Monday, September 14, 2009
Kemerdekaan Malaysia Bukan jasa UMNO, MIC & MCA, Tetapi dari ramai rakyat jelata dan datuk-nenek, nenek moyang kita!Tapi Hari Nasional tetap 16 SEPT!
KRONOLOGI PERJUANGAN
BERSENJATA ANTI-BRITISH
April 1930
PKM didirikan di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Matlamat perjuangan: lawan imperialisme untuk pembebasan nasional. Semboyan: pembebasan nasional
Mei 1937
KMM didirikan, di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Matlamat perjuangan: Kemerdekaan tanah air. Semboyan: merdeka
1941
Jepun ceroboh Malaya
British adakan latihan singkat latih kader PKM (atas desakan PKM)
1942
PKM mendirikan Rejimen 8 Rejimen Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM).
Mustapha Hussein atas nama KMM menuntut Jepun memberikan kemerdekaan
KMM diharamkan oleh Jepun
Mei 1945
PKMM didirikan di Ipoh, Perak, kemudian berpindah ke Kuala Lumpur. Matlamat perjuangan: meneruskan cita-cita KMM, berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Semboyan: Merdeka
Sayap Pemuda: API kemudian PETA
Sayap Wanita: AWAS
Sayap buruh: Kesatuan Buruh Melayu
Sayap Tani: Barisan Tani Malaya
Ogos1945
1945 Jepun menyerah diri, kerana pengkhianatan ejen dalam selimut Lai Te, penjajah British kembali semula ke Malaya.
PKM membubarkan pasukan TAJRM
1946
Abdullah C.D. dan pimpinan tinggi PKMM pindah ke Kuala Lumpur, menginap di Rumah Merdeka dengan bantuan Sutan Djenain.
Abdullah C.D. dirikan Jabatan Kerja Melayu PKM.
UMNO didirikan. Matlamat perjuangan: Membela Kepentingan bangsa Melayu. Semboyan: Hidup Melayu
1947
Kongres Serantau Asia di New Delhi. Bincangkan soal kemerdekaan tanah-tanah jajahan dan setengah jajahan. Rombongan Malaya - Dr. Burhanuddin, Ganapaty, Miau Siau, Abdullah C.D. Salleh Daud atas nama kesatuan buruh dan PKMM, Ibu Zain atas nama wakil bebas.
penjajah British menelurkan Malayan Union. UMNO mempelopori perjuangan.
Barisan Bersatu Putera Amcja ditubuhkan – mengemukakan 10 fasal perlembagaan rakyat untuk sebuah negara merdeka.
Feb. 1948
Penjajah British menelurkan Persekutuan Tanah Melayu. Tuntutan kemerdekaan dari PUTERA – AMCJA diketepikan
Mei 1948
Abdullah C.D., Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam mengadakan pertemuan sulit , memutuskan perjuangan kemerdekaan harus menempuh 2 cara serentak – perjuangan massa dan perjuangan bersenjata.
Awal Jun
Sekolah Parti Kem SeMalaya di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang, persiapan melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British.
Pertengahan Jun 1948
Penjajah British mengistytiharkan Undang-Undang Darurat. Semua parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan diharamkan. Parti2 itu ialah: PKM, PKMM, API/PETA, AWAS, BTM, Hisbul Muslimin, Kesatuan2 Buruh dan lain-lain. Pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap. Antara mereka ialah Ahmad Boestamam, Pak Sako,Kamarulzaman Teh, Rashid Maiadin, Abdullah C.D., Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan ramai lagi.
PKM melancarkan perjuangan bersenjata. 8 Rejimen pasukan TAJRM dipulihkan semula.
aktivis PKMM, API, AWAS, Barisan Tani berundur ke hutan bentuk pasukan gerila
1 Februari 1949
PKM merasmikan pasukan gerila anti-British sebagai TPNM.
21 Mei 1949
Abdullah C.D. mendirikan Rejimen Ke-10 di Kerdau, Temerloh, Pahang.
1950
Tunku Abdul Rahman ambil alih UMNO – memulakan perjuangan untuk kemerdekaan, semboyan Hidup Melayu dibubah menjadi Merdeka. Semua parti politik berjuang utk kemerdekaan – UMNO dan perjuangan bersenjata.
1953
peperangan yang berlangsung menyebabkan penjajah British terlepur dalam rawa-rawa perang yang tak bertepi.
Akibat dari perang tersebut, penjajah British menerima pukulan yang teruk dibidang ekonomi, politik dan militeri.
sebahagian pasukan Rejimen Ke-10 dipindah ke kawasan sempadan.
1955
Perundingan Baling, antara PKM dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku memaksa PKM menyerah diri dan menerima syarat penjajah British. PKM menolak dengan tegas di atas dasar tidak adil dan tidak menasabah.
PKM meneruskan perjuangan bersenjata. Berlangsunglah perang dalam negeri.
31 Ogos 1957
British mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tetapi tetap mengawal bidang ekonomi dan ketenteraan.
1988
perundingan tingkat rendah antara Abdullah C.D. dan Ghafar Baba. Kedua-dua pihak telah mengenal tititik persamaan untuk menamatkan peperangan.
1989
perundingan tingkat tinggi antara PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Diraja Thailand
2 Disember 1989
Upacara penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Haadyai. Selatan Thai Perjuangan bersenjata ditamatkan, pasukan TRM termasuk Rejimen Ke-10 dibubarkan dan semua senjata dimusnahkan.
http://matamin02.blogspot.com/2009/09/kronologi-perjuangan-bersenjata-ani.html