Tuesday, April 30, 2013

哇。。。。整张纸都签满了
哇。。。。整张纸都签满了
取消 · · · 约1小时前 ·

Lim Kit Siang bukan dalang 13 Mei-----

B.s. Lim 分享了 Bersih 3.0 in Melaka照片
Adakah anda antara mereka yang  "TERMAKAN" dengan fitnah orang-orang yang MEMAKAN RASUAH ? 

Jika TIDAK, sila LIKE dan SHARE ya.
Adakah anda antara mereka yang "TERMAKAN" dengan fitnah orang-orang yang MEMAKAN RASUAH ?

Jika TIDAK, sila LIKE dan SHARE ya.
取消 · · · 2小时前 ·



A chinese collecting donation for a PAS candidate This is politik baru! PO42  N5 Sungai dua. Zahadi Haji Mohd.A Good Job my dear friends!
A chinese collecting donation for a PAS candidate This is politik baru! PO42 N5 Sungai dua. Zahadi Haji Mohd.A Good Job my dear friends!
取消 ·  ·  · 10小时前 · 


13 Mei angkara Dr Mahathir mahu rampas kuasa Tunku - Tamrin Ghafar PDF Print E-mail
Written by admin   
Tuesday, 30 April 2013 20:00


Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Tamrin Tun Ghafar. Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umno, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi....

"Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang peristiwa berdarah 13 Mei itu. Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu. "Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku. Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini. - HARAKAHONLINE

MALAYSIA NEWS TAMRIN GHAFAR DR MAHATHIR TUNKU 13 MEI PRU13
 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.

