Thursday, November 25, 2010

BANGKIT RAKYAT KU UTK MEMBENTERAS KORUPSI/PENYALAHAN KUASA UMNOR......

Mahatir bin Kutty hanya Mementing Mempekayakan diri dan kronie mereka.
Hak Melayu terjamin tanpa UmnoR



Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UmnoR Ke-61 semalam, NAJ menyatakan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu tidak boleh digugat sama sekali kerana ia dilindungi sepenuhnya di bawah peruntukan yang 'terkunci kemas' dalam Perlembagaan Persekutuan.


Ucapan Naj itu dengan sendirinya menjelaskan kepada kita bahawa apa yang diperjuangkan oleh UmnoR kini hakikatnya bukanlah hak-hak istimewa orang Melayu yang 'terkunci kemas' dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi sebenarnya hak istimewa UmnoR. Hak istimewa Umno tidak terkunci kemas dan sebab itulah parti itu mesti menjadi ganas untuk mempertahankannya.


RASUAH

SIAPAKAH membantai kekayaan negara termasuk melalui projek-projek yang tiris sana-sini, hak untuk menyalahgunakan kuasa, hak untuk merampas tanah rezab Melayu sehingga tinggal 1.7 hektar sahaja dalam laporan 2004 berbanding kira-kira tiga juta hektar ketika negara mencapai kemerdekaan, hak untuk mencantas-cantas dan mengkudungkan kuasa politik Melayu seperti yang dilakukannya dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, hak untuk merentap bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat, hak untuk merembat saham Bumiputera, hak para pemimpin UmnoR untuk membina istana mewah demi istana mewah untuk diri mereka, hak para pemimpin UmnoR untuk meneruskan hobi memperbanyakkan koleksi kereta mewah dan pelbagai hak rakyat yang dirampas secara kurang ajar oleh UmnoR.

Kesemua hak UmnoR itu tidak terkunci kemas!


Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan.

Sejarah di mana-mana pun membuktikan apabila bangkit kuasa rakyat, para pemimpin yang jahat awal-awal lagi cabut lari ke luar negara membawa harta kekayaan yang mereka rompak. Yang tinggal ternganga-nganga ialah pak yet-pak yet mereka yang tak serik-serik ditipu.

PENYALAH-GUNAAN KUASA

Tok sah cakap banyaklah, puak mana yang banyak membawa lari wang ke luar negara sekarang melalui sistem hawala yang sebahagian besarnya dikuasai Mamak-Mamak money changer? Capital flight yang dikatakan mencanak sampai RM11 bilion itu duit siapa yang dibawa keluar sebenarnya?



UTK MASA DEPAN ANAK & CUCU KU..... BANGKIT RAKYAT KU UTK MEMBENTERAS KORUPSI/PENYALAHAN KUASA UMNOR

MASA DEPAN YG CERAH TANPA UMNOR