Pelajaran Yang PAS Sudah Lupai
PAS amat kuat dan gagah pada tahun 1969
Mahathir The Dictator pun dikalah
Laungan melantang setinggi langit
Membawa harapan baru dan ambisi
Tetapi selepas tahun 1974
Kuasa dan kewibawaan PAS
Meruntuh seperti air terjun
Semakin hari semakin tipis pengaruhnya
Kewibawaan yang semakin meluap-luap
Pada tahun 1969 sedah semakin lenyap
Ahkirnya partai yang berpengaruh
Di Utara Malaysia dan di Merata negeri
Menjadi Partai yang hanya terpencil
Di Kawasan Kelantan & terengganu
Kerana kesalahan dan kesilapan yang amat besar
Mempercayai omong dan janji UMPUNO
Maka Kehilangan kuasa keruntuhan partai
Partai yang paling berpengaruh
Terjadi partai yang terpencil
Kenapa Mahathir semakin kuat dan garang
Kerana mereka telah mengawal tumbesar dan pengarauh PAS
Menghalau ahli dan penyokongnya ke kawasan terpencil
Menghalang pengaruh dan sokongan PAS berkembang
Kerana mudah mempercayai janji
Janji yang tak asas dan omong-omong
Akhirnya berani janji tak berani mati
Yang mati hanya pemimpin dan penyokong PAS
Sejarah sudah memberitahu dan mengajar
Kota Setar sebenarnya sudah ditawan pada 1969
Kemudian hilang dan runtuh pada musuh
Berjuang hingga 2008—40 tahun baru dapat ditawan
Pas sudah mensia-siakan 40 tahun kegemilangannya
Itu semuanya kerana percaya pada janji kosong
Percaya pada janji yang memusnahkan PAS
Janji jangan lagi dipercayai
Kalau salah perlaku sekali
Bukan sahaja nak tunggu 40 tahun
Malah mungkin menunggu 400 tahun
Sejarah kemenangan di Kota Setar Kedah pada 1969
Jangan dilupa, jangan diulang lagi
Kerana salah sekali lagi
Tunggu 40 tahun Nanti seabad
Ajaran pahit di Kota Setar pada tahun 1969
Mengingati semua harus berjuang sehabis-habisan
Tiada kawan, tiada teman
Yang ada tetap lawan tetap haiwan
Lawan dijadikan kawan
Hancur kota musnah keluarga
Bini ditawan anak cucu ditelan
Runtuh partai binasa semua
Jangan lupa sejarah Kota Setar pada tahun 1969
Kemegahan PAS semakin pudar
Kerana menyertai Barisan Nasional
Menghancur partai memencil kuasa
Kehilangan segala melenyapkan kegagahan
Sejarah sudah mengajar
Jangan lagi mengulang
Kejatuhan Kota Setar
Kehancuran PAS
Lawan tetap lawan
Lawan hingga menghancur kubu lawan
Musnah hingga memusnah semua musuh
Kelalaian menanti kemautan
Di depan kubur di belakang makam
Menanam segala pemimpin yang lalai
Mengebumi semua ahli dan penyokong yang
Tak mengerti lawan tetap lawan
Lawan tak boleh jadi kawan
***Pada 10 Mei 1969, Diktator Mahathir telah kalah di kawasan Parlimen Kota Setar dalam pilihan Raya Umum. Calon Pas Haji Yussof Rawa telah mengalahnya dengan kelebihan undi 989.
Sebelum pilihan raya Mahathir mengatakannya tidak perlu undi bangsa-bangsa lain, seperti undi orang Tionghua, India, Sihk.
Pada pilihan raya nasoinal 1974, Mahathir telah menang di kawasan Kubang Pasu dan kemudian dilantik sebagai Menteri pelajaran. UMPUNo semakin kuat manakala PAS semakin menghilangkan pengaruhnya di seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment