Monday, September 14, 2009

Selepas 3 tahun, Kini, UTUSAN MALAYSIA baru PURA-PURA Melindungi Diktator?








Tiga tahun lalu--2006, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata, ada orang Umno yang panggil beliau beruk dan iblis.

Dalam berita Utusan Malaysia 28/8/06 bertajuk "‘Usaha sekat jadi perwakilan satu penghinaan’," bekas Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata:

"Cara Nazri mengkritik saya bukan budaya Umno, itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru".
Beliau juga berkata:

"Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam Umno".

Akhirnya, maknanya setelah tiga tahun, barulah Utusan Malaysia melenting marah dan angin satu badan apabila akhbar itu menyiarkan berita muka depan yang bertajuk "Jangan biadab" hari ini.

http://wargamarhaen.blogspot.com/