Wednesday, September 21, 2011

Peristiwa Pemecatan Sultan Abd. Hamid (Khalifah Thmaniah Terakhir) dan Bagaimana Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah

Peristiwa Pemecatan Sultan Abd. Hamid (Khalifah Thmaniah Terakhir) dan Bagaimana
Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah


Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid
( 1876 - 1909 )
Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang
tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di
Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut
bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota
Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil
rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap
keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid
tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu.
Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul
Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.
“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan
Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan
menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang
bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi
di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan
pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan
Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif
mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di
Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan
Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.
“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk
menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita
hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu.
Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha
menyambung katanya.Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang
seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim
membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku
bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan
aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta
pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh
rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai.
Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul
Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam
itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian,
dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir
umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.
Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan
sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu
Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq
r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan
pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman.
Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh
kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan.
Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke
Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian
itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat
baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600
tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan
kembali.
Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi
kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat
Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka
dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka.
Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai,
dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.
Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor
yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.
Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor
sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang
khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.
“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor
sudah hilang upaya.
Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam
kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh
penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan
Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun
yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.


Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid
Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud
II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :
Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.

Kedua : Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses
perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu
perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan
teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama –
samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.
Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara
pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat
pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat
islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak
diperlukan lagi.

Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat
Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka
tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula
masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah
Othmaniah , pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi
TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad
diganti dengan tentera makan gaji. SIstem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar
diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.


Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem
kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan
Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis
perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran
diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain
institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar.
Undang – undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat
memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan
sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali
dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka
menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat
dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.

Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank
Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada
tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan
Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini
membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak
sedar, banker - banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system
riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker
Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru.
Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi
menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang
Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah.
Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest.
Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank
pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal
persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan
pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.

Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat
atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds
membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.

Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank
Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac
Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia
dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan
pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi
pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan
diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan
seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa.
Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap
masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti
masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana
kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank.

Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.
Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan
tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang
berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi
bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak
menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang - undang
tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli
tanah.
Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan
menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah
peranan penipuan besar oleh bank - bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam
membiayai projek ini dengan bon - bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku '
crash 1873 ' yang membawa kepada kejatuhan nilai bon - bon tersebut. Projek ini bukan
sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata - mata. Bahkan suatu
gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi
dengan angka - angka pada dokumen kewangan yan dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar
hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa
mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria
dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah
jatuh ke tangan British.

Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah
kejatuhan Khilafah Othmaniah.
Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada
pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan
mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau
tidak percaya kepada pegawai - pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur -
ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan
hutang kerajaan.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk
mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan
yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai
tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di
dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi
kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam
bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat.
Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya.Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl
melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan
tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini
kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta
mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan
mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun.
Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika
sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma.
Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya
berlaku atas sebab apapun.."

Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama
zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah
walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

http://dinarkel.com/pdf/Peristiwa%20Pemecatan%20Sultan%20Abd%20Hamid%20II.pdf