Mahathir seorang pemimpin lidah bercabang

05 January 2013

Mahathir seorang pemimpin lidah bercabang - Tamrin Ghafar


Cakap Mahathir berdolak-dalik - Tamrin
Menjelang PRU-13 ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat semakin galak bersuara mencampuri urusan pentadbiran dan politik negara. Tamrin Tun Ghafar yang bergelumang dengan Umno selama 44 tahun dan sertai PAS 11 Julai lalu 'cukup masak' dengan pekung dan temberang Mahathir. Baginya Mahathir seorang pemimpijn 'lidah bercabang' sepanjang 22 tahun menjadi PM. Ikuti butiran lanjut bersama AHMAD LUTFI OTHMAN, TARMIZI MOHD JAM dan ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif anak Negarawan Tun Ghafar ini di Pejabat Harakah pada 21 Disember lalu.
HARAKAH: Bagaimana tindakan Mahathir dulu dan kecenderungannya kini dalam isu pemilihan pemimpin Umno-BN, pada kaca mata Saudara?
TAMRIN TUN GAFAR: Semasa dia letak jawatan Perdana Menteri di PWTC, Mahathir kata dia tidak akan masuk campur urusan politik dan pentadbiran negara. Mahathir kata tidak macam orang 'seberang' sana. Maksudnya masa itu, Mahathir perli Lee Kuan Yew yang jadi Menteri Mentor pasal dia bergaduh dengan Lee banyak isu.
Tapi, bila zaman Dollah (Abdullah Badawi) jadi Perdana Menteri, Mahathir kempen habis-habisan minta rakyat supaya pilih calon bukan atas dasar parti tetapi pilih calon. Itu kempen Mahathir zaman Dollah tahun 2008 dulu pasal ketika itu dia nak paksa Dollah letak jawatan dan dia berjaya ketika itu.
Tetapi sekarang pula dia kata, "kita mesti menangkan semua calon Umno-BN tanpa kira calon itu bagus tak bagus asalkan dia Umno-BN". Dua bulan dulu, Mahathir pernah kata, kalau Umno-BN nak menang, mesti letak calon-calon luar dari hierarki Umno sekarang kerana pemimpin-pemimpin Umno yang ada sekarang ini mencerminkan rasuah dan penyelewengan kuasa jadi rakyat akan tolak.
Maksudnya, Mahathir bercakap berdolak-dalih?
Jadi, kita nampak Mahathir ini berdolak-dalih. Kejap kata begitu, kejap kata begini. Itu dari segi nak pilih calon. Tak kisah siapa, asalkan Umno-BN, rakyat kena undi. Tapi calon-calon luar ini bermasalah, penerimaan di peringkat bahagian. Itu sebab Najib dalam ucapannya menegaskan tak kira siapa, kita mesti sokong. Dalam tradisi Umno, kalau kamu bukan dari orang bahagian, kamu akan disembelih. Itu realiti yang berlaku.
Semasa zaman Dollah, Mahathir pernah kata Umno parti perkauman tetapi dibidas oleh Nazri Aziz bahawa jika begitu, Mahathir adalah bapa segala rasis selama 22 tahun dia memerintah.Nampak tak..., Mahathir cakap ikut sedap mulut sahaja. Pada masa itu, Mahathir memang nak bantai Dollah saja. Sekarang pula Mahathir kata Umno parti perpaduan, berjuang untuk semua kaum. Lihat, bagaimana lidah bercabang Mahathir.
Macam mana realiti dan praktik sebenar Mahathir berkaitan hal Yahudi-Israel pula sejak dulu hingga hari ini?
Dalam isu Israel ini. Mahathir tuduh Anwar (Ibrahim) sebagai agen Yahudi. Tetapi pada awal 1990-an, senyap-senyap Mahathir hantar Almarhum Tengku Abdullah Rahman (Tengku Abdullah Melewar) sahabat baik dia ke Tel Aviv untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi dan perkara ini telah terbongkar.
Saya sendiri pada tahun 1994 dalam Parlimen telah menentang tindakan itu. Mahathir jugalah Perdana Menteri pertama yang membenarkan pasukan kriket bertanding di Dataran Merdeka. Seminggu rakyat protes apabila Mahathir benarkan pemain kriket Israel beraksi di Dataran Merdeka. Akibatnya, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob dipenjarakan sebulan.
Tapi Najib pun macam Mahathir, suka dengan Yahudi Zionis ini...
Memang betul. Kerajaan bawah Najib sekarang ini bayar RM77 juta kepada Apco Worldwide sebagai penasihat. Dua orang ahli lembaga Apco ialah agen Yahudi Zionis dan perkara ini dibangkitkan tapi Mahathir senyap. Dia tak menentang pula walaupun disahkan oleh Musa Hassan baru-baru ini.
Mukhriz, anak Mahathir pula dalam Tweet sebagai reaksi kepada bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang mahu kepastian sama ada Malaysia berdagang dengan Israel atau tidak. Jawapan Mukhriz dalam Tweetnya ialah memang Malaysia membenarkan kapal-kapal Israel berlabuh mengangkut minyak masak dari Pelabuhan Klang untuk Israel beri kepada rakyat Palestin sebagai bantuan.
