Apakah selepas ini akan mula muncul gereja-gereja dan salib-salib yang menulis nama 'ALLAH'?! Saya jangka kalau nak muncul pun mungkin bermula di Shah Alam, sebab nampak gaya ada segelintir orang Melayu di Shah Alam yang cukup kuat semangat bertolak ansurnya. Hindu minta bina kuil di kawasan perumahan Islam pun ok; jadi kalau Kristian minta nama Gereja 'ALLAH' pun mungkin juga ok kot!! Na'uzubillah min zaalik.

Wallahua'lam, wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
28 Muharram 1431
14 Januari 2010

xxxxxxxxxxxxxxxxx

SEBAHAGIAN KOMENTAR UNTUK KAJIAN AKADEMIK BERASASKAN LOGIK(PARTIAL ACADEMIC COMMENTARY BASED ON LOGIC):

SATU ARTIKEL YANG memesong, kerana:
1. Indonesia masih menjadi nusa yang paling ramai muslim di dunia walaupun ia menjalan dan mengamalkan urusan-urusan rasmi dengan mematuhi pancasila(rukunegra malaysia ciplak dari pancasila, satu fakta);
2. kenapa Rukunegara tak pakai kepercayaan kepada allah, sama-sama renungkan;
3.jangan pandang diri yang paling teror dan nak cari popularitii;
4.kata dari petikan atas..........."Sedarlah saudara ku umat Islam bangsa Melayu, kerana Islamlah bangsa Melayu menjadi hebat dan bertamaddun. Kata Saidina 'Umar radhiallah hu 'anh, "kita dahulunya kaum yang hina (Melayu dahulu asalnya Hindu!). ALLAH swt telah memuliakan kita dengan Islam. Andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah ALLAH muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina oleh ALLAH!"...............
siapa yang dihina atau menghinakan???
lagi bingun......Melayu dahulu asalnya Hindu!.....????????
Zul ini dari hindu atau pakisatn atau afrika???

satu perkara yang memesong:........Apa tidaknya, gadis Melayu berjumpa dengan pemuda Kristian tidak nampak lagi perbezaan diantara mereka. Nama sama, yang Muslim pun "Hartono", yang Kristian pun "Hartono". Yang Muslim pun tuhannya "ALLAH", yang Kristian tuahnnya pun "ALLAH". Yang Muslim "solat" di masjid, yang Kristian "solat" di gereja ALLAH. Yang Muslimnya mengejar "syurga", yang Kristian pun mencari "syurga"! Bagi si gadis Melayu Muslim ni, apa beza Hartono Muslim dan Hartono Kristian.

....ALLAH DIGUNAKAN DI ARAB, MESIR, DAN BANYAK NEGARA TIMUR, MAKA CONTOH YANG DIGUNAKAN ZUL YANG MENGATAKAN PERKARA BERLAKU DI INDONESIA ADALAH PANDANGAN SEMPIT DAN BUKAN FAKTA MENYELURUH......ORANG ARAB, ORANG MESIR BERKRISTIAN JUGA PANGGIL ALLAH....NAMA MEREKA JUGA SAMA.........KALAU BERKAHWIN DENGAN ORANG ARAB, MESIR YANG JUGA AKAN DAN TENTU BERLAKUNYA PERKARA YANG SAMA............KENAPA KHUATIR DAN BIMBANG KALAU IMAN KUAT DAN ALIM???? ADAKAH ZUL BELAJAR DI NEW ZEALAND TELAH DIKRISTIANKAN???RAMAI YANG BELAJAR DI LUAR NEGARA PUN TAK DIKRISTIANKAN!!!!KALAU ZUL DAN RIBUAN PUN TAK DIKRISTIANKAN.....ITU FAKTA!!!!KENAPA PULA TAKUT DAN MENAKUT DIRI DAN ORANG RAMAI???MINTALAH PAS KUATKAN IMAN DAN JADILAH ALIM!!!!

