Friday, July 30, 2010

Ular Raksasa: Kita Ditipu Oleh Utusan Malaysia




Ular Raksasa: Kita Ditipu Utusan Malaysia

Posted on Wednesday, July 28 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: laniismaa


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini menyangkal laporan penemuan seekor ular raksasa di hutan Sungai Siput dekat sini baru-baru ini seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian.


Akhbar harian itu ialah Utusan Malaysia. Utusan Malaysia, bab ular-mengular ini, ia nombor satu. Tentang ular pun ia ingin menipu kita juga. Alahai.....geram ni, 'waa' pun dah bercerita kepada bebudak, ia ular Sungai Siput.

Ular sebesar itu di Malaysia ni ada di Putrajaya.


Cess....

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6716&mode=thread&order=0&thold=0

Thursday, July 29, 2010

RAHIM THAM BE THE HM(HEADMASTER) OF PREGNANCY SCHOOL/SEKOLAH KEBANGSAAN HAMIL???



Pengetua Sekolah Mengandung

Posted on Wednesday, July 28 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh: salehgong

"MELAKA Negeri Bersejarah akan mengukir sejarah seterusnya apabila Kerajaan Melaka di bawah Ali Rustam akan menubuhkan Sekolah Mengandung. Samada pihak Kementerian benarkan atau tidak, Kerajaan Negeri akan tetap meneruskannya bagi mengubati `penyakit budak miang' di sekolah. Itu kata Ali Rustam, KM Melaka yang pernah disabitkan dengan politik wang semasa pemilihan Umno yang lalu. Baca di sini.




Selepas ini rakyat Negeri Melaka tidak perlu bimbang lagi tentang anak-anak mereka yang `miang' kerana mereka akan dibantu. Jika sebelum ini kita dengar mahu diwujudkan Pendidikan Seks di sekolah-sekolah, kini mungkin wujud pula Sekolah Mengandung. Terlalu rapat kaitan keduanya. Saya tidak mahu menyebut idea Ali Rustam ini baik, bijak atau bahlol. Cumanya saya kesihan apabila Ali Rustam menyebut masalah zina akan dapat diatasi dengan kaedahnya itu. Benarkah begitu?
Teori Ali Rustam mudah. Pelajar-pelajar yang melakukan zina adalah kerana gagal mengawal nafsu, maka lebih baik mereka kahwin. Jika pihak sekolah tidak mahu terima pelajar yang mengandung selepas berkahwin, maka inilah sekolahnya. Apa terjadi selepas pelajar ini berkahwin nanti? Sudahkan kita fikirkan? Benarkah mereka yang berzina itu sebenarnya disekat dari berkahwin? Atau semata-mata mahu berseronok? Sudahkah kajian dibuat? Saya rasa tidak ramai yang melakukan zina itu adalah kerana mereka disekat dari berkahwin. Mereka cuma mahu keseronokan bukan mahu berkahwin.

Sekiranya jadi juga penubuhan Sekolah Mengandung untuk pelajar-pelajar miang ini, saya ingin mencadangkan agar Pengetua atau Guru Besarnya adalah Rahim. Beliau sungguh berpengalaman di dalam perkara `miang' dan budak mengandung ini.



Sumber: wfauzdin.blogspot.com dan Mindarakyat

xxxxxxxxxxx

SIAPA PULA MENJADI PENGETUA SEKOLAH KEBANGSAAN PERZINAAN
PILIH SEORANG DARI BN...... CHUA........

SIAPA PULA MENJADI PENGETUA SEKOLAH KEBANGSAAN RUNTUH MORAL DAN PENYALAHAN-KUASA SERTA ZALIM........
JAWAPANNYA DR M

SIAPA PULA MENJADI PENGETUA SEKOLAH KEBANGSAAN KASINO
JAWAPANNYA: TUNN HANNIFF

SIAPA PULA MENJADI PENGETUA SEKOLAH KEBANGSAAN PERJUDIAN
JAWAPANNYA:VINCENT TAN DAN T. Ananda Krishnan

Krishnan is Malaysia’s richest person with wealth estimated at $8.1 billion, according to Forbes magazine. The billionaire also owns stakes in gaming and power group Tanjong Plc!!!!

PERJUDIAN MENJAHANAMKAN MASYARAKAT!

BANGSA TIONGHUA MEMBANTAH PERJUDIAN, SPECIAL DRAWS YANG TAK HENTI-HENTI, KASINO YANG MEMJADI MAKSIAT, MENJATUHKAN ETIKA DAN MORAL KELUARGA DAN ANAK-ANAK MALAYSIA!

ALL MALAYSIANS SAY NO TO JUDI/PERJUDIAN--CASINO,4D, DAMACAI, SPORT TOTO, MAGNUM!

NO!NO!NO!

VOICE FROM ALL MALAYSIANS!

