This is a very idiot article from a very idiot newspaper in our nation, I hope all Sabahans, sarawakians and all our citizens can read and understand what is the mindset of BARISAN NASIONAL---a real BN (barisan of nanah/neraka/ngilu/nestapa) and idiots that manupulated power and encouraging this kind of idiot articles, and more, and more to be published and be sold to all?
I copied this article from a courageous BLOG:
Andakah anda tahu apa yang boleh dikaitkan dengan petikan yang berbau perkauman? Sebenarnya saya tidak ingin pun nak sentuh tentang petikan ini tapi pada pendapat saya, jika Raja Petra didakwa dibawah ISA kerana petikannya, apa pula yang boleh dikatakan dengan petikan bawah? Anda nilai sendiri!
你知道吗?什么可以被归类为非常玩弄种族情绪的文章?其实我也不想去转载这一张文章的,但是看到 Raja Petra 被煽动法令下提控,那么这一篇文章又如何呢?你自己来评评理...
http://www.utusan.com.my/
SEORANG BINATANG
DARI tingkap kamar tulisku kelihatan suatu lembaga terbongkok-bongkok bagaikan sedang mencari sesuatu di laman rumahku. Entah apa yang hendak dicari di pagi hari begini. Begitu tanpa suara aku bersungut di dalam hati. Dan ketika lebih lama kuperhatikan dengan teliti, jelas dan nyata lembaga yang sedang terbongkok-bongkok di halaman rumahku itu tidak lain dan tidak bukan adalah seekor binatang.
Tanpa bertanggguh, kucapai parang panjang yang tergeletak berhampiran pintu dan aku segera menghambur ke tanah. Niatku tidak lain dan tidak bukan adalah mahu menghalau binatang itu agar menjauhi laman rumahku. Selain tidak mahu laman rumahku yang rata dan bersih itu ditenggalakan dengan sondolnya hingga berbonggol-
bonggol, aku juga khuatir kalau nanti dinajisi oleh si baba yang kelihatan agak gemuk itu.
Hei, berambus kau dari laman rumahku. Pergilah kau bermain-main di tempat lain dan bukannya di sini. Di sini bukan tempat untuk kau bermain dan menyondol. Ini laman rumahku. Begitu tanpa bertangguh dan sambil menghayunkan parang panjang di tanganku ke kiri dan ke kanan, aku bertempik ke arah babi yang kelihatan agak gemuk itu.
Namun tempikanku itu sedikit pun tidak menggoyahkan binatang yang kelihatan agak gemuk itu. Bagaikan sengaja membuat pekak dan tuli, sondolnya kulihat diteruskan dan tanah di laman rumahku semakin banyak berbonggol dan berlubang.
Didorong oleh marah dan geram, kuhayunkan parang panjang di tanganku untuk menetak binatang itu. Namun aku terkejut besar bila sepantas itu juga tetakanku itu berjaya dielaknya. Memang kau, binatang. Pandai pula kau mengelak. Begitu aku menjerkah sesungguh hati.
Jangan ingat kau manusia maka kau boleh sesuka hati bertindak ke atas diriku. Aku juga boleh berfikir seperti kau. Meski agak perlahan, namun jelas di pendengaran berkumandang kata-kata si binatang itu.
Aku terkesima beberapa detik lamanya. Apa tidaknya. Inilah pertama kali di dalam hidupku aku berhadapan dengan seekor binatang dan binatang itu pula boleh berkata-kata.
Kenapa? Kau terkejutkah? Apa kau fikir kerana aku ini seekor binatang maka aku tidak boleh berfikir dan berkata-kata seperti kau? Kini binatang itu mengajukan tanyanya yang lain kepada diriku. Aku yang masih belum sudah dirongrong rasa terkejut masih mendiamkan diri tanpa sebarang kata.
Sebab itulah agaknya orang seperti kau berani bercakap sesuka hati dan mengatakan makhluk seperti kami ini adalah pendatang atau penumpang. Sedangkan sudah sejak lama dahulu kami sudah hidup dan hadir di sini. Kini terdengar binatang itu berkata-kata lagi.
Apa yang kau repekkan ini, hai binatang? Memanglah kau hidup dan hadir di sini sejak dulu. Tetapi untuk makluman kau sebagai binatang, hidup dan hadir kau di sini bukanlah sebagai keturunan yang menjadi sebahagian dari asal usul kami. Keturunan kami tidak pernah berbaik dan bersekongkol dengan binatang. Begitu dengan suara lantang dan tegas aku menyanggah kata-kata si binatang itu.
Tetapi kalau bukan menjadi sebahagian asal usul kau, kenapa pula ada juga yang dari kalangan kau mahu berbaik-baik dan menyokong kami? Kini si binatang itu menerjahiku dengan tanyanya yang lain.
Jangan kau fikir kerana beberapa makhluk yang bodoh dan tidak sedar diri sendiri dari kalangan kami itu maka kau fikir boleh berbuat dan bercakap sesuka hati. Bagi kami kau tetap pendatang dan penumpang. Jadi kerana itu kau tidak usahlah hendak berlagak seolah-olah kau boleh berbuat apa sahaja di sini. Sedar dirilah kau. Kalau kami sudah bertoleransi dan banyak memberi, itu tidak bermakna kau boleh sesuka hati hendak kencing dan berak di laman rumah kami. Kini masih dengan suara lantang dan tegas aku membantah.
Tetapi bukankah kami sudah pun menjadi sebahagian dari kau? Punya tempat yang sama tinggi dan setaraf dengan kau. Berhak untuk bersuara dan mendapat sesuatu sama seperti kau. Kerana kami juga sama memberi sumbangan di sini menurut cara kami. Begitu tanpa segan silu si binatang itu mendakwa sesuatu.
Sudahlah kau, binatang. Itu kata kau dan bukan kata kami. Memang orang yang tidak sedar diri atau sengaja buat-buat tidak sedar seperti kau ini suka bercakap yang tidak-
tidak, walau apa yang dicakapkannya itu bukan haknya. Kini aku menempelak si binatang itu.
Sebelum apa-apa lebih baiklah kau berlalu. Orang seperti aku tidak suka memulakan gaduh, tetapi kalau kau yang mencabar dan berlaku kurang ajar, aku tidak takut untuk bangkit melawan demi maruah dan hak diri aku.
http://www.utusan.com.my/
No comments:
Post a Comment