Thursday, July 29, 2010

Pelabur benci rasuah. Mereka enggan beri rasuah kepada para pemimpin UMNO-BN yang tamak haloba.

Kita Bakar Mitos dan Tahyul UMNO
Posted on Thursday, July 29 @ 16:32:31 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh: ruhan

"Setelah melihat banyak fakta yang dikemukakan dalam pelbagai blog, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Kerajaan UMNO-BN sedang ditimpa musibah yang dahsyat. Hal itu menyebabkan mereka jadi sasau dan tidak keruan. Tiada lagi rasionaliti dalam pemikiran mereka.

Dulu mereka mendakwa pembangkang hanya tahu membangkang. Semua yang kerajaan buat tidak betul. Pembangkang hanya tahu bikin huru-hara. Kesemua dakwaan ini kini berbalik kepada mereka sendiri apabila kita merujuk kepada menjunamnya FDI Malaysia.

UMNO-BN mendakwa sekiranya negara ini diperintah oleh pembangkang, huru-hara akan berlaku. Pakatan Rakyat menguasai lima negeri selepas PRU Ke-12. Huru-hara tidak berlaku. Tiada rusuhan kaum. Negara dan semua negeri berada dalam keadaan aman sejahtera. Mitos UMNO tersungkur menyembah bumi.

UMNO-BN mendakwa sekiranya negara ini kacau-bilau, pelabur-pelabur akan lari. Hari ini rakyat tertanya-tanya mengapa pelabur tak datang sedangkan Malaysia aman damai. Rakyat juga pelik, mengapa Thailand yang dilanda pelbagai petaka, ekonominya berkembang 10% dan FDInya antara yang terbagus di Asia Tenggara.

Kita mahu adik PM yang kini menjadi jurucakap UMNO-BN secara sukarela menjelaskan situasi yang aneh ini. Menteri-menteri UMNO meraban tak habis-habis untuk menipu rakyat tentang kemeruduman FDI itu. Sesiapa pun tidak akan percaya apabila melihat keadaan itu secara holistik.

Apa yang ada di sebalik mitos dan tahyul UMNO? Mereka kata Melayu hancur kalau UMNO kalah. Hakikatnya UMNO yang akan hancur. Nasib Melayu tetap terbela melalui Perlembagaan Malaysia.

PAS dan PKR akan meneruskan agenda bukan sahaja untuk Melayu malahan juga untuk kaum-kaum lain. Ini yang lebih utama daripada Malay First ataupun Ketuanan Melayu yang amat sarat dengan perkauman sempit itu.

FDI merudum kerana UMNO-BN rasuah.

Pelabur benci rasuah. Mereka enggan beri rasuah kepada para pemimpin UMNO-BN yang tamak haloba. FDI merudum kerana undang-undang dan mahkamah Malaysia tidak adil. Pelabur bimbang ketidakadilan itu akan menjejaskan pelaburan mereka. MP di Eropah mengkritik hebat kes liwat II. Pelabur asing bimbang mereka juga mungkin dianiaya.

Itu adalah antara sebab FDI Malaysia merudum walaupun berada dalam keadaan aman sentosa. Ikut logik akal, tiada sesiapa pun yang akan biar diri mereka terdedah dengan bahaya seperti di Thailand.

Tetapi di tempat itulah mereka melabur dengan senang hati. Marilah kita bersama-sama membakar mitos dan tahyul yang telah melebihi setengah abad disebarkan oleh UMNO terutamanya.

http://bilahrotan.blogspot.com

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6739