Sunday, July 19, 2009
Anak Malaysia Sejati, Sejitu Seperti Buah Hati Kita Yang Tercinta & Tersayang--Beliaulah Teoh Beng Hock
I immediately wrote this poem, as some idiots, including Berita Harian managing editor Zainul Ariffin Isa in his article named as "Kematian Teoh timbulkan pelbagai spekulasi politik" and Utusan Malaysia by Awang Selamat(Haha should be Omong Selalu) in "Antara misteri dan politiking" are trying to make this issue as racial issue. It is very sad, in fact in KTM kajang, I saw some Malay Women read the news and shook their heads, some said kasihan. All Malaysians regarded TBH case as abnormal case as it is a power-abuse case and nothing concern with RACE!!!
TBH is anak Malaysia, rakyat sejati and warga Malaysia yang tercinta…......In realistic, we all, Malays, Indians, Ibans, Kadazans, Bajaus, Sakais, Jakuns................all regard Mr TBH as anak Malaysia jitu, sejati and tulen! Only Berita Harian & Utusan Malasyia regarded this as racial case!
Jahanam Utusan Maling-sial & Berita Tipuan!
Really penyampah paling terunggul, paling cemerlang, gemilang dan terbilang!
We will not stop to fight these idiots, even we only have a pen, a keyboard, but we fight till the end!!!!!!
(Puisi ini didedikasikan untuk Semua Rakyat Sejati & Mereka Yang Sudah Berkhawin & Beranak dan Bercucu, semoga tabahkan hati, barakan semangat semasa perjuangkan hak asasi dan hak perikemanusiaan rakyat Malaysia sejati.)
Anak Malaysia yang sejati, sejitu & Semurni–Mendiang Teoh Beng Hock
Bliau adalah anak Malaysia
Dilahirkan di kota sejarah
Yang munculnya pahlawan Hang Tuah, Hang Jebat,
Hang Kasturi dan ramai
Hikayat Hang Li Poh, Laksamana Cheng Ho
Menjadi ketahuan semua rakyat di negeri Melaka
Keagungan sejarah kemegahan rakyat
Beng Hock adalah anak Malaysia yang sejati dan sejiwa
Anak Melaka anak nusa Malaysia tercinta
Beliau adalah anak Malaysia
Yang bermain pasir dan cari cucu-cucu bersama teman berbilang bangsa
Ketawa terbahak-bahak keriangan di sana sini
Bayang-bayang mereka masih tertinggal di kota Melaka
Nama Beng Hock Anak Malaysia masih terpahat namanya
Di kota sejarah dihati semua rakyat Melaka
Bersekolah di Melaka
Menuntut ilmu untuk nusa dan bangsa
Membelajari moral dan sivik untuk NEGARAKU
Di masa bangku sekolah
Setiap Isnin menyanyikan lagu NEGARAKU
Laungan lantang semegah langit
Untuk negara ku yang ku cintai seribu tahun
Jejak-jejak masih meninggal di kota Melaka
Anak sejati anak Malaysia
Beliau tetap anak bangsa yang disayangi
Gambar murid yang comel dan rajin
Membawa kenangan kita semua semasa di kelas dan di kantin
Nama teman masih merindu, Muhibah Selamat(Mimi), Rogayah
Mary dan ramai lagi
Sejak berpisah dari bangku sekolah hingga hari ini
Masih dalam kenang-kenangan yang memaniskan masa meriangkan usia
Kini anak Malaysia sejati telah dirampas jiwa dan raga
Oleh pesetan** yang amat zalim dan ganas
Yang melampaui kuasa salahgunakan pangkat
Murid yang sudi belajar dan bermain-main bersama-sama
Laksana anak dan generasi kita
Begitu sukaria dan riang gembira
Menuntut pengetahuan sambil bersembang-sembang
Membuat kita imbas kembali zaman muda
Zaman berbangku sekolah zaman bersukaria
Zaman muhibah zaman sejiwaan
Beliau adalah anak Malaysia yang sejati
Sama dengan kita yang mencintai nusa menyayangi rakyat
tanpa kira bangsa tanpa bilang agama
Saling menghormati, membantu lagi bersalaman
Kita anak Malaysia sejati
Beng Hock juga anak Malaysia Sejati
Yang kita hormati dan sayangi
Semanagt sau jiwa satu nyawa satu hati satu raga
Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di kajang
Selangor Darul Ehsan Jajahan DYMM Sultan Selangor
Yang semua anak dan rakyat sayang dan junjungi
Kajang terkenal dengan sate yang enak
Lokasi dan juga pendiaman saya dan ramai
Kajang Prima, Kolej Era, KTM Kajang yang mashyur-mashyur