5.pandai beromong-omong dan mengelirukan..........harus mematuhi ajaran PAS yang lebih teratur, sistematik, wibawa dan terbuka. Kenapa tak rujuk dan dengar ketua PAS yang lebih tau dalam hal-ehwal agama???Sebagai seorang tamatan dari New Zealand, anda bukan pandai dalam hal agama, malah bukan jurusan agama...kini nak jadi wira kes (kasus) allah pula???nak cari populariti......belum sampai tahap lagi!!! Rujuklah kepada PAS yang benar-benar disegan dalam hal-ehwal agama, jangan buatlah diri seperti katak di bawah tempurung!!!!!!!!!!!Rujuklah kepada PAS, RUJUKLAH KEPADA PEMIMPIN YANG LEBIH HANDAL DALAM KEAGAMAAN, jangan suka beraksi dan bersandiwara.....semua tahu tabiat dan perangai buruk YANG SUDAH MASYHUR--- Zul Kaki Sandiwara(ZKS)!!!


6.Anwar Ibrahim harus menyapu orang yang suka cari populariti ini ....amat mengaibkan penyokong dan pengundi kepada pakatan......

7.Tanpa orang yang bercakap besar dan mewakili agama ini lebih amanlah, orang yang sedemikian rupa harus rujuk kepada PAS yang lebih wibawa dan lebih tahu!!!!!Rujuklah kepada pihak PAS dan bukan cakap yang bukan-bukan....contoh: Ini tidak ada bagi Melayu Indon, Melayu Filipina, Melayu Siam, Melayu Afrika; malah tidak adfa bangsa didunia ini yang keujudan bangsanya dikaitkan dengan agama, kecuali bangsa Melayu.

(itulah sebab mamak boleh jadi PM, berdarah pakistan pun boleh jadi ketua yang amat disegani anda, KALAU SUKA AGUNG-AGUNGKAN KECANGGIHAN(KELIHAIAN DALAM BAHASA INDON)...SILALAH jilat tapak kaki BEKAS KETUA YANG BERDARAH PAKISATAN, MENTERI PENERANGAN YANG BERDARAH BUGIS......SEMBAH DAN MELUTUT .....SUDAH KITA SEMUA LUPAKAH ADA MENTERI PENERANGAN YANG AGUNG-AGUNGKAN BUGIS DAN PERSATUAN BUGIS????.....RENUNGLAH PERBUATAN YANG DI SINI CAKAP SAYA MELAYU, DI SANA SAYA BUGIS.....DARI KETURUNAN BUGIS, .....BUKANKAH ADA KETURUNAN DIRAJA JUGA KATA DARI KETURUNAN DARI BANGSA INDON(MINANG)???.....???........THERE IS NO PURE ONE!!!!THAT'S WHY INDON ABOLISH PRIBUMI & NON PRIBUMI STATUS........INDON DON'T WANT RACE AND RELIGIOUS BECOME THE MAIN CONCERN!!!! INDON TAKE CARE OF PEOPLE'S WELFARE IN ALL, ONLY PEOPLE, ONLY RAKYAT IS MOST IMPORTANT!!!BUT IN THIS COUNTRY IS TOTALLY DIFFERENT!!!KETUANAN EVERYTHING, AGAMA, PENDIDIKAN, KEHIDUPAN HARIAN...KEBEBASAN BERFIKIR, BERUJAR PUN MAHU DIKETUANANKAN.....KEBEBASAN BERMINDA AMATLAH PENTING UNTUK KITA DAN GENERASI/ANAK CUCU KITA SEMUA....TAPI KENAPA NAK JUGA DIKETUANANKAN, DIKONGKONGKAN!!!!!!!!....YOU SEE EVEN GRADUATE FROM NEW ZEALAND ALSO "PLAY THE RACE CARD FOR POPULATIRY"---LEBIH BACA LEBIH PANDAI MAINKAN KAD DAN API PERKAUMAN!!!!!!HOW SAD IS THIS COUNTRY?????????.......REALLY SAD, TO SAY!!!!BUT IT IS FACT!!!!!!!!HOW TO BECOME A DEVELOPED CONNTRY.......SO NARROW-MINDED EVEN GRADUATED FROM NEW ZEALAND.....WHY??????? )

IF IN LOGIC STUDY(ACADEMIC STUDY), CAN WE DRAW A PICTURE LIKE THIS:

KALAU LOJIK ZUL BERASAS DAN BOLEH DIPAKAI, MAKA WELCOME ALL NEGRO FROM AFRICA ..WHY.....SEBAB TAKUT NANTI SALAH KAHWIN UMAT KRISTIAN INDON, MAKA NEGRO MUSLIM LEBIH COCOK.... KITA SAMA-SAMA MENUGGU KETUA NUSA/ PM YANG NEGRO BERMUSLIM!!!

