Thursday, December 2, 2010

kukuhkan iman murni, kukuhkan semangat tak undur, kukuhkan iman, jauhilah segala godaan dan maksiat!!!!

Pra Syarat Kemenangan Kita. Siri Pertama - by Ketua DPP Malaysia
by Nasrudin Hassan on Thursday, 02 December 2010 at 11:46

PRA - SYARAT KEMENANGAN KITA



اَلْحَمْدُ لِلّهِ الّذي لِكُلِّ شَئ سَبَبًا فَأَتْبَعَ سَبَبًا وَ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ كِتَابًا عَجَبًا فِيْهِ مِنْ كُلِّ شَئٍ حِكْمَةً وَ أَدَبًا وَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَ اللّه وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ في مَمْلَكَتِهِ وَ لاَ نَظِيْرَ لَهُ في رُبُوبِيَّتِهِ وَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدً عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ و بَيَّنَّا مَعَالِمَ الدِّيْنِ وَ هَدَانَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْم . أللّهمَّ فَصَلِّ وَ سَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا وَ مَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ سَيِّدِ اْلأَبْرَارِ وَ عَلى آلِهِ اْلأَطْهَارِ وَ أَصْحَابِهِ اْلأَخْيَارِ صَلاَةً وَ سَلاَماً دَئِمَيْنِ مُتَلاَزِمَيْنِ إِلى يَوْمِ اْلعَرْضِ عَلى اْلمَلِكِ اْلجَبَّار .



MUQADDIMAH



Kemenangan amat bermakna bagi sebuah perjuangan . Apatah lagi perjuangan yang gigih berusaha untuk mendaulatkan syariat Allah swt. Namun ianya tidak mudah dicapai . Kemenangan adalah anugerah Allah . Ia dikurniakan hanya kepada mereka yang layak dan berpotensi. Kelayakan dan potensi itu pula dinilai setelah mereka berjaya menepati pra syarat bagi sebuah kemenangan .



Pra syarat kemenangan ini boleh dimiliki melalui proses pembinaan dalaman dan luaran dengan sistem pentarbiyyahan yang efektif dan istiqamah.



Tanpa melalui proses ini , terlalu sukar untuk memiliki pra syarat kemenangan tersebut , sementara tanpa pra syarat ini pula , kemenangan tidak akan dapat dicapai sekalipun mereka mempunyai pengaruh yang luas dan kekuatan fizikal yang hebat .



لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ



( التوبة 25 )



Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.



Justeru itu , sebagai sebuah gerakan dan organisasi yang berjuang untuk mendaulatkan syariat Islamiyyah dan memartabatkan keadilan sejagat di muka bumi Malaysia ini , sewajarnya kita mempunyai kilang yang berupaya untuk melahirkan anggota , kepimpinan dan jentera yang menepati pra syarat kemenangan .





PRA SYARAT - 1



MEMILIKI AQIDAH PERJUANGAN



Islam merupakan cara hidup yang disyariatkan oleh Allah swt. kepada manusia. Ia adalah satu – satunya cara hidup yang menampilkan kesejahteraan , keadilan dan ketenangan untuk manusia sejagat .



Justeru itu Islam selayaknya dijadikan dasar dan perlembagaan hidup , samaada secara individu , bermasyarakat mahupun bernegara .



Bertolak dari nokhtah inilah, setiap individu muslim berkewajipan memperjuangkan Islam sehingga ia benar– benar diletakkan pada suatu tempat yang sewajarnya (sebagai dasar dan perlembagaan hidup).



Namun begitu , suatu hal yang wajib disedari bahwa menganut, mengamal dan mendaulatkan Islam memaksa kita berjuang menempoh mehnah dan ibtila’ (tribulasi) yang direntang di hadapan kita oleh anasir – anasir atau agen – agen musuh Allah swt.




1 – 1 : Merentasi Tribulasi .



Tribulasi dalam perjuangan adalah menepati ujian daripada Allah swt. sebagai proses saringan kelayakan untuk menyandang status seorang pejuang .



وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ



( محمد 31 )



Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.



Tribulasi – tribulasi ini menjelma dalam beberapa keadaan dan suasana .



