Tuesday, June 2, 2009
Hamba Seks
Dunia bergempar
Global bergegar
Manohara,
Wanita Indonesia dijadikan alat permainan
Perkahwinan digadai dan berhamba kepada yang amat zalim
Didera,disuntik hormon
Raga diseksa
Batin dianiaya
Kerana hanya memuaskan nafsu diri
Timbalan PM dan Menteri
Katakan itu kes biasa, kes(kasus) famili
Hal yang remeh-temeh, tiada kepentingan langsung
Kehendak bebas (free will) manusia dianiaya
Penderaan yang menghancur-luluh naluri
Kehormatan insan dicabul, diperkosa
Pula dikatakan perkara kecil
Padahal realitasnya
Diseksa dan dianiaya
Ketidakadilan harus dipandang berat, diambil tindakan
Adakah hak asasi, demokrasi & kebebasan insan
Laksana semut dipijak sesuka hati lalu dihina dan diejek
Kemuliaan tidak dilihat dari kedudukan seseorang
Tapi dari tingkah-laku dan moralnya
Raga diseksa, batin diperkosa
Apakah itu hal yang remeh?
Otak dan minda menteri di mana?
Nyawa manusia tidak lebih dari nyawa ayam
Hak asasi rakyat tidak dihargai
Hak asasi dihina dan dikeji
Bangsa kita dihinakan dan dilecehkan
Siapa akan mempertahankan maruah dan martabat bangsa
Siapa akan mentransparansikan kebenaran
Perkosa demi perkosa
Seksa demi seksa
Aniaya demi aniaya
Siapa yang memperjuangkan nasib Manohara
Di nusa yang diktatik dan tiada demokrasi
Menghasilkan nusa bisu dan pekak
Memperbodoh dan memperjahilkan semua rakyat
Mengaibkan nusa, merendahkan hak asasi semua rakyat
Memandang rakyat laksana yang bodoh dan tak belajar
Itulah persepsi dan pemikiran yang amat jijik
Merendahkan hak asasi manusia
Memperkosakan hak asasi rakyat
Adalah perbuatan yang amat jijik
Merupakan aksi yang amat keji
Ya, ia amat mengaibkan
Amat menyakitkan hati dan batin
Kebenaran harus dicungkil, dibawa kembali
Bukan menutup mata rakyat
Menggelapkan mata menyembunyikan fakta
Menjahilkan semua insan yang sedang menyaksi
Menutupkan semua mata yang sedang menonton
Aib tetap aib
Keji tetap keji
Kebenaran untuk insan
Kebenaran untuk hak asasi
Kebenaran untuk maruah dan kesaksamaan
Tiada maaf dan ampun untuk pelaku yang salah
Demi keadilan semua insan, semua rakyat
Demi generasi yang akan datang
Pertegakkan keadilan dan kesaksamaan
Pertegakkan kebenaran yang totalitas
No comments:
Post a Comment