Taktik Tunku A. Rahman & Othman Abullah Yang Kotor Yang Telah Menfitnah Pemimpin PAS
Dalam pilihanraya 1959, semua menteri UMNO, MCA dan MIC(Perikatan, kini Barisan Nasional) menyerang PAS sehebat-hebatnya, menuduh Pas komunis untuk menakut-nakutkan orang kampung.
Dakyah ini berjaya, akibatnya PAS gagal di Perlis, sebuah kubu kuat PAS, dan rakyatnya kuat beragama. PAS bahkan lebih yakin dapat menawan Perlis daripada mana-mana negeri lain di Persekutuan.
“Tapi kerajaan menggunakan sepucuk surat yang ditulis oleh Dr. Burhanuddin semasa pemerintahan BMA(Pentadbiran Tentera British) (selepas tamat Perang Dunia Ke-2 pada 1945 hingga pertengahan 1946) sebagai senjata sulitnya. Pada masa itu beliau terlibat dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan kemerdekaan Malaya.
Semboyan mereka ialah ‘merdeka’ dengan landasan berjuang bersama Indonesia bagi penubuhan Melayu Raya, iaitu sebuah gabungan besar terdiri daripada Malaya, Filipinadan Indonesia serta menyatukan seluruh Nusantara.
PKMM diharamkan pada tahun 1948. semua pemimpin PKMM ditahan dan dipenjara. Ahmad Boestamam, pemimpin sayap pemuda API, Ishak Haji Muhammad anggota Socialist Front dan Dr. Burhanuddin al-Helmi, Yang Dipertua PAS, semuanya dipenjarakan bersama anggota lain, khasnya ahli jawatankuasa.
Pihak kerajaan membuat salinan surat yang dikatakan ditulis oleh Dr. Burhaddin; kemudian, pada pukul 4.00 petang hari mengundi, orang UMNO pergi mengetuk pintu rumah orang kampong menunjukkan surat itu kepada penghuni sambil memberi amaran:” Kalau kamu undi PAS, bererti kamu undi komunis dan akan masuk penjara serta-merta”.
Orang kampong sangat takut. Mereka tak ada masa untuk dating ke kami(PAS) bagi mendapatkan nasihat kerana hari itu hari mengundi dan ada beberapa jam sahaja lagi sebelum membuang undi.
Kami(PAS) juga tak ada masa untuk mengambil langkah menentangnya; kerana itu, kami(PAS) kalah teruk di Perlis tanpa mendapat satu kerusi pun. Kedah juga terpengaruh oleh dakyah ini; maka kami(PAS) hanya memenangi dua buah negeri, iaitu Terengganu dan Kelantan.
>>Pada 1959, Setiausaha Agung PAS yang melompat ke UMNO, Othman Abullah telah dihantar oleh Tunku Abdul rahman ke Mekah untuk menaikkan namanya. Setelah pulang dari Mekah, dia menuduh Yang Dipertua PAS Dr. Burhanuddin sebagai komunis, kerana masa Darurat pada 1948, beliau secara terbuka menyeru orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam hutan, dan British telah menggunakan ini sebagai alas an untuk memenjarakannya.
>>>Tuduhan Dr Burhanuddin tak ada fakta kukuh, sebenarnya diperalatkan oleh Tunku Abdul Rahman untuk menjatuhkan imej PAS. Maka dengan fakta sejarah ini, Tok Guru mencaci UMNO ialah komunis. Taktik Tunku Abdul Rahman, pemimpin UMNO Othman Abullah yang kotor ini sudah ditulis dan maktub dalam sejarah.
(Dipetik drpd Memoir Khatijah Sidek—Ketua Kaum Ibu UMNO(1954-56), mukasurat 177, Penerbit UKM, Bangi 1995)
Catatan sejarah yang lain: Dalam pilihanraya umum pertama di Malaya pada 1966, PAS hanya memenangi satu kerusi Parlimen dan gagal mendapatkan sebarang kerusi di peringkat Dewan undangan Negeri. Tapi, pada 1959, PAS berjaya memperolehi majority dalam dua buah Dewan Undangan Negeri—13 kerusi di terengganu dan 24 kerusi di Kelantan.
Diperingakat Parlimen pula dalam pilihanraya umum 1959, PAS memperolehi 13 kerusi. Akan tetapi, setiausaha Agung PAS, Othman Abullah keluar dari PAS dan melompat ke UMNO. Kerana itu, PAS tinggal 12 kerusi di Parlimen. Tunku Abdul Rahman menghantar Othman Abullah naik haji ke Mekah untuk menaikkan namanya di kalangan rakyat.
XXXXXXXXXXXXXXXX
Khatijah Sidek dalam Memoir Khatijah Sideknya juga memberitahu pada 28 Okt., 1954, dia dipecat sebagai Ketua Kaum Ibu UMNO. Pemecatan itu diputuskan oleh Cawangan UMNO Johor Bahru. Katanya, mereka mengambil kesempatan dia tak ada di sana(JB), kemudian mengadakan mesyuarat dan terus pecat dia.
Ketika itu Khatijah Sidek menghadiri Kongres Bahasa Indonesia di Medan.
Katanya: lepas itu dia dapat tahu pemecatan itu bukan atas tuntutan daripada Kaum Ibu UMNO, tetapi datangnya daripada Kaum Bapa dan Pemuda. Katanya:Kalau pemuda begitu takut kepada seorang wanita, mereka patut terjun ke laut.”
Jelas UMNO Johor Bahru diskriminasi dan hina kaum wanita dan ibu.
