Wednesday, July 28, 2010

AMAT BERDOSA BERJUTA-JUTA KALI BERDOSA!!!HANCUR BADAN, MATI JIWA, HANCUR GENERASI, MUSNAH AGAMA SUCI!!!!!!!!!!!

Presiden PAS: ‘Mufti Perak hanya orang kecil, saya tak mahu layan’

Posted on Wednesday, July 28 @ 00:00:00 PDT


KUALA LUMPUR, 29 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.

“Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.

Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau,” kata Hadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.

“PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja."

“Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.

“Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.

“Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.

“Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti,” tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.

Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6703


XXXXXXXXXXXXXXXXXXX

kenapa PAS Lambat
Posted on Wednesday, July 28 @ 18:33:22 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Dalam menanggani isu perpaduan melayu, Pas dilihat lambat bertindak. Pas seolah-olah duduk dipenjuru gelanggang apabila loceng pertarungan dibunyikan. Pas diasak oleh UMNO dan dilihat berjaya menjuarai isu ini. Pas seolah-olah bertahan dalam isu ini. Menyerang mufti Harussani dilihat sebagai tindakan tidak bijak. Sedikit sebanyak akan menaruh simpati rakyat terhadap beliau dan secara langsung rakyat akan turut bersimpati terhadap UMNO.


Umno sendiri bukannya benar-benar hendakkan perpaduan bersama Pas maupun perpaduan melayu. Memang dikala ini mereka amat tersepit tetapi mereka hanya berhasrat untuk menjuarai undi orang-orang melayu. Mereka sendiri tahu bahawa sebahagian besar pengundi melayu menyokong Pas. Kebanyakan pertembungan kerusi juga adalah diantara Pas dan Umno. Apabila di spin isu perpaduan melayu, mereka cuba menggambarkan bahawa Pas dalam keadaan serba salah. Seolah-olah enggan kepada perpaduan sesama bangsa dan takutkan kepada orang cina khususnya DAP. Jadi merekalah juara melayu.


Ia menimbulkan tanda-tanya terhadap rakyat dan masyarakat majoriti melayu tentang apa sikap Pas. Hendak disambut bimbang takut isu perpaduan dicanang semula. Hendak diam begitu sahaja seolah-olah Pas lebih suka kepada perpecahan dan enggan perpaduan. Mereka memalu gendang ‘silat pulut’ sedang Pas bersedia dengan memakai sut ‘tomoi’. Jadi Nampak tak serba tak kena.


Sebenarnya Pas tak perlu menari mengikut rentak UMNO tetapi Pas perlu selangkah kehadapan. Sepatutnya inilah masa dan saatnya Pas menjuarai perpaduan Islam. Perpaduan yang meletakkan UMNO di penjuru gelanggang. Pas perlu mengambil kesempatan awal dengan menganjurkan satu "Perhimpunan Rakyat atau Konvensyen Perpaduan Islam Se Malaysia” yang melibatkan semua pertubuhan, Ngo dan lapisan rakyat. Inilah sebaik-baik alternative setelah UMNO gagal membina perpaduan berasaskan kebangsaan sempit mereka. Jadikan firman Allah Swt dalam surah al-Imran ayat 103 sebagai asas

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ


Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Undang dan jemput semua organisasi dan juga mereka yang mencintai perpaduan dan Islam. Jangan lupa mengundang UMNO dan PERKASA. Pas sebagai parti Islam terbesar di Malaysia dilihat mampu menganjurkannya.

Pakatan perlu menjuarai ke hadapan dan kita boleh lihat apakah UMNO benar-benar bersedia untuk sebuah perpaduan. Kita cukup berkeyakinan resolusi “Islam sebagai asas perpaduan” pasti akan diterima oleh semua umat islam di Malaysia yang benar-benar mencintai perpaduan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan bahasa.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2010/07/kenapa-pas-lambat.html



DIGADAI BERKALI-KALI, MASIH TAK INSAF!!
DITELAN ANAK DAN CUCU, MASIH TAK SEDAR KEJIJIKAN PLOT DAN MUSLIHAT!!!

SEJARAH MENUNJUKKAN TIDUR BERSAMA DENGAN ULARUMNO---
HANCUR BADAN, MATI JIWA, HANCUR GENERASI, MUSNAH AGAMA SUCI!!!

MENJADI PENDOSA, PENGKHIANAT DAN PENGGADAI KESUCIAN DAN KEMURNIAN!!!

INSAFLAH! SEDARLAH!
JANGAN TERLAMBAT!

ULAR TETAP BERBAHAYA, ELOK DIWAJAH,BISA DI DALAM, RACUN SEPANJANG JALAN! !!

PAS SUDAH HAMPIR DIHANCUR DAN DIMUSNAH HABIS-HABISAN!!!

MASIH NAK BERSETUBUHKAN DENGAN ULAR ELOK DI LUAR, BISA JUTAAN DI JIWA, LICIK MEMBALUT JASAD!!!

ULAR BERJIWA DAN BERTOPENG UNTUK BANGSA
SEBENARNYA PENGKHIANAT DAN PENGHANCUR AGAMA, AKHLAK DAN ETIKA!!!

MALAH PENDOSA YANG PALING ULUNG, AGUNG DI TANAH AIR INI!!!

BERDOSA DENGAN ANASIR ULARUMNO!
AMATLAH BERDOSA!
AMAT-AMATLAH BERDOSA!
AMAT BERDOSA BERJUTA-JUTA KALI BERDOSA!