Tragedi Memali tidak boleh dimaafkan begitu saja
Tragedi pembunuhan ngeri yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang pada ketika itu dipimpin oleh Dr. Mahathir Mohammad di Kampung Memali, tidak boleh dimaafkan begitu sahaja sehinggalah satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan oleh menyiasat kembali peristiwa ngeri pada 19 November 1985.
Insiden tersebut mengorbankan 14 penduduk kampung tersebut dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’.
Peristiwa pembunuhan kejam kerajaan Barisan Nasional terhadap penduduk Kampung Memali itu walaupun telah lama berlalu masih belum diselesaikan kerana “pembunuh-pembunuh” tersebut masih lagi bebas sehingga hari ini dan keadilan masih belum dikembalikan kepada keluarga para Syuhada!
Isu ini telah melangkaui PAS dan telah menjadi satu isu Hak Asasi Manusia yang harus diselesaikan dengan segera! Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Barisan Nasional harus memohon maaf dan membicarakan kesemua pelakunya termasuklah bekas PM, Dr. Mahathir dan bekas TPM, Musa Hitam.
Sehingga perkara ini belum diselesaikan, jangan bicara soal PERPADUAN!
http://aminiskandar.wordpress.com/
Ketuanan Melayu harus di”bakulsampah”kan
Sejak kecil aku mendengar ungkapan “Ketuanan Melayu” ini. Dari mula belajar membaca sehinggalah hari ini “Ketuanan Melayu” tidak habis-habis di”dendang”kan.
Dulu masa sekolah menengah terpengaruh juga dengan dengan propaganda jahat ni. Tertanam juga kebencian kepada bangsa lain walaupun tak tahu apa sebab.
Lama kelamaan kebencian yang tak bersebab itu hilang kerana aku mempunyai kawan-kawan rapat dari bangsa Cina dan India.
Waktu Tahun Baru Cina aku dijemput untuk bertandang kerumah temanku yang berbangsa Cina manakala apabila Deepavali tiba, tidak ketinggalan untuk dijemput kerumah kawan-kawan India.
Sejarah adalah subjek yang paling aku minati walaupun ramai kawan-kawan yang merasakan subjek Sejarah itu membosankan kerana perlu menghafal banyak fakta, kejadian dan tarikh. Tapi itu tidak menjadi masalah padaku oleh kerana minat yang mendalam.
Apabila belajar Sejarah Malaysia, kita tidak dapat lari dari senjarah penjajahan di tanah ini
http://aminiskandar.wordpress.com/page/2/