ITULAH SEBAB KITA HARUS MINTA LEBIH RAMAI NEGRO STAY AND BECOME HUSBAND!!!!!!!!

IF SO, IN ANOTHER LOGIC STUDY(ACADEMIC STUDY), CAN WE DRAW ANOTHER PICTURE LIKE THIS:

GIVE INCENTIVES TO ALL NEGRO FROM AFRICA....WELCOME HERE...KALAU BOLEH BUATLAH BAGLO PERCUMA, UNIVERSITAS PERCUMA UNTUK MEREKA,SEDIAKAN SERVIS CARI PACAR DAN ONE STOP KHIDMAT KAHWIN 'KAN LAGI BAGUS.....ITU COCOK DENGAN LOGIK ZUL DAN KEMAHUAN SETENGAH-TENGAH POLITIKUS YANG AGUNG!!!!!!!!

(KALAU BOLEH TULISLAH SATU TESIS PH.D TENTANG LOGIK INI.....IF THIS LOGIC IS SUSTAINABLE, THEN WE SHOULD WELCOME ALL NEGRO FROM AFRICA COUNTRIES TO STAY HERE AND LEAD THIS COUNTRY.....BOLEHLAH BUAT KAJIAN AKADEMIK KERANA ADA BAIKNYA!)

apa yang canggih, renunglah si tak berbenak!!!!!lain kali yang berdarah afrika jadi pm kerana hanya memeluk satu agama???logik, tak????? KITA BOLEHLAH buat tesis PH.D(doktor) dan kajian akademik TENTANG LIGIK INI............amat tak berbenak dan tak berotak seperti fasa yang paling popular hari ini--Untuk Melayu No Otak(Umno)!!!!!!!!!!lebih baik anda lompat ke umnolah, di sana boleh bersandiwara sesuka hati....'kan umno lebih sesuai untuk si tak berbenak!!!si tukang wayang yang pandai mencari populariti tapi amat mengaibkan!!!!

Wednesday, January 13, 2010

BERITA TIPUAN(HARIAN) MENIPU RAKYAT LAGI!!!!!!!!!!




Mingguan Katholik, Herald, tidak menarik balik penggunaan perkataan Allah dalam penerbitannya tetapi hanya menangguhkan penggunaannya sehingga selesai prosiding mahkamah, kata editornya, Father Lawrence Andrew.

Beliau memberitahu Malaysiakini demikian ketika diminta menjelaskan laporan dalam Berita Harian hari ini di bawah tajuk Majalah Herald setuju henti guna kalimah dan tajuk kecilnya berbunyi Penerbit sedar tanggungjawab jaga keamanan negara.

"Apa yang saya cakap telah diputarbelit... apa yang saya cakap bukan sesuatu yang baru, keputusan dibuat apabila AG (Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail) memfailkan permohonan menangguh pelaksanaan (keputusan mahkamah membenarkan perkataan Allah diguna dalam Herald)," kata Andrew.

Katanya, mingguan tersebut menghormati perintah penangguhan tersebut kepada kementerian dalam negeri (KDN), sementara menunggu rayuan.

Herald yang dicetak dalam empat bahasa - Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil - telah menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan kepada 'God' dalam bahagian Bahasa Malaysianya.

Perkara itu dibawa ke mahkamah selepas KDN melarang akhbar tersebut berbuat demikian.

Pada 31 Disember, Hakim Lau memutuskan bahawa lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah itu dari segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.

Katanya, lanjutan daripada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" kepada orang Islam untuk menyebarluaskan agama tetapi ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama.

Sementara itu, Ahli Parlimen Khalid Samad menyifatkan laporan Berita Harian ini sebagai cubaan manipulasi dengan menggambarkan kerajaan Barisan Nasional berjaya menyelesaikan isu penggunaan Kalimah Allah. -malaysiakini/TVS

Tuesday, January 12, 2010

Difference between http:// and https://

Difference between http:// and https:// ??????????

IMPORTANT information .... !!! Difference between http:// and https://

************ ********* ********* ********* ********

The main difference between http:// and https:// is -
It's all about keeping you secure, HTTP stands for HyperText Transport Protocol, which is just a fancy way of saying it's a protocol (a language, in a manner of speaking) for information to be passed back and forth between web servers and clients.