* Syaithan dan nafsu syahwat ( Faatir 6 )
* Kaafirin , Musyrikin , Munaafiqin , Dholimin , Faasiqin dan Jaahilin ( Al baqarah 217 )
* Kesengsaran dan penderitaan ( Al baqarah 214 )
* Kekayaan dan kemewahan ( At Taubah 24 )
* Ketakutan dan kegopohan ( Al Baqarah 155 )
* Anak pinak , pasangan ( suami isteri ) dan kaum keluarga ( At taghabun 14 )



إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ



( فاطر 6 )



Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.



وَلا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنْ اسْتَطَاعُوا وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ



( البقرة 217 )



Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (buat selama-lamanya).



أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمْ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ



( البقرة 214 )



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).



قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنْ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ



( التوبة 24 )



Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).



وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنْ الأَمْوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرْ الصَّابِرِينَ



( البقرة 155 )



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:



يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ



( التغابن 14 )



Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Bergelut dan berhempas pulas untuk memenangi atau melepasi tahap dan paras ujian – ujian tersebut dinamakan perjuangan . Berasaskan pendedahan dan penegasan Ilahi melalui wahyunya , jelas kita tidak mempunyai helah dan alasan untuk mengelak diri daripada berjuang merentasi tribulasi demi sebuah kemenangan buat Islam dan ummatnya .



Berpeluk tubuh ( tanpa perjuangan ) dengan menyaksikan konspirasi musuh - musuh Allah beraksi memusnahkan ummah hingga ke akar umbi[1] , membiarkan ummah menjadi mangsa fatamorgana dunia dan syahwat serta akur terhadap manipulasi golongan opurtunis untuk melemahkan ummah dari dalam , adalah merupakan jenayah yang paling kejam dilakukan oleh seorang muslim.



يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنْ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلا قَلِيلٌ إِلا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلا تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ



( التوبة 38 – 39 )



Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



1 – 2 : Perjuangan satu kebanggaan .



Melibatkan diri dengan perjuangan suci ini ( demi menganut , mengamal dan mendaulatkan syariat Allah ) adalah satu kebanggaan justeru ia adalah pelaksanaan arahan dan amanah Ilahi .



وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنْ انتَهَوْا فَلا عُدْوَانَ إِلا عَلَى الظَّالِمِينَ



( البقرة 193 )



Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.



لا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُلا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَى وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا دَرَجَاتٍ مِنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا



( النساء 95 – 96 )



Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ



( الصف 14 )



Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.



Dari Abi Hurairah rha. sabda Rasulullah saw.



مَنْ مَاْتَ وَ لَمْ يَغْزُ وَ لَمْ يُحَدِّثْ نَفْسُهُ بِالْغَزْوِ مَاْتَ عَلى شُعْبَةٍ مِنَ النِّفَاقِ



Barangsiapa yang mati sedang ia tidak berperang ( berjuang ) dan tidak juga merencana untuk berperang , matilah ia di atas satu cabang dari cabang nifaq.

( Riwayat Imam Muslim )



Berbanggalah mereka yang berintima’ ( menyatu diri ) dengan gerakan Islam untuk meneruskan perjuangan suci para Rasul as. sekalipun mereka terpaksa menghadapi pahit getir dan susah sukar perjuangan ini [2] .



إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنْ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمْ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنْ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمْ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ



( التوبة 111 )



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.



1 – 3 : Optimis terhadap kemenangan Islam



Ketuanan dan kemenangan Islam adalah suatu yang pasti dan mesti diyakini oleh semua pihak . Meragui kemenangan Islam hanyalah menumbuhkan bibit – bibit putus asa , kecewa dan lemah jiwa dalam menghadapi gelombang perjuangan yang tentunya amat mencabar.



Lihatlah bagaimana baginda Rasul saw. mempunyai sikap yang sangat optimis terhadap masa depan perjuangannya.



* Peristiwa Baginda saw. di Gua Thur[3]



Peristiwa ini merakamkan bagaimana Baginda saw. menenangkan sahabatnya Saiyidina Abu Bakar rha. yang kebimbangan terhadap nasib mereka sejurus mereka dikepong oleh orang kafir musyrikin ( sewaktu mereka berada di dalam gua tersebut ) .



