DI SEBALIK TABIR BALING 55: FITNAH TAHUN 2010 OLEH BERITA MINGGU
Memasuki hari ketiga 2010, terbaca aku sebuah rencana :”Belang Sebenar Chin Peng”, ditulis oleh Oleh Mohd Azis Ngah dan Safuri Kamarudin yang siarkan di bminggu@bharian.com.my. (bminggu@bharian.com.my). Antara tulisannya ialah:
“Proses rundingan di daerah pedalaman Kedah itu juga boleh dianggap antara usaha terakhir kerajaan meyakinkan British bahawa anak tempatan layak memerintah negara sendiri dan bersedia menuntut kemerdekaan. Buktinya, beberapa hari hari selepas pertemuan bersejarah itu berlangsung, Tunku terus berangkat ke London meneruskan pula rundingan kemerdekaan dengan British.
Namun, Rundingan Baling dikatakan gagal - puncanya cukup mudah, iaitu kerana sikap ego, degil serta keengganan Chin Peng menerima keamanan, tidak sanggup menyerah diri dan memilih pertumpahan darah sebagai saluran perjuangannya. Sepanjang rundingan, Chin Peng sudah memperlihatkan sikap tidak percayakan sesiapa, sedangkan kerajaan bersusah payah menjayakan proses itu serta gencatan senjata bagi memastikan pertemuan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.”
Patutlah, ada blogger yang menyebutnya sebagai Berita Hairan dan Utusan Meloya, yang menjadi media rasmi kaum kapitalis birokrat Melayu menipu orang Melayu dan memutar belitkan sejarah perjuangan rakyat disamping memartabatkan kaum penjajah sebagai "pejuang kemerdekaan" dan "pelindung orang Melayu".
Kepada 2 penulis itu aku nak tanya: “keengganan Chin Peng menerima keamanan” atau keengganan Chin Peng menerima syarat menyerah diri? Mengapa PKM harus menyerah diri? PKM bersedia menerima syarat perdamaian asalkan tidak menyerah diri. Begitu juga dengan perundingan Haadyai, syarat tidak menyerah diri menjadi syarat terpokok pihak PKM. Mengapa di Baling tak boleh terima, tapi di Haadyai boleh?
Mohd Azis Ngah dan Safuri Kamarudin yang menghasil artikel putar belit ini, sepatutnya baca dan fahami betul-betul interview yang dibuat oleh Merdeka Review dengan Pak Saiz Zahari. Pak Said Zahari adalah ikon kebebasan. Kerana keteguhan memperjuangan kebebasan, beliau telah dipenjarakan selama 17 tahun oleh Lee Kuan Yew dan disekat untuk pulang ke Malaysia oleh “Bapa Merdeka” Tunku Abdul Rahman selain “merampas” akhbar Utusan Melayu untuk dijadikan penyambung lidah UMNO.
Dua penulis ini seolah-olah tak mengerti atau buta sejarah bahawa sebelum perundingan itu berlangsung, hasil perundingan itu sudahpun diputuskan sebagai gagal. “Saya tak mahu perundingan itu berjaya” kata Tunku kepada Said Zahari yang menjadi wartawan meliputi berita Perundingan Baling. Ini kenyataan sebenarnya.
Baik, katakanlah Perundingan Baling itu tidak berjaya kerana penjajah Inggeris tidak membenarkan Tunku membuat sebarang keputusan. Pihak PKM juga menerima hakikat ini kerana Malaya belum merdeka lagi pada masa itu, Tunku tiada kuasa untuk membuat keputusan.
Akan tetapi mengapa Tunku tidak mahu menyambung semula perundingan selepas negara mencapai kemerdekaan? Apa yang dibuat oleh Tunku atau UMNO ialah terus menerus melancarkan kempen kepung basmi ke atas TPNM, di segi yang lain pula terus melindungi kepentingan modal monopoli British dan menekan gerakan patriotik demokratik rakyat. Inikah maksudnya keikhlasan UMNO untuk keamanan itu?
Dalam masa tersebut, pihak PKM telah mengeluarkan 4 buah manifesto menyeru Kerajaan Persekutuan mengadakan perundingan bagi menamatkan peperangan dan mewujudkan perdamaian.
1. Surat Kenyataan Markas Agung – 1 Mei 1955
2. Manifesto PKM 22 Disember 1955
3. Surat Kenyataan JKP PKM 5 Marc 1956
4. Manifesto PKM 20 Jun 1958
Selepas Perundingan Baling, Rashid Maidin beberapa tahun tidak pulang ke Rejimen Ke-10 kerana menunggu jawapan dari Tunku atau UMNO untuk mengadakan perundingan bagi menamatkan peperangan. Pada tahun 1962, setelah berasa hampa dengan sikap Tunku dan UMNO, barulah beliau pulang ke Rejimen Ke-10 untuk meneruskan perjuangan.
Apakah 2 penulis di atas tahu tentang perkara yang saya sebutkan ini? Kalau tidak tahu, keluarlah dari kepompong sempit itu, carilah maklumat sebenarnya sebelum memperkatakan sesuatu.
Walau apapun putar belit dimainkan oleh media UMNO, hakikat yang terserlah ialah UMNO yang berdegil meneruskan perang warisan penjajah. Oleh itu UMNO dan kerajaan tunjangannya haruslah menanggung akibat perang tersebut.
Pendedahan yang dibuat oleh Pak Said Zahari yang saya sebut di atas sepatutnya diterbitkan juga di Berita Harian dan Utusan Malaysia. Akan tetapi mengapa kedua-dua akhbar ini membisu seribu bahasa?
http://greensocialis.blogspot.com/
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Apakah apabila umat Islam di bunuh beramai-ramai di selatan Thailand mereka menyuarakan bantahan mereka?
Apakah mereka akan bangun untuk membela jika ada pemuda Islam yang di zalimi di dalam penjara atau lokap?
Tidak sama sekali kerana mereka ini sebenarnya sememangnya seorang hipokrit besar.
Umat Islam sentiasa bertolak ansur dengan segala isu yang melanda sejak akhir2 ini.
Ini kerana ramai umat Islam di Malaysia ini tahu segala peristiwa yang terjadi pada hari ini adalah rekaan dan arahan UMpuNo semata2.
Umat Islam tahu ini adalah perangkap paling besar yang mereka halakan kepada Parti Islam Semalaysia(PAS).
Oleh itu umat Islam di Malasyia ini bertindak bijak dengan tidak termakan dengan segala provokasi yang telah berlaku.
JANGAN TERPEDAYA DENGAN KOMPLOTAN, TIPU MUSLIHAT, PERANGKAP taktik dan strategi POLITIKUS Umpuno!!!!
Politikus kotor, jijik, memesong dan membisa!