Monday, November 15, 2010

DINAR,DIRHAM

Dinar Dan Dirham

Ada yang bertanya tentang Dinar dan Dirham. Apa kelebihan menggunakan mata wang emas dan perak ini dan apa bezanya dengan mata wang kertas?

Mata wang kertas ialah kertas.

Dan diatas kertas itu ditulis angka-angka yang dikatakan 'nilai' kertas tersebut. Kalau di Mesir ini, 0.25 LE kita buleh dapat 1-2 kertas A4 berkualiti. Dan cuba kita bayangkan dari 2 keping kertas A4 ini, kita dapat hasilkan 10 keping wang kertas bernilai 100 LE.

Faham?

Perhatikan, dari kertas berharga 0.25 LE, dapat hasilkan 'wang' kertas berharga 100 LE. Jadi apa maksudnya?

Saya bagi contoh lagi;

Pada zaman dahulu, masyarakat mengamalkan sistem barter, Seekor kambing ditukar dengan seguni beras, seekor ayam ditukar dengan 1 kilo tepung. Pertukaran melibatkan perkara yang bernilai, dan bukan di'anggap' bernilai oleh 'sesetengah' pihak sahaja.

Contoh tambahan,
"Ustaz Kadir menjual air soya, dengan harga 7 LE sebotol, air soya dibuat dengan bijian soya yang diproses dengan susah payah, isterinya terpaksa memerah soya, mengisi soya kedalam botol, lalu apabila soya itu hendak dijual@ditukar, apa yang mereka akan dapat?

Kertas bukan?

Sistem mata wang kertas seperti ini dalam bahasa ekonomi dipanggil "FIAT MONEY",dari segi konsepnya fiat money or fiat currency is money whose value is not derived from any intrinsic value or guarantee that it can be converted into a valuable commodity (such as gold) fiat money dan ia adalah wang yang diistiharkan oleh kerajaan sebagai mata wang rasmi sesebuah negara. Kalau hari ini, kerajaan menggunakan 'kertas' sebagai currency atau financial instrument. Mungkin suatu masa, kerajaan boleh jadikan biji pokok getah sebagai mata wang negara. Mungkin.

Contoh lagi.
Farhan Azhar seorang taukey tiket kapal terbang ternama di Mesir ini, dia telah menyimpan keuntungan peniagaannya kedalam bank sebanyak 50,000 LE pada tahun 2010. Dan pada tahun 2010, kuasa membeli dipasaran masih tinggi, bermaksud, harga bayaran teksi ke Universiti masih lagi LE 2 genih. Pada tahun 2011, Farhan Azhar berniat untuk menjolikan semua harta karunnya didalam bank itu. Tetapi malangnya kuasa membeli pada masa itu sudah jatuh.Sebagai contoh harga sewa teksi pada tahun 2011 sudah mencecah LE 5!
Maksud kuasa membeli disini dipanggil Purchasing power parity (PPP).

Kesimpulannya disini, dari segi
Dari segi angka atau value number, 'wang' itu tidak berubah, 50 ribu tetap 50 ribu, tetapi yang berubah ialah, apa yang ada dapat beli dari 50 ribu itu? Kerana dasar jual beli ialah tranksasi pertukaran barang,contoh, seekor kambing ditukar dengan seguni beras.

Saya bagi contoh lagi.

Di indonesia, pada 9 tahun yang lalu, 1 Dinar= 400 ribu Rupiah, tetapi pada tahun 2010, 1 Dinar=1.5 Juta Rupiah!. Nampak?

Apabila commodity money kita adalah Emas, naik turun 'tukaran' dan kuasa beli kita bergantung pada nilai emas dipasaran. Dari segi money exchange atau exchange rate, 1 RM = 1.8 LE, atau 100 RM= 30 Dollar USD. Itu nilai tukaran, belum lagi diukur dengan kuasa beli.

Harga Dinar Kelantan semasa.

1/2 Dinar :: RM 296
1 Dinar :: RM 592
2 Dinar :: RM 1 184
5 Dinar :: RM 2 960
8 Dinar :: RM 4 736

1 Dirham :: RM 13
2 Dirham :: RM 26
5 Dirham :: RM 65
10 Dirham :: RM 130
20 Dirham :: RM 260
1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram manakala
1 dirham merujuk kepada syiling perak tulen (999.9) yang beratnya 2.975 gram

Baik, apa akan jadi kalau kita membeli 1 keping Dinar Kelantan, dan kita mahu gunakan sekeping Dinar itu di Mesir? Berapakah harga tukaran LE yang kita akan dapat?

Pada 7 Jun 2010,Harga emas di Mesir, one gram of 21 carat gold reached LE196, up from LE191, while 24 carat gold increased from LE 218 to LE224, and 18 carat gold rose from LE163 to LE168.(sumber)

Dinar Satu Kebebasan Pembeli.

Kadar jual beli kita pada masa sekarang bergantung pada kadar tukaran asing yang bersandar pada US Dollar. Kesannya, segala harga produk seperti minyak, bahan mentah, disandar pada Dollar. Keburukan Dollar ialah seperti yang terangkan sebelum tadi iaitu dollar ialah 'Kertas', paper money.Berbeza dengan dinar dan dirham, kerana ia bergantung pada harga emas dan perak, dan emas dan perak dianggap valuable commodity diseluruh dunia. Orang asli diceruk tasik kenyir pun kenal emas dan mahu emas. Ia adalah satu bentuk pembebasan ekonomi umat manusia.

Jika harga kereta Ford Focus Sedan 2011 di US bernilai 16,640 USD, kita rakyat Malaysia yang ingin membelinya terpaksa membelinya dengan harga RM 200 ribu lebih, (setelah ditambah dengan cukai 400% oleh kerajaan yang 'baik')

Guna Dinar Ekonomi Akan Jadi Kaya?


Ini adalah istilah jangal, dinar ialah instrument (alat). Alat kepada jual beli. Sebagai contoh, untuk mencedok bubur lambuk yang panas, kita menggunakan, seduk. Seduk disini ialah instrument (alat). Adakah dengan menggunakan seduk yang besar, bubur lambuk didalam kuali itu akan semakin bertambah?

Tentu sekali tidak.

Maka ekonomi negara bukan bergantung semata-mata kepada wang sahaja. Tetapi ia berkait dengan taraf hidup masyarakat, produksi dalam negara, kadar pelaburan asing, Market liquidity, dan berberapa lagi faktor.

Setakat itu sahaja perkongsian saya, nak tulis dalam-dalam bukan pandai sangat bab ekonomi ni, cuma sekadar membenarkan hadis Rasulullah S.A.W;

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham."
(The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Bersama mempromosikan Dinar Kelantan yang baru dilancarkan dalam bulan Ini oleh negeri yang dikatakan oleh orang-orang tertentu sebagai negeri yang paling 'mudur' dan 'jumud'. Dan teryata orang 'jumud' dan 'mudur' itu lebih cerdik. Tahniah kerajaan negeri kelantan.

Alhamdulilah.


Wslm
Merindui mu Kelantan Dari Mesir
Zaim Abdul Aziz