The important thing is the letter S which makes the difference between HTTP and HTTPS. The S (big surprise) stands for 'Secure'.

If you visit a website or webpage, and look at the address in the web browser, it will likely begin with the following:

http://. This means that the website is talking to your browser using the regular 'unsecure' language..

In other words, it is possible for someone to 'eavesdrop' on your computer's conversation with the website. If you fill out a form on the website, someone might see the information you send to that site.

This is why you never ever ever enter your credit card number in an http website!

But if the web address beg ins with https://, that basically means your computer is talking to the website in a secure code that no one can eavesdrop on.

You understand why this is so important, right?
If a website ever asks you to enter your credit card information, you should automatically look to see if the web address begins with https://. If it doesn't, there's no way you're going to enter sensitive information like a credit card number!

http VS https

I had check the Tigerair http://www.tigerairways.com/home/
and Jetstar airways http://www.jetstar.com/3k/index.html

When come to booking the ticket and keying the personal information it's show https

BOOKING

https://booking.tigerairways.com/skylights/cgibin/skylights

https://jetstar.com/skylights/cgi-bin/skylights.cgi

SO it is safe to do that booking....

pls remember when you buy any thing online make sure passing your information on the website showing https

REPEAT https............

Don't do anything that is without the 's' !!!!

Monday, January 11, 2010

INDONESIA GREAT LEADER AFTER DICTATORSHIP--why we still "hanging around" with short-sighted views, sentiment and perception...KETUANAN MALINGSIA KOLOT




4/01/2010
Bangkok Post
EDITORIAL

One of the world's most admirable leaders died last week. It is lamentable that the name of Abdurrahman Wahid is less known than the villains and tyrants he fought and overcame. The former president of Indonesia was the major reason his country emerged from brutality and chaos to become the best example of democratic advances in Southeast Asia today. Known both affectionately and respectfully as Gus Dur, Wahid has left a legacy that will be difficult to live up to, but highly deserving of the effort.

Gus Dur - a Muslim honorific combined with the nickname of his own first name - was just 69 when he died after a long series of illnesses. The man of modest means suffered for decades from diabetes, and was functionally blind when he defeated the well-connected, fabulously rich Megawati Sukarnoputri in the first Indonesian presidential election in history, in 1999. His popular appeal was as simple as his campaign platform. Indonesia needed to get over the violence and systemic corruption of the Suharto years and move towards full democracy with a pluralistic government.

Many believed that the Indonesian army would never cede its power. Indeed, for several years after the overthrow of Suharto in ''people power'' demonstrations centred on Jakarta, it was assumed the army would simply retake control. Wahid, however, understood the concerns of the huge and widespread nation. The disgusting corruption and brutality of Suharto and supporters had been imposed at gunpoint. Wahid struck the correct chord in stressing religious freedom, accountable government and a goal of full democracy.

Wahid himself had seen and suffered the brutality of the Sukarno and then the Suharto dictatorships. But after the overthrow of Suharto, he refused to join the hotheaded calls for revenge. Instead, he counselled a policy to look to the future, and to build a democratic and tolerant country. This was a difficult role to play. On one side, the army constantly threatened violence to return to office. On the other, bigoted Muslim extremists, no longer checked or controlled by the government's threats, undertook major terrorist operations, in Jakarta and across the country.

History will probably record that Wahid's greatest achievement was to face down extremists on both sides, but particularly within the Muslim community. He insisted that the two great Muslim ''schools'' of Indonesia - his own Nahdlatul Ulama, with 40 million members, and the 29 million-member Muhammjadiyah - retain moderate and inclusive goals. He spoke out against extremism, including against the Jemaah Islamiyah group which, prior to the 9/11 attacks on the US and its Bali bombings, was attacking Christians and non-Islamic targets with murderous bombs across Indonesia.

Wahid's world travels, always with an entourage and often colourful, emphasised his belief that men and women, and their nations, should receive equal treatment. His frequent request to Indonesians and to world leaders was that ''Upholding democracy is one of the principles of Islam''. He made enemies among extremist groups with such talk. But largely as a result of his personality, the world's most populous Muslim country did, indeed, become a democracy and help to lead the worldwide battle against murderous extremists at the same time.

