Tuesday, September 20, 2011

PROJECT IC UMNDOG--BN (5)

Wikileaks: SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu
Joseph Sipalan
Sep 20, 11
6:26pm
Kongsi

1223

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.

http://www.malaysiakini.com/news/176370

Vincent Uh 余崇温 · Pengulas Tertinggi · Universiti Sains Malaysia
Projek IC akhirnya akan membebankan taraf kehidupan rakyat Malaysia yang tulen.... percayalah!!!


Wan Ruslim · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MOE
Sabah menjadi negeri paling mundur kerana kebnjiran rakyat asing yg sebahagian besarnya tidak berpelajaran dan terlibat dengan aktiviti2 tidak sihat spt jenayah, pelacuran, penagihan dadah dan sebagainya...semuanya hnya kerana mahukan kuasa...rakyat pribumi sabah menjadi mangsa kerakusan gerombolan yang gila kuasa untuk membolot kekayaan hasil bumi sabah...


Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
penipuan yang sama bakal dilakukan pada PRU 13....!! cepat lancarkan BERSIH 3.0.....!!!



vvvvvvvvvvvvvvv

RCI siasat PATI di Sabah tak mungkin, kata Wikileaks
Joseph Sipalan
Sep 3, 11
2:59pm
Kongsi

350

Menurut kabel sulit Amerika Syarikat, harapan adalah tipis bagi menyaksikan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung masalah pendatang haram di Sabah dan meletakkan tanggungjawab itu di bahu "ahli-ahli politik era Mahathir" di negeri itu.

Kabel, yang dimuat-naikan dalam portal pembocor maklumat Wikileaks mendakwa kerajaan persekutuan dan Umno secara aktif telah memberi kerakyatan negara ini kepada pendatang asing tanpa izin sebagai pertukaran untuk sokongan politik.

Menurut kabel itu, seorang pegawai kanan perisikan yang telah bersara "terus-terang mengakui” bahawa pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed (kiri) telah "menerima pendatang tanpa izin "dari negara jiran, Indonesia dan Filipina untuk "mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di negeri ini."

Menurut pegawai berkenaan tindakan tersebut sebagai langkah pencegahan untuk "menghindari apa-apa sentimen pemisah di Sabah pada masa depan, dan di samping memperkukuhkan undi Umno yang diperlukan bagi menguasai negeri itu.”

"Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dikendalikan dengan betul, mungkin akan mendedahkan tembelang dan rasuah politik Umno serta cara mereka memanipulasi undi dan akan mengapi-apikan rakyat Sabah," kata kabel, bertarikh 5 September, 2008 itu.

Ahli-ahli politik dan aktivis Sabah telah lama menuntut agar kerajaan persekutuan memenuhi tanggungjawabnya membantu menyelesaikan isu kerakyatan pendatang asing itu. Ramai yang mengakui perkara itu cukup berleluasa semasa pilihan raya negeri 1994 apabila PBS yang menjadi pembangkang ketika itu ditumbangkan oleh BN selepas memerintah selama sembilan tahun.

Antara tuntutan yang dikemukakan bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu adalah untuk mengenalpasti pada peringkat akar umbi masalah pendatang haram yang terus meningkat setiap hari.

Desakan terbaru dibuat oleh Presiden Upko yang juga adalah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berikutan dakwaan pertabalan seorang ahli perniagaan Sabah sebagai Sultan Sulu.


http://www.malaysiakini.com/news/174728

Putera Katak · Taukeh kadai di Running my own business
sabahan akan jd minoriti tk lama lg