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6732

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6732

Laungan Hidup Melayu SEBENARNYA memalukan Melayu

Laungan Hidup Melayu memalukan Melayu

Posted on Thursday, July 29 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: anak_muar

"HIDUP MELAYU..!adalah kata-kata keramat yang sering dilaungkan oleh para pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya setiap kali dalam persidangan parti tersebut. Kata-kata tersebut dianggap sebagai oksigen bagi UMNO untuk terus bernafas dalam arena politik serta meraih sokongan dari orang Melayu.

Namun yang hidup dan kaya-raya hanya para pemimpin Melayu UMNO diperingkat atasan dan ketua-ketua bahagian sahaja.Apabila UMNO melaungkan HIDUP MELAYU :
Melayulah yang majoritinya miskin dan terpinggir.
Melayulah yang paling ramai menganggur
Melayulah yang paling banyak merempat tiada rumah tetap
Melayulah paling ramai gagal dalam perniagaan
Anak muda mudi melayulah yang paling ramai mengalami keruntuhan akhlak
Anak Melayu yang paling ramai jadi mat rempit
Anak Melayu yang paling ramai menjadi penagih dan penjenayah
Melayulah yang paling ramai terima rasuah
Adakah kata-kata HIDUP MELAYU keramat atau sumpahan kepada Melayu sama-sama kita renung dan fikirkan."


http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6737

"SELAMATKAN MALAYSIA DARI PENIPU NEGARA"

Yang Tipu Jahat Dan Bijak Yang Kena Tipu Lemah Dan Bodoh Bangang

Posted on Thursday, July 29 @ 16:41:04 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh DATO' HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Tun Ling Liong Sik bekas Menteri Pengangkutan dan bekas Presiden MCA telah didakwa di Mahkamah Seksyen kerana didapati melakukan dua kali penipuan terhadap Jemaah Menteri (Kabinet) dalam isu pembelian tanah untuk mega distribution di Pelabuhan Klang bagi tujuan perojek PKFZ. Dua kali penipuan tersebut dilakukan oleh Tun Ling Liong Sik pada 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Pejabat Perdana Menteri di dalam mesyuarat kabinet kerajaan Barisan Nasional (BN).

Penipuan tersebut telah mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat. Isu ini sangat memalukan kerana dalam tempoh tak sampai dua bulan Jemaah Menteri (Kabinet) boleh kena tipu oleh seorang anggota kabinet. Ini menunjukkan dalam kabinet kerajaan BN ada penipu dan ada yang kena tipu. Yang tipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bodoh bangang. Yang tipu tak beramanah yang kena tipu pun sama tak beramanah dan ‘pak angguk' dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Persoalannya ialah bagaimana sebahagian yang kena tipu masih kekal dalam Jemaah Menteri hingga sekarang dan menjawat jawatan yang lebih besar iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi anggota Jemaah Menteri pada 2002 yang turut kena tipu dengan Tun Ling Liong Sik turut kekal dalam kabinet kerajaan Umno / BN. Penipuan tersebut menunjukan anggota kabinet yang ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan hilang kelayakkan sebagai anggota Jemaah Menteri termasuk PM dan TPM.


Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno / BN yang anggota Jemaah Menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan. Malaysia tak akan maju jika Jemaah Menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu dan ketirisan wang rakyat terus berlaku akibat dari Jemaah Menteri penipu dan ditipu yang melambangkan bodoh bangang kabinet kerajaan Umno / BN. Yang jelas semua mereka ini adalah penipu rakyat Malaysia. Bohong Negara (BN).


"SELAMATKAN MALAYSIA DARI PENIPU NEGARA"



DATO' HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS


http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6740

Pelabur benci rasuah. Mereka enggan beri rasuah kepada para pemimpin UMNO-BN yang tamak haloba.

Kita Bakar Mitos dan Tahyul UMNO
Posted on Thursday, July 29 @ 16:32:31 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh: ruhan

"Setelah melihat banyak fakta yang dikemukakan dalam pelbagai blog, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Kerajaan UMNO-BN sedang ditimpa musibah yang dahsyat. Hal itu menyebabkan mereka jadi sasau dan tidak keruan. Tiada lagi rasionaliti dalam pemikiran mereka.

Dulu mereka mendakwa pembangkang hanya tahu membangkang. Semua yang kerajaan buat tidak betul. Pembangkang hanya tahu bikin huru-hara. Kesemua dakwaan ini kini berbalik kepada mereka sendiri apabila kita merujuk kepada menjunamnya FDI Malaysia.

UMNO-BN mendakwa sekiranya negara ini diperintah oleh pembangkang, huru-hara akan berlaku. Pakatan Rakyat menguasai lima negeri selepas PRU Ke-12. Huru-hara tidak berlaku. Tiada rusuhan kaum. Negara dan semua negeri berada dalam keadaan aman sejahtera. Mitos UMNO tersungkur menyembah bumi.

UMNO-BN mendakwa sekiranya negara ini kacau-bilau, pelabur-pelabur akan lari. Hari ini rakyat tertanya-tanya mengapa pelabur tak datang sedangkan Malaysia aman damai. Rakyat juga pelik, mengapa Thailand yang dilanda pelbagai petaka, ekonominya berkembang 10% dan FDInya antara yang terbagus di Asia Tenggara.

Kita mahu adik PM yang kini menjadi jurucakap UMNO-BN secara sukarela menjelaskan situasi yang aneh ini. Menteri-menteri UMNO meraban tak habis-habis untuk menipu rakyat tentang kemeruduman FDI itu. Sesiapa pun tidak akan percaya apabila melihat keadaan itu secara holistik.

Apa yang ada di sebalik mitos dan tahyul UMNO? Mereka kata Melayu hancur kalau UMNO kalah. Hakikatnya UMNO yang akan hancur. Nasib Melayu tetap terbela melalui Perlembagaan Malaysia.

PAS dan PKR akan meneruskan agenda bukan sahaja untuk Melayu malahan juga untuk kaum-kaum lain. Ini yang lebih utama daripada Malay First ataupun Ketuanan Melayu yang amat sarat dengan perkauman sempit itu.

FDI merudum kerana UMNO-BN rasuah.

Pelabur benci rasuah. Mereka enggan beri rasuah kepada para pemimpin UMNO-BN yang tamak haloba. FDI merudum kerana undang-undang dan mahkamah Malaysia tidak adil. Pelabur bimbang ketidakadilan itu akan menjejaskan pelaburan mereka. MP di Eropah mengkritik hebat kes liwat II. Pelabur asing bimbang mereka juga mungkin dianiaya.

Itu adalah antara sebab FDI Malaysia merudum walaupun berada dalam keadaan aman sentosa. Ikut logik akal, tiada sesiapa pun yang akan biar diri mereka terdedah dengan bahaya seperti di Thailand.

Tetapi di tempat itulah mereka melabur dengan senang hati. Marilah kita bersama-sama membakar mitos dan tahyul yang telah melebihi setengah abad disebarkan oleh UMNO terutamanya.

http://bilahrotan.blogspot.com

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6739

Wednesday, July 28, 2010

Siapa pembunuh Ibrahim Libya dan Syuhada Memali?

Siapa pembunuh Ibrahim Libya dan Syuhada Memali?

Hari ini ramai yang bising membicarakan mengenai pembunuhan yang “kononnya” dilakukan oleh Chin Peng ketika bersama Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu.

Mengapa Chin Peng menjadi sasaran?

Mudah sahaja. Ini adalah kerana Chin Peng adalah seorang Cina maka mudahlah dijadikan “punching bag” politik mereka. Jika Chin Peng adalah seorang Melayu, pasti sukar untuk dijadikan momok. Begitulah politik pecah dan perintah Umno/BN.

Oleh kerana sudah kehabisan modal politik, maka Rais Yatim pun timbulkanlah kembali isu komunis ni.


Dalam masyarakat Malaysia ni, masih tinggal sedikit lagi golongan bodoh dan buta sejarah yang terperangkap dengan propaganda anti komunis anjuran penjajah British.

Diantaranya ialah seorang budak buta sejarah seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini disini. Orang-orang macam ni dan geng-geng Ibrahim Ali bolehlah Rais nak bohong.

Budak-budak muda yang cool dah tonton dokumentari “Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka” dan “Revolusi 48″. Maka sebab itulah ramai budak-budak muda dah mula tahu bahawa Umno/BN ini hanyalah penyambung kepada apa yang dilakukan oleh penjajah British.

Cuma budak yang tak cool dan tak baca buku sejarah selain versi Umno/BN sahaja yang boleh termakan momok Rais ni.

Kenyataan bodoh Rais Yatim telah menyebabkan Mat Amin yang menggendalikan blog Kampung Perdamaian Sukhirin menjawab kembali dan menggeluarkan gambar-gambar yang pastinya tidak disenangi oleh Umno/BN.



Gambar Abdullah CD dan Suriani menghadap Sultan Azlan Shah

Lihat banyak lagi pemimpin negara yang bertemu dan bermesra dengan pimpinan PKM disini.

Didalam peperangan biasalah ada yang terbunuh dan membunuh. Sebab itulah dinamakan perang.

PKM jelas melawan penjajahan. Sedangkan Umno, MCA dan MIC pada ketika itu memilih untuk menjadi talibarut British dan menghalalkan tindakan jahat yang dilakukan oleh British kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tulen seperti Dr. Burhanuddin Helmy, Chin Peng, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Suriani dan ramai lagi.

Alasan nak haramkan Chin Peng pulang diatas sebab PKM pernah membunuh askar sewaktu berperang adalah tidak adil.

Ini adalah kerana askar juga membunuh ramai anggota PKM yang terdiri dari pelbagai bangsa termasuklah orang-orang Melayu.

Begaimana pula dengan kerajaan Umno/BN dan PDRM yang membunuh Ibrahim Libya dan 13 penduduk Kampung Memali?

http://aminiskandar.wordpress.com/2009/05/26/siapa-pembunuh-ibrahim-libya-dan-syuhada-memali/#comment-8937