Wednesday, May 11, 2011

RM1000 kepada waris OKU dan Ibu Tunggal

CM Lim Guan Eng
http://www.facebook.com/note.php?note_id=22454940422918


RM1000 kepada waris OKU dan Ibu Tunggal


Sebelum ini Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah pun memulakan program warga emas dan memberi RM100 kepada semua warga emas yang mencapai umur 60 tahun dan keatas pada setiap tahun. Wang sumbangan RM100 ini akan diberikan kepada OKU dan juga ibu tunggal pada tiap tiap tahun.


RM1,000 juga akan diberikan kepada waris warga emas apabila mereka meninggal. Di satu mesyuarat Exco hari ini, kelulusan diberi kepada waris OKU dan ibu tunggal supaya mendapat wang sebanyak RM1000 apabila OKU atau pun ibu tunggal tersebut meninggal. Wang ini diberikan sebagai penghargaan kepada sumbangan yang diberikan oleh waris tersebut. Peruntukkan sebanyak 20 million telah disediakan untuk menjalankan program ini. Tindakan ini jelas sekali menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri prihatin terhadap rakyat.