Thursday, July 29, 2010

Laungan Hidup Melayu SEBENARNYA memalukan Melayu

Laungan Hidup Melayu memalukan Melayu

Posted on Thursday, July 29 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: anak_muar

"HIDUP MELAYU..!adalah kata-kata keramat yang sering dilaungkan oleh para pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya setiap kali dalam persidangan parti tersebut. Kata-kata tersebut dianggap sebagai oksigen bagi UMNO untuk terus bernafas dalam arena politik serta meraih sokongan dari orang Melayu.

Namun yang hidup dan kaya-raya hanya para pemimpin Melayu UMNO diperingkat atasan dan ketua-ketua bahagian sahaja.Apabila UMNO melaungkan HIDUP MELAYU :
Melayulah yang majoritinya miskin dan terpinggir.
Melayulah yang paling ramai menganggur
Melayulah yang paling banyak merempat tiada rumah tetap
Melayulah paling ramai gagal dalam perniagaan
Anak muda mudi melayulah yang paling ramai mengalami keruntuhan akhlak
Anak Melayu yang paling ramai jadi mat rempit
Anak Melayu yang paling ramai menjadi penagih dan penjenayah
Melayulah yang paling ramai terima rasuah
Adakah kata-kata HIDUP MELAYU keramat atau sumpahan kepada Melayu sama-sama kita renung dan fikirkan."


http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6737