Thursday, August 20, 2009

1UM. NO adalah pengampu dan penyanjung penjajah

Umno bukan parti Melayu yang pertama

Dalam kes Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gelaran, jolokan pengkhianat Melayu, ia tentunya mengundang reaksi keras daripada pelbagai pihak.

Dalam fikiran Muhyiddin, pengkhianat kepada Umno mungkin sama dengan pengkhianat ke atas bangsa Melayu. Apakah benar dakwaan Muhyiddin itu?

Sejarah menunjukkan bahawa sebelum Umno diwujudkan pada 1946, sudah wujud parti Melayu pertama; Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang tertubuh pada 1945.

Ketika PKMM diharamkan oleh British pada 1948, Umno tidak mengecam dan membela PKMM. Hanya Umno yang tidak diharamkan. Maka, siapakah pengkhianat Melayu?

Melayu mengikut perlembagaan

Jika Muhyiddin melihat tindakan mengecam Umno, menjatuhkan serta mengkritik Umno sebagai suatu pengkhianatan, maka Muhyiddin perlu melihat semula perlembagaan.

Melayu, menurut perlembagaan, adalah mereka yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Tiada disebut — bahawa Melayu itu ialah mereka yang menganggotai dan menjadi ahli kepada parti Umno.

Ini bererti, mengkritik Umno, keluar daripada Umno dan lain-lain tindakan yang sewaktu dengannya tidak boleh dianggap sebagai mengkhianati Melayu.

Umno bukanlah institusi istana, parti itu bukanlah milik raja, kehadirannya direstui oleh penjajah British. Jadi sikap orang Melayu yang tidak menganggotai Umno, keluar Umno, mengkritik pimpinan Umno tidak boleh dilihat sebagai pengkhianatan dan penderhakaan.

XXXXXXXXXX

Kurniaan Penjajah British

Namanya dikurniakan oleh penjajah British
Diizin dan didaftarkan oleh koloni
Dengan mekap dan alat solek yang berwarna
Menjadikannya alat untuk mengkongkong
Idea, gagasan dan pandangan bebas rakyat

Namanya dikurniakan oleh penjajah British
Diizin dan didaftarkan oleh koloni
Digincu mewarnai bibir
Mendusta dan beromong-omong
Menjadikan rakyat dieksploitasikan

Namanya dikurniakan oleh penjajah British
Diizin dan didaftarkan oleh koloni
Dengan motif memperkosakan kebebasan
Menggadaikan kejituan dan kemurnian muhibah

Namanya dikurniakan oleh penjajah British
Diizin dan didaftarkan oleh koloni
Dengan restu penjajah
Dengan pemberian penjajah
Tanda ampu, tanda penjilat

Pengurniaan nama melambangkan anugerah penjajah
Pemberian itu bukan kehormatan
Yang disaksi ialah ampu dan menyanjung penjajah
UM. NO adalah pengampu dan penyanjung penjajah
Membalas kurnia dan restu nama partai yang
diberi dan dikurniakan oleh penjajah
Bukti dan tanda menyanjung penjajah
Lambang kukuh dalam pengampuan kolonial