Dia juga bongkar rahsia Syed Jaafar Albar menghina wanita dan kaum ibu.
Pada mukasurat 151, katanya:Rahsia yang telah dia bocorkan ialah dia telah meminta Tunku melantiknya sebagai pegawai penerangan bagi Kaum Ibu UMNO, tapi ini ditentang oleh Syed Jaafar Albar(kemudian menjadi Menteri Muda Penerangan) yang berkata:”Tak perlu seorang wanita.” Itulah yang dikatakan rahsia besar dan dia sebutkannya dalam ucapan di perhimpunan agung.
INI JELAS MENUNJUKKAN SYED JAAFAR ALBAR MENGHINA WANITA DAN KAUM IBU!!!!!!!
PADA MUKASURAT 141, Khatijah Sidek TULIS DALAM Memoir Khatijah Sideknya, menatakan Tunku Abdul Rahman tak berani katakana perkataan “MERDEKA”!!!!!!!!
“Saya menasihatkan ibu-ibu supaya mengajar anak-anak mereka begini: Sebelum ke sekolah setiap pagi, anak-anak harus terlebih dahulu menemui ibu mereka dan berkata:”Mak saya nak ke sekolah. Merdeka!” Kata-kata itu sebagai salam. Setelah balik dari sekolah, mereka juga harus mengatakan’merdeka’…….
“Kadang-kadang, Tunku Abdul Rahman sendiri pun takut apabila saya buat ucapan dan pekik ‘merdeka!’. Beliau pernah menarik lengan baju saya dan berbisik:”Cik Khatijah, jangan terlalu berapi-api dengan perkataan merdeka.”
Ini kerana kami di Indonesia tak takut seperti orang di Malaya, para pemimpinnya tidak begitu berterus-terang dan langsung seperti di Indonesia. ..Mereka(orang UMNO) bahkan tawarkan lagi perkata ‘merdeka’ itu menjadi ‘merde-heka’, menjadikan lebih panjang dan lembut, berbeza dengan ‘merdeka’ yang padat dan jitu.
TUNKU ABDUL RAHMAN TAKUT MENGATAKAN ‘MERDEKA’ DENGAN LANTANG, MALAH MEMOHON KHATIJAH JANGAN MELAUNGKAN PERKATAN ‘MERDEKA’!!!
‘MERDEKA’ DIJADIKAN ‘MERDE-HEKA’!
(SILA RUJUK:MUKASURAT 141, Memoir Khatijah Sidek )
XXXXXXX
PADA tahun 1953, permohonannya sebagai ahli UMNO tidak lagi diluluskan………..hanya hingga satu hari, Tunku baru mengatakan :”Kita harus mengangkat tabik pada mereka yang masuk penjara kerana mereka berjuang untuk rakyat dan untuk kemerdekaan. Kita patut berikan mereka bintang kerana keberanian mereka. Kedua-dua Nehru dan Sukarno masuk penjara. Maka kita tidak patut menentang Cik Khatijah;Kita patut terimanya menjadi ahli. Dia boleh beri sumbangan dan ini menguntungkan parti kita.”
KALAU BEGITU, MAKA Yang Dipertua PAS Dr. Burhanuddin YANG PADA masa Darurat 1948, beliau secara terbuka menyeru orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam hutan—JUGA ADALAH WIRA NEGARA KERANA MELAWAN BRITISH (BELIAU BUKAN AHLI KOMUNIS, HANYA MAHU MENENTANG BRITISH DAN MENUNTUT KEMERDEKAAN UNTUK SEMUA RAKYAT)!!!
Tapi, KENAPA TUKNU KEMUDIAN PADA TAHUN 1959 MENGGUNAKAN TAKTIK MENFITNAH PEMIMPIN PAS SEBAGAI KOMUNIS???
SILA LIHAT DENGAN TELITI:
Dalam pilihanraya 1959, semua menteri UMNO, MCA dan MIC(Perikatan, kini Barisan Nasional) menyerang PAS sehebat-hebatnya, menuduh Paskomunis untuk menakut-nakutkan orang kampung.
Dakyah ini berjaya, akibatnya PAS gagal di Perlis, sebuah kubu kuat PAS, dan rakyatnya kuat beragama. PAS bahkan lebih yakin dapat menawan Perlis daripada mana-mana negeri lain di Persekutuan.
“Tapi kerajaan menggunakan sepucuk surat yang ditulis oleh Dr. Burhanuddin semasa pemerintahan BMA(Pentadbiran Tentera British) (selepas tamat Perang Dunia Ke-2 pada 1945 hingga pertengahan 1946) sebagai senjata sulitnya. Pada masa itu beliau terlibat dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan kemerdekaan Malaya.
XXXXXXXXXXXXXXXXX
Yang Dipertua PAS Dr. Burhanuddin HARUS DIANUGERAH GELARAN BAPA PEJUANG KEMERDEKAAN ATAU BAPA MENENTANG KOLONISME DAN BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA OLEH SEMUA, MUZIUM Dr. Burhanuddin HARUS JUGA DIDIRIKAN DI P. PINANG, SELANGOR AGAR SEJARAHNYA TIDAK DILUPAKAN OLEH GENERASI AKAN DATANG!
SEJARAHNYA HARUS DITULIS OLEH BALUNYA, ANAK-ANAK MEREKA KERANA BELIAU TETAP MENENTANG DAN MELAWAN BRITISH—JIWA PERJUANGAN KEMERDEKAAN YANG JITU!!!