BUKIT MERTAJAM, 1 Mei: "Saya sedia ke perhimpunan Bersih 4.0 sekiranya diadakan lagi kerana yang penting ialah tuntutan dilaksanakan bukan dipermainkan," tegas Asrul Wadi Ahmad, 26, kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika melawat beliau di Wad Mata, Hospital Bukit Mertajam tengah hari tadi.
Beliau yang mengalami kecederaan di bahagian mata kanan akibat terkena kelongsong gas pemedih mata yang ditembak oleh pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari tempat berkumpul.
Katanya, tiba-tiba sahaja benda keras terkena mata dan membuatkan beliau terjatuh dan separuh pengsan.
Menurutnya, orang ramai yang ada di situ terus mengangkatnya ke dalam masjid dan membalut luka di mata sementara menunggu dibawa ke lokasi untuk rawatan yang disediakan oleh pasukan kesihatan serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Asrul menceritakan, apabila sampai ke kawasan Masjid Jamek pasukan polis sudah ramai berasak-asak mencari mangsa untuk ditangkap.
Beliau mengelak dari bertembung dengan polis dan memasuki perkarangan masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Tetapi dalam masa yang sama terserempak dengan ayahnya (Ahmad) sambil memberikan sebotol mineral supaya ayahnya dapat membasuh muka akibat terkena asap pemedih mata.
"Bila saya bagi air mineral kepada ayah agar dibasuh mukanya kelihatan orang ramai makin berasak-asak memasuki di bahagian depan masjid menyebabkan ayahnya hilang dari pandangan.
“Jadi, saya terus cari ayah dan keluar kembali ke hadapan masjid tiba-tiba terasa sakit yang amat sangat di bahagian mata kanan. Saya terlentang dalam keadaan separuh sedar," jelas beliau.
Setelah di rawat di HKL beliau dibenarkan keluar untuk membuat laporan polis di sebuah balai dengan harapan pihak polis mengadakan siasatan terhadap kejadian yang menimpanya.
Beliau dimasukan ke Hospital Bukit Mertajam setelah kembali ke Pulau Pinang dan berada di Wad 4 Bahagian Mata mulai hari Ahad lepas setelah menerima beberapa jahitan di tepi kelopak mata.
Antara kepimpinan PAS negeri yang menziarahinya termasuk Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Khalid Man, setiausaha, Mohd Nor Harun dan Setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, Zamri Darus.
Kepada pembaca, sila kongsikan pengalaman, gambar atau bukti sebarang provokasi yang dilakukan mana-mana pihak dalam himpunan Bersih 3.0 kepada Harakahdaily. Maklumat boleh disalurkan ke emeleditorharakahdaily@gmail.com atau menghubungi talian kami 03-40233270/3275
一人黑眼圈、一人眼睛血红、一人额头瘀伤、一人背后有鞋印瘀伤,还有更多人受伤。但是,这不是摔跤比赛现场,而是前天净选盟记者会现场。
前天净选盟记者会至少有9名428集会伤者,挺身而出投诉他们遭到警方打伤。
净选盟呼吁所有428集会的暴力受害者,挺身向他们提供证据。它的联络电话是019-69670921,电邮是info@bersih.org
大马著名歌手梁静茹因为在面书高调力挺在吉隆坡展开的428黄绿大集会结果惹祸,身为大马旅游大使,在旅游部长黄燕燕的压力下,她被迫10分钟内删除其面书所有关于这次大集会的帖子!
据《光华日报》昨天的报道,目前人身在台北的静茹,是于昨日中午12时在其面书专页通过手机留言,写道“我被下令删除所有关于黄色活动的帖,请告诉大家我会在10分钟内删除”,接着这个留言在5分钟后即消失,而之前所有关于梁静茹针对428大集会的留言及转帖,都宣告删除。
静茹较后在下午1时,又重新在其专页留言,内容为“正义是存在的,争取是存在的,勇敢是存在的,我也给大家深深一鞠躬。催泪弹催出的泪只会让大家更团结更坚强,那泪深深烙印在我们的心里。”
内容并没有明显谈及428,可是透过文中的催泪弹,大家肯定知道她是针对428黄绿大集会事件发表本身感受,并获得了超过1300名粉丝按赞。