Thursday, February 28, 2013

Copywriter (penulis surat jualan) pula adalah individu yang bertanggung jawab untuk menulis skrip .........

Kuasa Copywriting – Dari Mata Jatuh Ke Hati Dan Terus Membeli

Ditulis oleh 
Ya, sekali dengar macam bait-bait cinta tetapi sebenarnya ia adalah seni copywriting atau pun yang bermaksud bahan skrip surat jualan. Copywriting jika dirujuk dalam Wikipedia adalah dinyatakan sebagai perkataan untuk mempromosikan individu, perniagaan mahupun idea. Walaupun perkataan ‘copy’ boleh dikaitkan dengan sebarang kandungan bercetak, terma copywriting terhad kepada bahan promosi tanpa mengira bagaimana ianya dipersembahkan.
Asas Copywriting
Harus kita ingat isi kandungan berita akhbar dan majalah bukan lah satu bentuk copywriting. Sehingga kini saya belum dapat pastikan maksud copywriting jika diterjemah dalam bahasa Melayu. Cuma pernah terbaca ianya diterjemah sebagai skrip jualan dan promosi. Namun dalam artikel ini saya akan menggunakan terma copywrting sebagai maksud yang utamanya. Copywriter (penulis surat jualan) pula adalah individu yang bertanggung jawab untuk menulis skrip tersebut.

Copywriting Adalah ‘Kuasa’ Memujuk Prospek?

Copywriting adalah satu elemen yang digunakan sebagai medium untuk membina kesedaran, populariti dan objektifnya pada kebiasaan adalah untuk menjual. Ianya boleh terdiri daripada terma pengiklanan, surat jualan, brosur, salinan jualan, emel pemasaran, jenama dan banyak lagi dalam bentuk media ataupun medium pengiklanan.
Malah kadang-kala kita sendiri tidak sedar bahawa kita sedang dipujuk untuk membeli apabila membaca papan iklan, majalah dan lain-lain media kerana betapa berkuasa dan halusnya seni copywriting dalam menguasai minda separuh sedar kita. Walaupun ianya sekadar 2, 3 patah perkataan mahupun sekadar sebuah gambar yang mengasyikkan, copywriting yang bagus dapat memberikan kesan mendalam kepada naluri si pembaca dan mendorong mereka. Ini lah kuasa copywriting!

Kenapa Perlunya Belajar Asas Copywriting?

Seperti yang sudah kita ketahui tujuan asas copywriting ini adalah untuk membina kesedaran, populariti, penjenamaan dan menjual. Dengan maksud yang mudah apabila kita menggunakan set media copywriting yang bagus dan berkuasa maka sekaligus kita dapat meningkatkan segala elemen yang dibawa oleh copywriting itu tadi dan akhirnya jualan syarikat dapat dihasilkan dengan kadar yang lebih baik.
Contoh Copywriting Untuk Produk
Dengan penggunaan copywriting yang betul dan tepat, kita mungkin dapat membina jenama yang lebih kukuh, mempunyai prospek dan pelanggan yang lebih tepat serta membantu memanjangkan lagi sesuatu jangka hayat sesebuah perniagaan. Jangan kita lupa dan keliru bahawa copywriting yang bagus juga bukan setakat terhad pada proses pemasaran produk dan perniagaan semata-mata.
Ianya juga boleh untuk kita memasarkan dan membina kredibiliti kita sendiri. Seperti contoh jika seorang pakar hartanah menggunakan media copywriting untuk mempromosikan kepakaran beliau maka tidak mustahil beliau telah melipat gandakan kredibilti beliau di mata khalayak dan di akhirnya akan berjaya juga mendapat keuntungan melalui tempat duduk seminar hartanah yang berjaya dijual. Sekali lagi ini lah kuasa copywriting!

Adakah Copywriting Hanya Sekadar Ayat & Perkataan?

Ada yang mengatakan copywriting haruslah dalam bentuk tulisan dan ayat memandangkan jika diekstrak perkataan copy wrting ianya menjadi ‘copy’ dan ‘writing’. Tetapi sebenarnya ia lebih besar skalanya dan bukan lah hanya terhad kepada ayat dan perkataan. Cuma mungkin banyak copywriting dijelmakan dalam bentuk ayat dan perkataan.
Power Ranges Copywriting
Jika dilihat dengan teliti copywriting ini adalah satu seni dan gabungan sains psikologi seperti penggunaan Nuero Linguistic Programming (NLP) yang diatur dengan penuh strategi untuk menguasai prospek dan memiliki tumpuan perhatian mereka untuk melakukan sesuatu yang mahu dicapai dengan penghasilan copywriting tersebut.

Copywriting Adalah Satu Pujukan & Ganguan Emosi!

Tidak keterlaluan boleh dikatakan copywriting adalah satu pujukan dan gangguan emosi secara paksaan yang sengaja diwujudkan oleh copywriter tanpa disedari oleh prospek atau pun pembaca. Kesimpulannya copywriting yang bagus boleh membuatkan kita menjadi lebih popular, terkenal dan dipandang tinggi manakala dari sudut perniagaan copywriting mampu membina jenama, memperkukuhkan strategik pemasaran perniagaan  dan akhirnya mendatangkan keuntungan!
Dan tidak ketinggalan copywritng ini juga diukur dengan bagaimana ianya convert atau menukarkan dari seorang prospek menjadi seorang pelanggan dan terma yang sering digunakan adalah converting ratio. Namun apa yang pasti adalah seni copywriting ini adalah laku zaman berzaman dan evergreen!
Baiklah setakat ini sahaja dahulu sesi pengenalan kita pada kali ini dan jangan ketinggalan pada sesi akan datang pula saya akan bawakan tajuk juga mengenai copywritng dan yang pastinya lebih menarik!
- See more at: http://www.majalahniaga.com/kuasa-copywriting-dari-mata-jatuh-ke-hati-dan-terus-membeli.html#axzz2MFtxUCqf

Baca selanjutnya http://www.majalahniaga.com/kuasa-copywriting-dari-mata-jatuh-ke-hati-dan-terus-membeli.html#ixzz2MFvaUc5W
Follow us: @majalahniaga on Twitter | majalahniaga on Facebook