Wednesday, March 9, 2011

TAK PASTI........AMAT TAK PASTI... Kejadian Liwat Jika Zakar Tidak Sampai Ke Rektum

http://wrlr.blogspot.com/2011/03/pakar-patologis-tiada-kejadian-liwat.html

Wednesday, March 9, 2011

Pakar Patologis : Tiada Kejadian Liwat Jika Zakar Tidak Sampai Ke Rektum
09/03/2011


KUALA LUMPUR 9 MAC: Saksi ke-23 kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang Patologis Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Razween Rahimi menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum.

Razween seterusnya mengakui tiada perbuatan meliwat sekiranya zakar tidak sampai ke rektum apabila ditanya Karpal Singh.

"Saya keliru. Ada panetrasi pada dubur tapi saya tidak pasti ianya sampai ke rektum. Saiful cakap Anwar mencapai klimaks di dalam duburnya," jelas beliau.

Dalam keterangannya, Razween yang ketika itu bekerja sebagai pegawai perubatan forensik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata telah dimaklumkan oleh pegawai perubatan hospital itu pada 28 Jun 2008 tentang mangsa liwat dan seterusnya mengarahkan laporan polis dibuat terlebih dahulu.

Sejurus tiba di HKL, beliau diperkenalkan kepada pengadu Saiful Bukhari Azlan oleh Superintenden Jude Blacious Periera dan kemudian merekodkan kejadian.

Saiful kemudian mendakwa diliwat tiga kali oleh Anwar tanpa rela selain dipaksa melakukan oral seks namun ditolak beliau.

Temubual selama setengah jam tersebut turut mencatit dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat.

"Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," katanya ketika mengisi borang tersebut pada 28 Jun 2008.

Namun menurut Razween, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu.


Razween kemudiannya mengarahkan Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Mohd Razali Ibrahim untuk membantu beliau dan Dr Siew Sheue Seng melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pengadu.

Beliau menjelaskan borang 'pro-forma' tersebut tidak sesuai untuk kes sodomi dan seterusnya mencatit sebahagian daripada maklumat pada sehelai kertas kosong.

"Saya isi 'pro-forma' tetapi kemudian Dr Siew kata borang ini tidak sesuai untuk kes ini. Selepas itu saya menulis di pada sehelai kertas dan kemudian menyerahkannya nota tersebut bersama 'pro-forma' kepada Dr Siew ," kata beliau di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.


Timbalan Pendakwaraya (DPP) Yusof Zainal Abiden merujuk kepada mukasurat lima borang 'pro-forma'.

Razween berkata beliau dimaklumkan oleh Saiful bahawa pengadu enggan diperlakukan dan badannya menjadi keras.

Beliau yang disoal balas Karpal berkata DSP Jude mengambil keterangannya sebanyak dua kali iaitu pada Januari 2010 dan Februari 2011 berhubung borang 'pro-
forma' yang ditulis sendiri oleh beliau.

Sebelum itu pendakwaya memanggil penyelia Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ahmad Humaizi Awang memberi keterangan di kandang saksi.

Ahmad Humaizi memberitahu mahkamah bahawa kereta jenis Audi Wald bernombor plat WMK 6 adalah milik Anwar bin Ibrahim didaftarkan pada 25 Julai 2008.

Katanya, nombar daftar kenderaan tersebut sebelum itu didaftarkan kepada kereta jenis MG Rover berwarna hitam dikaitkan dengan kenderaan kepunyaan Anwar yang dilihat hadir ke kondo Desa Damansara melalui video rakaman kamera keselamatan (CCTV).

Pendakwaraya turut memanggil Ketua Pekerja pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ibrahim Yakob ke kandang saksi.

Ibrahim menjelaskan pada hari kejadian telah mengarahkan Saiful untuk menghantar sampul surat kepada Anwar di Kondominium Desa Damansara sekitar jam 12 tengahari yang ketika itu sedang bermesyuarat ekonomi bersama pakar-pakar.

"Saya sibuk dan suruh Saiful menghantarnya kepada Datuk Seri Anwar. Beliau menggunakan kenderaan MPV berwarna merah," jelas Ibrahim.

Beliau kemudian memberitahu mahkamah Saiful meletakkan jawatan pada 27 Jun 2008 melalui email kepada Anwar dan beliau.

"Dalam email dia (Saiful) kata, dia tidak dapat melakukan tugasan dengan baik," katanya lagi.

Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan jam 9 pagi esok untuk memberi ruang persediaan kepada peguam sebelum memanggil saksi terakhir DSP Jude.


Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI at Wednesday, March 09, 2011

*********


Fitnah Liwat : Agenda tersembunyi atau petanda baik untuk Anwar?
Posted by Love Perak | Tuesday, March 08, 2011 | 0 comments »
Share

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.

"Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini,” katanya.

Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima.

Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.

Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti.

Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.

Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin 'tidak sah'.

Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.

Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini.

http://loveperak.blogspot.com/2011/03/fitnah-liwat-agenda-tersembunyi-atau.html