Baginda saw. dengan sikap yang sangat optimis terhadap pertolongan Allah swt. telah menegaskan kepada sahabatnya bahawa “ jangan bimbang sesungguhnya Allah bersama dengan kita ” Peristiwa ini dirakam oleh Allah dalam Al Quran dengan firmanNya :



إِلا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ



( التوبة 40 )



Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



* Peristiwa Baginda saw. di buru Suraqah



Sekali lagi Baginda saw. mempamerkan sikap optimisnya yang sangat kental apabila baginda saw. mengemukakan tawaran yang sangat menakjubkan kepada Suraqah bin Malik apabila Suraqah ternyata tidak lagi berupaya untuk terus memburu Baginda saw.



Rasulullah saw. menawarkan dua gelang maharaja Parsi kepada Suraqah , sedang Baginda saw. masih lagi berada dalam perjalanan ke Madinah . Waktu itu Rasulullah saw. tidak memiliki kerajaan dan tentera yang kuat untuk menumpaskan kerajaan Parsi. Sementara untuk mendapatkan dua gelang maharaja Parsi itu pula baginda saw. terlebih dahulu mestilah menewaskan Kisra bin Hurmuz dan kerajaannya , lantaran dua gelang maharaja Parsi itu adalah tanda kebesaran kerajaan Parsi .



Tawaran baginda saw. jelas menunjukkan betapa Baginda begitu optimis terhadap masa depan Islam, di mana Islam pada suatu masa kelak akan berjaya mengalahkan Parsi ( sang kuasa besar dunia ketika itu .)



Akhirnya ia menjadi satu kenyataan di zaman Saiyidina Omar Al Khattab rha. apabila ia berjaya meruntuhkan empayar Parsi lantas memanggil Suraqah bin Malik untuk memakaikan gelang Kisra kepadanya seraya mengajar Suraqah agar berkata [4]:



الحمْدُ ِللهِ الذي سَلَبَهُمَا كِسْرَى ْبنُ هُرْمُزْ الذي كانَ يَقُوْلُ اَناَ رَبُّ النَّاِس وَ اَلْبَسَهُمَا سُرَاقَةَ ْبنِ مَالِكِ .



“ Segala puji bagi Allah , Tuhan yang telah merampaskan keduanya dari Kisra bin Hurmuz yang pernah berkata , akulah tuhan kepada manusia dan tuhan telah memakai keduanya kepada Suraqah bin Malik”



Baginda Rasul saw. turut mengisytiharkan masa depan Islam yang gemilang melalui hadisnya yang diriwayatkan dari Abu Hurairah rha. Sabda Rasulullah saw [5]:



لا تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ المُسْلِمُوْنَ اْليَهُوْدَ فَيَقْتُلُهُمُ المُسْلِمُوْنَ حتى يَخْتَبِئَ اْليَهُوْدِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَ الشَّجَرِ فَيَقُوْلُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللهِ هَذَا يَهُوْدِيٌّ خَلْفِيْ فَتَعَاْلَ فَاْقْتُلْهُ ِإلا الْغَرْقَدْ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُوْدِ



( رواه مسلم )



“ Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang – orang Islam memerangi orang - orang yahudi sehingalah Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok maka berkatalah batu atau pokok : Wahai Muslim , Wahai Hamba Allah , Ini Yahudi sedang bersembunyi di belakangku maka datanglah lalu bunuhlah ia , kecuali pokok Gharqad maka sesungguhnya ia adalah pokok yahudi ”



Hadis ini jelas melakarkan wajah kemenangan Islam di masa depan . Sungguhpun hari ini Yahudi sedang bermaharajalela , tetapi tidak bermakna mereka kekal menguasai ummat Islam . Berundurnya Yahudi dari Labenon satu petanda awal bahawa Yahudi boleh dikalahkan [6].



Allah pasti sahaja menolong dan mengurniakan kemenangan kepada agama Islam dan penganutnya sekalipun di sana pelbagai usaha dari pihak musuh - musuh Allah yang gigih menghalang kebangkitan ummah.



وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ رُسُلا إِلَى قَوْمِهِمْ فَجَاءُوهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَانتَقَمْنَا مِنْ الَّذِينَ أَجْرَمُوا وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ



( الروم 47 )



Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.



يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ



( التوبة 32 )



Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).