Tak masuk akal. Sedangkan kita hendak hantar bantuan pun kena tembak. Kenyataan Mukriz sebagai Timbalan Menteri Industri itu tidak masuk akal. Mahathir sekali lagi senyap.
Mahathir dan anaknya telah memonopoli hasil minyak...
Itulah, sepatutnya, Mahathir sebagai Penasihat Petronas, dia mesti tentukan Petronas yang bekalkan petrol kepada kapal terbang MAS diteruskan. Sekarang anaknya pula yang menguasai 19.9 peratus saham dalam Sam Miguel sebuah syarikat arak yang terbesar di Filipina. Nilai harga yang Mirzan beli ialah RM3 bilion.
Katakanlah, bank beri 80 peratus pinjaman, jadi Mirzan perlu cari 20 peratus lagi daripada RM3 bilion iaitu RM600 juta. Mirzan cari duit tunai itu dari mana? Keuntungan daripada itulah diguna beli Exxon Mobil di Malaysia dan dijadikan Petron. Petron inilah yang dibenarkan membekalkan minyak kepada pesawat MAS. Sepatutnya tak boleh berlaku. Keutamaan patut diberi kepada Petronas. Apa guna Mahathir ada di situ? (sebagai Penasihat Petronas). Alasan dia senang saja. Dia cakap dia tiada kuasa dan tidak boleh campur tangan. Kalau begitu, letak jawatan sajalah. Jangan makan gaji buta saja dengan Petronas.
Begitu juga dengan konsesi carigali minyak. Mahathir beri kepada anaknya, Mokhzani melalui syarikat Kencana dan Sapura, Dato' Shahril Shamsuddin. Sekarang ini, kedua-dua syarikat itu bergabung. Persoalannya, mengapa tidak ditenderkan. Bercakap tentang bilion-billion ringgit. Macam mana boleh beri begitu sahaja.
Takkan Mahathir sebagai penasihat, dia tak tahu langsung. Jadi, dia datang pejabat buat apa? Mustahil Mahathir tak tahu. Dia akan beri alasan dia hanya penasihat. Itu helah dia. Negara ini bukan milik dia hingga boleh buat apa saja.
Mahathir juga banyak isu penyelewengan kuasa. Tahun 1990-an, Mahathir salahguna duit rakyat. RM3 bilion digunakan untuk menyelamatkan bisnes anaknya, Mirzan apabila kerajaan membeli syarikat konsesi perkapalan yang dikuasai oleh Mirzan. Masa itu Mirzan hampir nak bankrap. Rugi banyak. Dia gunakan duit kerajaan yang juga duit rakyat untuk menyelamatkan anaknya.
Adakah Mahathir lidah bercabang juga dalam perkara berkaitan Islam?
Dari segi agama, Mahathir ni sudah lama caci Islam. Tahun 1992, kenyataan Mahathir kepada wartawan, dia dah mula kata apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri nescaya ramailah umat Islam mati dan kudung tangan.
Pada tahun 1997, dia kata tujuan perempuan Arab tutup aurat kerana pada zaman Jahiliah orang Arab mempunyai nafsu kuat sedangkan dalam Quran terang-terang jelaskan hukum tutup aurat ini. Begitu juga, Mahathir kata hudud ialah ciptaan ahli-ahli Feqah. Itu kenyataan dia pada 26 Februari 2012 ketika Konvensyen di Unimas.
Mahathir juga kutuk Rasulullah SAW. "Zaman itu tidak ada 'gillete', tidak ada pisau cukur. Itu sebabnya Nabi ada misai, janggut sebab tak bercukur." Itu kenyataan dia pada 1997.
Terbaru ini, kata Mahathir lebih baik kita berkawan dengan syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal. Itu proverb orang Barat tetapi yang kita persoal apabila wartawan tanya dia di rumahnya masa Hari Raya Puasa, siapa syaitan? Mahathir kata syaitan dan iblis itu ialah Umno-BN. "Kita kenal dia. Kita boleh kerja dengan dia. Malaikat depa tu bukan kita kenal pun. Tak tahu dia baik tak baik". Lihat. Dia tekankan lagi isu ini. Apa jenis Islam Mahathir ini? Mengapa alim ulama, mufti-mufti senyap saja perkara ini.
Dalam isu Anwar macam mana?
Mahathir berbohong besar apabila kata Anwar sendiri tumbuk mata sendiri sampai lebam. Pada masa itu orang Umno percaya apa yang dia cakap. Suratkhabar muka depan keluar. Tapi akhirnya Rahim Noor, Ketua Polis Negara mengaku dia yang tumbuk. Terbukti, itu pembohongan Mahathir lagi.
Semua orang tahu, Mahathir telah 'menelanjangkan' Raja-raja Melayu sebelum ini. Apa tindakan Mahathir semasa dan selepas menjadi Perdana Menteri?
Mahathir yang mula-mula menelanjangkan Raja-raja Melayu dan merampas kuasa raja-raja tetapi dia juga hentam Prof. Dr Aziz Bari kononnya tak hormati Sultan Selangor. Dia gunakan semua khususnya Umno, media dan sebagainya. Dia adakan perhimpunan rakyat di seluruh negara masa itu. Maki hamun raja-raja. Kami (Pemuda Umno) diarahkan beritahu Sultan Pahang ada 200 kuda dalam bilik aircond. Sultan Pahang kaki judi, kaki mabuk, kaki perempuan, jual balak, jual itu semua. Sultan Johor, Sultan Perak macam-macamlah. Kita 'attack' raja-raja ketika itu atas arahan Dr. Mahathir. Hari ini bila kita tegur, dia pula sekarang jadi pembela Sultan. Itu sebab saya kata dia lidah bercabang.