Sekolah Menengah Jalan Bukit menjadi lalauan bersama
Sekolah Menengah Yuhua & Sek. Ren Cina Yuhua merupakan lambang setempat
Beliau anak Malaysia sejati yang tercinta
Menjadi wartawan akhbar Sin Chew Jit Poh
Di kota sate yang terkenal
Berkhidmat untuk masyarakat untuk khalayak ramai
Sumbangan dan jasa tetap dikenang abadi
Tapi pada tanggal 16 Julai, 2009
Beliau anak Malaysia yang sejati
Mati di perkarangan MACC
Tanpa dikesan, tanpa diketahui
Bagaimana kematianan itu berlaku
Laksana Anak Dibunuh Penjenayah Dibela
Kucing Dipijak Tikus Dilindung
Di mana kebenaran
Di mana kesaksamaan
Curang dan cias(meradang)
Hak rakyat diceroboh
Hak asasi dicabul
Lalu memperkosa perikemanusiaan dan maruah anak Malaysia sejati
Hak anak Malaysia sejati
Mesti dibela dilindung
Untuk generasi untik anak cucu
Kalau anak Malaysia sejati--Beng Hock
Dicabul kehormatan diceroboh hak asasi
Manakah perlindungan anak dan cucu kita semua
Nyawa laksana nyamuk bisa-bisa dihancur
Malah suka-suka dicabul, dinoda dan diperkosa
Jangan kita semua lupakan
Itu anak Malaysia sejati, sejitu seperti anak kesayangan
Cucu dan sanak saudara kita yang amat dicinta dan dikasihi
Sanggupkah perkara ini berlaku di anak cucu
Sanggupkah kematian ini menimpa di keluarga
Sanggupkah yang mati dan dibunuh itu anak tercinta kita
Sanggupkah kita menahan kesengsaraan dan kepiluan yang pahit
Seperti jangtung dan hati dihiris sembilu
Tetapi kenapa ada orang yang tak berperut dan berhati
Ada editor yang begitu kejam dan mengganas
Terpapar di akhbar Berita Harian yang jijik
Menghina dan memperkosa anak Malaysia sejati
Menghina perhubungan muhibah
Menyangsi hak asasi rakyat sejati
Merosakkan nama baik anak Malaysia sejati
Kita adalah rakyat Malaysia sejati
Anak Malaysia yang sehati, sejiwa dan sedarah
Hormatilah anak Malaysia yang lahir dan membesar
Di nusa yang tercinta
Hormatilah anak Malaysia sejati
yang tumpah darah di tanah tercinta
Kita semua anak Malaysia sejati
Membantah buatan Berita Harian yang ungkitkan isu
Yang lupa akan kita semua anak Malaysia yang sejati
Yang sudah berkorban jiwa dan raga
yang sudah tumpah darah di NEGARAKU
Di NEGARAKU yang tercinta dan tersayang
Beliau anak Malaysia seperti kita semua
Anak Malaysia, anak sejati dan gagah perkasa
Kini dimatikan pesetan yang jijik
Masih menunggu kebenaran
Yang menunggu keadilan
Doalah untuk anak Malaysia yang sejati
Sejiwa senyawa seperti kita semua
Kepergiannya menginsafkan kita anak Malaysia
Di mana hak asasi
Di mana masa depan anak dan cucu
Di manakah perlindungan anak Malaysia sejati
Sejiwa anak cucu kita semua
Beliaulah anak Malaysia yang kita hormati
Wira rakyat, pencinta nusa,
Anak Malaysia yang berjiwa agung dan megah
Kita semua hormat, takzim dan tabik
Kepada anak Malaysia yang jitu dan teragung
Jiwa semurni seindah Tasik Titiwangsa
Seagung semegah Gunung Kinabalu
Beliaulah anak Malaysia yang sejati, jitu dan termurni
Sejiwa sehati seraga seperti anak dan cucu kita
Yang harus dihormati dan dibela bersama-sama
berdoalah tragedi yang sedih dan pilu
Tak akan berlaku pada generasi tersayang
Anak cucu dan saudara tercinta kita semua
**Pesetan is the short form for pegawai siasatan or pegawai soalsiasatan.
It is hard to believe those should protect the Rakyat then became murder of Rakyat!
I really don’t understand this nation–nusa yang paling ku cintai seribu tahun,
Paling ku cintai dan sayangi sehingga hari kiamat!!!!!!!!!
TBH should read as Teoh Beng Hock–-He is a kid just like our kids, but was in "death fall" and MACC said they should not be responsible!!!No, No, NO, it is MACC that make him to Selangor MACC Headquarters.......It is MACC that must be held full FULL FULL FULL FULL FULL FULL RESPONSIBLE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
MUST be held FULL RESPOSIBLE!!!!!!!!!
Posted by VICTOR LEE
No comments:
Post a Comment