Thursday, August 26, 2010

Sejarah jelas memaparkan PELOPOR-PELOPOR/PERINTIS-PERINTIS pejuang merdeka yang sejati




SAKSILAH PELOPOR DAN PERINTIS PEJUANG KEMERDEKAAN NUSA!!!

BENARKAH UMNO PEJUANG MERDEKA??? - CHEGUBARD


Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ini telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Parti ini adalah parti yang mula-mula sekali menjadikan "MERDEKA" sebagai slogannya, dan menjadikan warna merah dan putih sebagai bendera untuk parti PKMM.

Dengan selogan "MERDEKA" PKMM telah berjaya menghimpunkan seluruh rakyat Tanah Melayu tanpa mengira agama dan fahaman ideologi. Namun ia tidak mendapat sokongan dikalangan bangsawan Melayu dan juga kakitangan kerajaan (pro penjajah)

Pimpinan tertinggi PKMM pada awalnya dipimpin oleh Mokhtarudin Laso seorang yang amat keras didalam perjuangannya, namun beliau menghilangkan diri dan dikatakan bahawa beliau telah ke Sumatera Barat, untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mokhtarudin Laso satu mesyuarat telah diadakan di 'Rumah Merdeka' di Kampung Bahru untuk menstrukturkan semula PKMM.

Struktur organiasasi PKKM yang baru adalah:

Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy Naib
Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako)
Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni

Ahli Jawatankuasa :
1. Abdullah CD (Cik Dat Abdullah)
2. Ahmad Boestamam
3. Musa Ahmad
4. Khatijah Ali
5. Abu Bakar Al Baqir

Aishah Ghani telah mengantikan tempat Khatijah Ali apabila PKMM berpindah ke Kuala Lumpur. 'Mak Inang' nama timangan yang digunakan oleh Aishah Ghani untuk penulisan akhbar rasmi PKMM yang bernama 'Pelita Malaya'. Aishah Ghani telah meletakkan jawatan setelah beliau menjawat jawatan didalam kerajaan British. Tempat beliau kemudiannya diisi oleh Shamsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda.

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya:

1. API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO Dato Onn Jaafar.

2. AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO, Onn Jaafar.

3. BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas, Johar - Kadir dan Negeri Sembilan - Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5. Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8. Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8. Kesatuan Opera Melayu.

9. Persatuan Pemandu Teksi.

10. PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, iaitu sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. (video http://www.youtube.com/watch?v=sNZzZlVgWxY&feature=PlayList&p=F0B6BA1785FFE49E&index=0&playnext=1)

HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.


Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai UMNO), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, dan telah menolak Perlembagaan Rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) UMNO, Dato' Onn Jaafar.

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS)

AYUH BUKTIKAN BAHAWA UMNO ITU PEJUANG KEMERDEKAAN!!!!

---
http://chegubard.blogspot.com/2010/08/benarkah-umno-pejuang-merdeka.html


xxxxxxxxxxxx

3 Sept 1945 -

Tentera British menakluki semula Malaya melalui Pentadbiran Tentera British (BMA).

16 - 17 Okt. 1945 -

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) didirikan di Ipoh, Perak.

1 Mac 1946 -

Kongres Melayu Se Malaya, termasuk PKMM, menyarankan penubuhan UMNO.

11 Mei 1946 -

UMNO dirasmikan di Johor Baharu di bawah pimpinan Onn bin Jaafar.

1947 -

PKMM pamerkan bendera Malaya merdeka di persidangan Asia baru di New Delhi.

Selepas Malayan Union gagal, PKMM menarik diri dari UMNO kerana UMNO 'enggan' menuntut merdeka. PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) yang dipimpin PKMM - termasuk API (Angkatan Pemuda Insaf), AWAS (Angkatan Wanita Sedar), Hizbul Muslimin, BATA (Barisan Tani), BARA (Barisan Anak Rakyat) - bekerjasama dengan All Malayan Council of Join Action (AMCJA), yang dipimpin Malayan Democratic Youth League (NDYL), Persatuan Bekas Perajurit TAJRM, Persatuan Wanita dan Malayan Indian Congress (MIC).

14 Ogos 1947 -

India dan Pakistan merdeka (Arus kemerdekaan Asia dan Afrika serta lain-lain tempat bermula)

16 SEPT 1947 -

PUTERA - AMCJA memimpin mogok umum (hartal) di semua negeri menuntut kemerdekaan dan menentang Persekutuan Tanah Melayu cadangan penjajah.


XXXXXXXXXXXXXXX

Kerajaan yang wujud pada tahun 1948, lebih tepatnya Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sebenarnya adalah kerajaan kolonial Inggeris. Pertubuhan seperti PKMM, PETA, AWAS, Barisan Tani, Kesatuan Buruh dan lain2 telah melancarkan perjuangan sengit menentang kerajaan tajaan penjajah Inggeris ketika itu. PUTERA-AMCJA mengadakan hartal di seluruh negara adalah juga kerana menuntut Malaya diberikan kemerdekaan TOTAL ATAU PENUH

PELOPOR-PELOPOR ATAU PERINTIS-PERINTIS INI menentang rancangan Persekutuan Tanah Melayu tajaan penjajah jijik Inggeris dan TUNTUT KEMERDEKAAN penuh. Masa itu UMNO baru berumur 2 tahun bersama semboyan HIDUP MELAYU.


XXXXXXXXXXXXXXX

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.

HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

16 SEPTEMBER JUGA ADALAH HARI SELURUH RAKYAT BERSEPAKAT DAN BERMULA MENENTANG PENJAJAHAN, IAITU HARI ANTI PENJAJAHAN / HARI HARTAL