Mengapa kenyataan dan tindakan Mahathir tak konsisten?
Mahathir buat semua ini pasal jika Pakatan Rakyat menang, pertama, dia akan rasa malu dengan Anwar Ibrahim. Itu pasal dia panik. Tamparan hebat bagi dia. Realitinya, Mahathir turun padang hari ini pasal dia tahu Najib lemah. Najib bukan seorang strategis dan tidak ada kematangan dalam politik sebenarnya. Mahathir kena bantu. Win-win situation.
Pasal apa?
Mahathir risau diheret ke mahkamah kalau Pakatan menang dengan penyelewengan kuasa, rasuah yang dilakukan selama dia memerintah 22 tahun. Tidak cukup dengan itu, dia juga bimbang dengan perniagaan anak-anaknya, Mirzan dengan Petron, Mokhzani dengan minyaknya.
Mahathir juga nak tengok anaknya, Mukhriz bukan sekadar jadi Menteri Besar Kedah saja tapi kalau boleh bila Najib dipaksa turun besok seperti mana yang dibuat pada Dollah, dia akan naikkan Muhyiddin. Suka tak suka Muhyiddin terpaksa ambil Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mahathir 'kamceng' dengan Muhyiddin pasal kedua-dua mereka 'rapat' dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Itu fakta.
Mahathir anggap Najib lemah, bukan strategis
Mengapa kenyataan dan tindakan Mahathir tak konsisten?
Mahathir buat semua ini pasal jika Pakatan Rakyat menang, pertama, dia akan rasa malu dengan Anwar Ibrahim. Itu pasal dia panik. Tamparan hebat bagi dia. Realitinya, Mahathir turun padang hari ini pasal dia tahu Najib lemah. Najib bukan seorang strategis dan tidak ada kematangan dalam politik sebenarnya. Mahathir kena bantu. Win-win situation.
Pasal apa?
Mahathir risau diheret ke mahkamah kalau Pakatan menang dengan penyelewengan kuasa, rasuah yang dilakukan selama dia memerintah 22 tahun. Tidak cukup dengan itu, dia juga bimbang dengan perniagaan anak-anaknya, Mirzan dengan Petron, Mokhzani dengan minyaknya.
Mahathir juga nak tengok anaknya, Mukhriz bukan sekadar jadi Menteri Besar Kedah saja tapi kalau boleh bila Najib dipaksa turun besok seperti mana yang dibuat pada Dollah, dia akan naikkan Muhyiddin. Suka tak suka Muhyiddin terpaksa ambil Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mahathir 'kamceng' dengan Muhyiddin pasal kedua-dua mereka 'rapat' dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Itu fakta.
Apa agaknya Saudara nampak, sikap Mahathir terhadap Najib sebagai Perdana Menteri sekarang?
Dalam perjumpaan-perjumpaan tertutup, Mahathir selalu kata Najib tak cerdik dan dia marah dengan Rosmah Mansor tetapi baru-baru ini dia hadir sama apabila Rosmah lancarkan kapal TLDM. Sekarang, ke mana Rosmah pergi, Mahathir terhegeh-hegeh ikut. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Mahathir tahu Najib sekarang lemah dan tak bijak. Bawah Dollah, dia tak boleh dapat apa-apa. Itu sebab dia caci dan hina Dollah. Mahathir ni pendendam. Sampai sekarang pun, dia caci Dollah lagi. Anwar jangan cakaplah....
Perangai Mahathir memang macam itu. Najib lemah, 'speechless'. Tak boleh buat apa-apa. Anak-anak Mahathir dapat itu dapat ini. Suka tak suka kena bagi. Pemimpin-pemimpin Umno hari ini semua sudah beli insurans.
Kenapa mereka beli 'insuran'... macam ada yang tak kena!
Yalah. Tiba-tiba kes Deepak keluar, Musa Hasan keluar, masing-masing dah macam cacing kepanasan sekarang ini. Masing-masing nak beralih pada Muhyiddin. Mereka tahu Najib akan jatuh tetapi mereka tak tahu Muhyiddin pun akan jatuh juga pasal Barisan Nasional akan kalah PRU-13!
Dulu tak silap ada suatu ketika Mahathir dilabel sebagai manusia paling kuat pembohong, Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya oleh mereka yang sekarang ini jadi pencacai-pencacai Umno seperti Ezam Mohd Nor, Zahid Mat Arif dan lain-lain. Hari ini hanya kerana nak bantuan Mahathir, mereka ciumlah tangan Mahathir tu.
Sepanjang penelitian Saudara, Mahathir ni memang lidah bercabang?
Mahathir ini memang lidah bercabang. Orang Kubang Pasu tahu sangat sifat sebenar dan kenal siapa Mahathir sebenarnya hingga menolak Mahathir sebagai perwakilan Umno Bahagian ke Persidangan Umno Malaysia dulu.
-Harakah