Wahid's presidency came to an abrupt end in 2001, and many blame a conspiracy of the elite. If so, they failed anyway. Indonesia today is Asean's strongest example of the advantages of democracy. It also is arguably the Islamic world's strongest proof that democracy is good for Islam in many ways. Wahid showed Muslims will fight the extremists, and that is his strongest legacy.

http://khmerlovenews.blogspot.com/2010/01/fine-example-for-region.html

xxxxxxxxxxxxxxx

INDONESIA GREAT LEADER AFTER DICTATORSHIP--why we still "hanging around" with short-sighted views, sentiment and perception...KETUANAN MALINGSIA KOLOT

KETUANAN KAKU DAN MENGONGKONG MINDA!!!

MALINGSIA UNDUR DAN MEMBISAKAN MINDA!!!

Sunday, January 10, 2010

Awang Selamat – Penggalak Terorisme Di Malaysia

Awang Selamat – Penggalak Terorisme Di Malaysia

Posted by Anak Sungai Derhaka at 11:06:00 AM
oleh Eyes Wide Open

Setelah berhari menantikan jawaban dari semboyan UMNO iaitu Utusan Malaysia, akhirnya En Awang Selamat muncul memberi kata duanya mengenai serangan ganas ke atas beberapa gereja di negara tercinta kita ini.

Akan tetapi ia jelas sekali yang pihak Utusan langsung tidak prihatin kepada mangsa-mangsa serangan yang kian meningkat saban hari.

Dalam rencananya , beliau menulis:

“…ada pihak lain yang cuba menangguk di air keruh – menjadi dalang – yang kemungkinan itu tidak boleh ditolak mentah-mentah. Motifnya adalah untuk memburukkan lagi keadaan selain menjejaskan imej Islam.”

Ingin saya tanya, siapa yang dimaksudkannya sebagai “pihak lain” yang motifnya untuk “memburukkan lagi keadaan selain menjejaskan imej Islam”? Takkanlah dia menuduh penganut Islam sedemikian?

Masya’allah! Setelah menyiar artikel-artikel menghasut bertubi-tubi sehingga betul-betul tercetus serangan terorisme ke atas rakyat Malaysia sendiri, tak henti-henti lagi dengan hasutannya? Ke mana hilang keinsafannya?

Ini betul-betul bak sudah jatuh ditimpa tangga. Yang lebih menyakitkan ialah pihak yang jatuh itu ditolak oleh pengganas pengecut atas motosikal dan tangga itu dilempar oleh penulis rencana suratkhabar milik parti berkuasa mutlak negara ini.

Demi meneruskan hasutannya, Awang tidak sama sekali peduli yang dia terang-terang menyebarkan kata-kata bohong seperti berikut:

“Lihatlah punca sebenar. Kenapa sekarang kalimah Allah hendak digunakan di Semenanjung Malaysia?”

Bohong, bohong, bohong!

Mana ada tuntutan mana-mana pihak untuk menggunakan *kalimah* Allah di Semenanjung? Semua orang (Muslim dan bukan Muslim) memahami yang kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Nabinya” adalah tunggak agama Islam. Mustahil yang pihak Kristian ingin menggunanya kerana fahaman asas kedua-dua agama amat berbeza sekali.

Kontroversi tercetus apabila kerajaan tiba-tiba melarang the Herald menggunakan *NAMA* “Allah” dalam suratkhabar edisi BMnya (yang sudah lama diterbit dengan permit rasmi kerajaan) yang dibaca oleh penganut Katolik di SABAH & SARAWAK sahaja yang tidak berbahasa Inggeris!

Mesti difahami bahawa penganut Katolik di Malaysia Timur menggunakan *NAMA* “Allah” (dan bukan kalimah) kerana mereka membaca Kitab terjemahan Bahasa Indonesia yang diterbitkan di Indonesia. Kitab ini menggunakan nama “Allah”. Keadaan ini telah berlangsung untk beratus tahun sebelum Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung untuk membentuk negara Malaysia. Pindaan Perlembagaan Malaysia pada masa itu jelas mempertahankan hak-hak Bumiputra di Malaysia Timur, termasuk yang bukan Islam.