Islam yang kita bawa dan perjuangkan hari ini adalah Islam yang sama sebagaimana Islam yang dibawa oleh Baginda saw. dan nabi – nabi terdahulu . Justeru itu tidak ada sebab mengapa kita tidak yakin terhadap masa depan Islam yang gemilang sedang Baginda saw. sangat - sangat yakin walaupun nyawa Baginda saw. senantiasa terancam .



Nabi Allah Ibrahim as. berjaya menumpaskan Rejim Namrud , raja yang memerintah dunia ketika itu . Nabi Musa as. berjaya menewaskan Rejim Firaun , raja yang mengaku dirinya tuhan . Sementara nabi kita Muhammad saw. pula berjaya mengalahkan kuffar musyrikin yang dibantu oleh Yahudi dan Nasara .



Maka apalah sangat sukarnya untuk kita menundukkan BN yang kian hari kian merosot sokongan rakyat terhadap mereka . Tanda – tanda kejatuhan empayar BN tampak jelas sebagaimana jelasnya tanda – tanda kemenangan untuk menjulang Panji Perjuangan Suci .



Namun begitu , suatu kedudukan yang mesti difahami dan diinsafi oleh setiap individu pejuang , bahawa kalah - menang dalam pilihanraya dan gagal – jaya dalam usaha dakwah bukanlah menjadi hitungan akhir kita , sebaliknya perjuangan diteruskan sehingga Allah menentukan saatnya .



أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ



( البقرة 214 )



“ Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah ( kemenangan ) amat hampir ”





Kekalahan dalam pilihanraya tidak bermakna Islam itu kalah dan salah , malah Islam adalah cara hidup yang wajib dilaksanakan . Sungguhpun konspirasi musuh kian sengit dan getir , Allah tidak lalai dari menyelamatkan agamaNya .



وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ



( الأنفال 30 )



Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.



Apa yang penting anggota , kepimpinan dan jentera kita sewajarnya terus beristiqamah dan memberi komitmen kepada syarat – syarat kemenangan seperti ikhlas , dengar dan taat , pengorbanan yang tinggi , kombinasi tenaga yang utuh , taqarrub kepada Allah , pertahankan prinsip dan seterusnya bermunajat kepada Allah swt.



.....bersambung .....

___________________________________________________________________________________________





[1] Melalui program hiburan , menyekat majlis ilmu dan ceramah , menyuburkan budaya maksiat seperti judi , kedholiman , penindasan dan sebagainya .



[2] Ada dikalangan pejuang dan aktivis PAS / Barisan Alternatif yang dibunuh mati seperti Cikgu Tahrim Ariffin , Samad Gol , Othman Talib , Ustaz Ibrahim Libya dan rakan rakannya , ada yang ditangkap dan diseksa seperti Al Marhum Dr. Burhanudin Al Helmi , Syed Husin Ali , Mohd Sabu , Buniamin Ya’acob , Mahfoz Omar , Salahudin Ayyub , Ezam Mohd Nor dan ramai lagi . Juga tidak kurang mereka yang diianaya dengan tindakan dholim dan kejam seperti tarik subsidi , potong biasiswa , pecat , tukar ke pendalaman dan seumpamanya. Termasuklah penggunaan gas pemedih mata dan air kimia sebagai jalan mudah untuk mengganggu dan menyuraikan majlis perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Barisan Alternatif.



[3] Untuk keterangan lanjut sila rujuk kitab Fiqhul Harakah dari Sirah An –Nabawiyyah karangan Y.A.B Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang ( Menteri Besar Terengganu ) – Muka surat 240 - 245



[4] Rujuk Kitab Fiqhul Harakah dari sirah An Nabawiyyah karangan Y.A.B Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang – Muka surat 246 .



[5] كتاب الفتن و أشراط الساعة باب لا تقوم الساعة حتى يمر الرجل بقبر الرجل فيتمنى أن Shohih Muslim يكون مكان الميت من البلاء



[6] Demikian halnya dengan penguasaan Umno dan BN yang tidak mahu mendaulatkan Syariat Allah swt. sejak lebih 40 tahun mereka berkuasa di Malaysia , bahawa mereka jua boleh dikalahkan ekoran kekalahan mereka dengan begitu teruk di Kelantan dan Terengganu serta kemerosotan majority undi mereka yang sangat ketara di seluruh negara.