Sunday, March 20, 2011

satu video palsu untuk memburukkan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya Sarawak dan pilihanraya umum





http://loveperak.blogspot.com/2011/03/terkini-video-seks-anwar-ibrahim.html

video palsu untuk memburukkan Pakatan Rakyat menjelasng pilihanraya Sarawak dan pilihanraya umum yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Terkini : Video Seks Anwar Ibrahim?

Posted by Love Perak | Monday, March 21, 2011 | 0 comments »
2Share

Dari Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Akibat terdesak, pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak sekarang sedang mengedar video sex palsu kononnya melibatkan tokoh pembangkang.



Video itu telah ditunjukkan kepada editor-editor media milik Barisan Nasional dalam sebuah sidang akhbar rahsia di hotel Carcosa Seri Negara sebentar tadi
.

Seorang yang menonton video tersebut memberitahu keadilandaily.com bahawa ia adalah jelas satu video palsu untuk memburukkan Pakatan Rakyat menjelasng pilihanraya Sarawak dan pilihanraya umum yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.



Akhbar-akhbar perdana dan stesen-stesen TV yang dimiliki Barisan Nasional dijangka akan menyiarkan berita mengenainya seger
a.


Video palsu ini adalah tindakan paling jahat oleh regim BN setakat ini, melebihi kerakusan Nazi di bawah Hitler.


http://loveperak.blogspot.com/2011/03/terkini-video-seks-anwar-ibrahim.html


Pakatan nafi lelaki dalam video seks Anwar

Oleh Shannon Teoh dan Asrul Hadi Abdullah Sani

Ni Nazmi

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Pakatan Rakyat (PR) menafikan lelaki yang didakwa dalam rakaman video, melanggan seorang pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu sebagai Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini (rakaman) video Anwar yang direka,” kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.


“Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memberi persepsi umum bahawa beliau seorang yang tidak bermoral, yang tidak layak untuk menerajui negara ini,” kata anggota biro politik PAS Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.



Naib presiden PKR Chua Tian Chang juga mendakwa BN semakin terdesak, “beralih daripada isu-isu besar seperti pilihan raya dan dasar kepada serangan peribadi.”