Jadi, tindakan kerajaan UMNO mengharamkan penggunaan *NAMA* “Allah” oleh penganut Kristian di Malaysia Timur jelas memijak-mijak hak agama Bumiputra Malaysia Timur yang sudah lama termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia! Jadi demi menuntut keadilan untuk pengikutnya, meminta kerajaan menghormati undang-undang Perlembagaan, dan menegakkan hak Bumiputra Malaysia Timur, gereja Katolik telah membuat rayuan kepada mahkamah.

Kenapa UMNO yang tak henti-henti melaungkan terhakisnya hak asasi Bumiputra sebaliknya kini menghakis hak asasi Bumiputra Malaysia Timur?

Hipokrit yang amat keji!

Akan tetapi, isu yang sebenar ini telah lama dikuburkan oleh UMNO dan akhbar penghasutnya Utusan. Ditanamnya benih benci dan syak wasangka antara rakyat Malaysia dengan fitnah yang sudah disebar luas bahawa penganut Kristian di Malaysia giat menerbitkan Kitab Bahasa Melayu dan merompak kalimah Allah untuk memurtadkan penganut Islam Melayu!

Sehinggalah hasutannya ini telah dibuahkan dengan serangan terorisme ke atas diri dan harta pihak Kristian di Malaysia.

Akan tetapi, setelah fitnah demi fitnah disebarkan, bohong demi bohong diwujudkan, hasutan demi hasutan diterbitkan, dan serangan demi serangan dilaporkan, sanggup Awang Selamat ini masih giat menghasut orang Islam di negara ini supaya lebih membenci yang bukan Islam/Melayu. Hasutan demi hasutannya ini amat mendadak, walau setelah hasutannya sudah berbuah.

Adakah dia menganggap yang buahnya tak cukup lebat. Buah berwarna kuning jingga seperti api menjilat rumah ibadat tidak cukup memuaskan?

Inginkah dia melihat buah merah darah mengalir?

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

FITNAH TAHUN 2010 OLEH BERITA MINGGU yang memesong!!!

DI SEBALIK TABIR BALING 55: FITNAH TAHUN 2010 OLEH BERITA MINGGU


Memasuki hari ketiga 2010, terbaca aku sebuah rencana :”Belang Sebenar Chin Peng”, ditulis oleh Oleh Mohd Azis Ngah dan Safuri Kamarudin yang siarkan di bminggu@bharian.com.my. (bminggu@bharian.com.my). Antara tulisannya ialah:


“Proses rundingan di daerah pedalaman Kedah itu juga boleh dianggap antara usaha terakhir kerajaan meyakinkan British bahawa anak tempatan layak memerintah negara sendiri dan bersedia menuntut kemerdekaan. Buktinya, beberapa hari hari selepas pertemuan bersejarah itu berlangsung, Tunku terus berangkat ke London meneruskan pula rundingan kemerdekaan dengan British.
Namun, Rundingan Baling dikatakan gagal - puncanya cukup mudah, iaitu kerana sikap ego, degil serta keengganan Chin Peng menerima keamanan, tidak sanggup menyerah diri dan memilih pertumpahan darah sebagai saluran perjuangannya. Sepanjang rundingan, Chin Peng sudah memperlihatkan sikap tidak percayakan sesiapa, sedangkan kerajaan bersusah payah menjayakan proses itu serta gencatan senjata bagi memastikan pertemuan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.”


Patutlah, ada blogger yang menyebutnya sebagai Berita Hairan dan Utusan Meloya, yang menjadi media rasmi kaum kapitalis birokrat Melayu menipu orang Melayu dan memutar belitkan sejarah perjuangan rakyat disamping memartabatkan kaum penjajah sebagai "pejuang kemerdekaan" dan "pelindung orang Melayu".

Kepada 2 penulis itu aku nak tanya: “keengganan Chin Peng menerima keamanan” atau keengganan Chin Peng menerima syarat menyerah diri? Mengapa PKM harus menyerah diri? PKM bersedia menerima syarat perdamaian asalkan tidak menyerah diri. Begitu juga dengan perundingan Haadyai, syarat tidak menyerah diri menjadi syarat terpokok pihak PKM. Mengapa di Baling tak boleh terima, tapi di Haadyai boleh?


Mohd Azis Ngah dan Safuri Kamarudin yang menghasil artikel putar belit ini, sepatutnya baca dan fahami betul-betul interview yang dibuat oleh Merdeka Review dengan Pak Saiz Zahari. Pak Said Zahari adalah ikon kebebasan. Kerana keteguhan memperjuangan kebebasan, beliau telah dipenjarakan selama 17 tahun oleh Lee Kuan Yew dan disekat untuk pulang ke Malaysia oleh “Bapa Merdeka” Tunku Abdul Rahman selain “merampas” akhbar Utusan Melayu untuk dijadikan penyambung lidah UMNO.

Dua penulis ini seolah-olah tak mengerti atau buta sejarah bahawa sebelum perundingan itu berlangsung, hasil perundingan itu sudahpun diputuskan sebagai gagal. “Saya tak mahu perundingan itu berjaya” kata Tunku kepada Said Zahari yang menjadi wartawan meliputi berita Perundingan Baling. Ini kenyataan sebenarnya.

Baik, katakanlah Perundingan Baling itu tidak berjaya kerana penjajah Inggeris tidak membenarkan Tunku membuat sebarang keputusan. Pihak PKM juga menerima hakikat ini kerana Malaya belum merdeka lagi pada masa itu, Tunku tiada kuasa untuk membuat keputusan.

Akan tetapi mengapa Tunku tidak mahu menyambung semula perundingan selepas negara mencapai kemerdekaan? Apa yang dibuat oleh Tunku atau UMNO ialah terus menerus melancarkan kempen kepung basmi ke atas TPNM, di segi yang lain pula terus melindungi kepentingan modal monopoli British dan menekan gerakan patriotik demokratik rakyat. Inikah maksudnya keikhlasan UMNO untuk keamanan itu?

Dalam masa tersebut, pihak PKM telah mengeluarkan 4 buah manifesto menyeru Kerajaan Persekutuan mengadakan perundingan bagi menamatkan peperangan dan mewujudkan perdamaian.

1. Surat Kenyataan Markas Agung – 1 Mei 1955
2. Manifesto PKM 22 Disember 1955
3. Surat Kenyataan JKP PKM 5 Marc 1956
4. Manifesto PKM 20 Jun 1958

Selepas Perundingan Baling, Rashid Maidin beberapa tahun tidak pulang ke Rejimen Ke-10 kerana menunggu jawapan dari Tunku atau UMNO untuk mengadakan perundingan bagi menamatkan peperangan. Pada tahun 1962, setelah berasa hampa dengan sikap Tunku dan UMNO, barulah beliau pulang ke Rejimen Ke-10 untuk meneruskan perjuangan.

Apakah 2 penulis di atas tahu tentang perkara yang saya sebutkan ini? Kalau tidak tahu, keluarlah dari kepompong sempit itu, carilah maklumat sebenarnya sebelum memperkatakan sesuatu.

Walau apapun putar belit dimainkan oleh media UMNO, hakikat yang terserlah ialah UMNO yang berdegil meneruskan perang warisan penjajah. Oleh itu UMNO dan kerajaan tunjangannya haruslah menanggung akibat perang tersebut.

Pendedahan yang dibuat oleh Pak Said Zahari yang saya sebut di atas sepatutnya diterbitkan juga di Berita Harian dan Utusan Malaysia. Akan tetapi mengapa kedua-dua akhbar ini membisu seribu bahasa?

http://greensocialis.blogspot.com/


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Apakah apabila umat Islam di bunuh beramai-ramai di selatan Thailand mereka menyuarakan bantahan mereka?

Apakah mereka akan bangun untuk membela jika ada pemuda Islam yang di zalimi di dalam penjara atau lokap?

Tidak sama sekali kerana mereka ini sebenarnya sememangnya seorang hipokrit besar.

Umat Islam sentiasa bertolak ansur dengan segala isu yang melanda sejak akhir2 ini.

Ini kerana ramai umat Islam di Malaysia ini tahu segala peristiwa yang terjadi pada hari ini adalah rekaan dan arahan UMpuNo semata2.

Umat Islam tahu ini adalah perangkap paling besar yang mereka halakan kepada Parti Islam Semalaysia(PAS).

Oleh itu umat Islam di Malasyia ini bertindak bijak dengan tidak termakan dengan segala provokasi yang telah berlaku.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN KOMPLOTAN, TIPU MUSLIHAT, PERANGKAP taktik dan strategi POLITIKUS Umpuno!!!!

Politikus kotor, jijik, memesong dan membisa!