Monday, September 12, 2011

Rakyat naik komuter buruk, MAKIN TUNGGU MAKIN TAK NAMPAK BAYANG....MANAKALA PM naik jet mewah..MAKIN NAIK MAKIN SERONOK

Rakyat naik komuter buruk, PM naik jet mewah


9 Sep 2011 - 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Segala yang dicurah di sini, adalah dari perngalaman sendiri dan teman-teman yang ‘terpaksa’ menggunakan komuter setiap hari, yang sewajarnya ‘Pak Menteri’ pengangkutan tahu dan rasai. Suatu hari, sewaktu pulang kerja ada kejadian yang tak diingin dalam komuter berlaku. Ada seorang wanita pitam.

2 faktor yang membuatkan ia berlaku adalah kerana sistem penghawa dingin (sila baca panas) yang memberikan kehangatan dan ketiadaan tempat duduk. Bayangkanlah sekiranya mereka dari Kuala Lumpur, atau lebih jauh lagi Rawang, nak menuju ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan, dekat 2 jam lebih memakan waktu.

Pernah suatu hari tu, komuter yang sepatutnya tiba jam 3, tertunda sehingga berjam-jam lamanya sehingga melepasi waktu Maghrib. Memang sesuatu yang sungguh tak wajar!

Sering alasan di beri dari corong pembesar suara, “Akibat kekuarang tenaga .....” Apa motifnya pemberitahuan itu? Apakah komuter tu guna tenaga elektrik sebagaimana di rumah-rumah kita? Sesuatu yang bodoh lagi menghinakan (bagi kamu KTM) kiranya itu adalah satu penipuan besar kamu!

Ikuti luahan penuh rakyat didahulukan tersebut yang merupakan pengguna komuter di http://atriza.blogspot.com/2011/09/keretapi-tanah-melayu-ktm-komuter.html

SAMM LAPOR SALAHGUNA DANA AWAM OLEH NAJIB UNTUK BERCUTI
September 09, 2011

Laporan Polis telah dibuat oleh penyelaras SAMM negeri masing - masing di Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan laporan telah dibuat oleh Sdr. Saufi Mi'ad, Penyelaras SAMM NS. Laporan Polis yang dibuat jam 10.45 pagi di Balai Polis Seremban 2 seperti dibawah :

Portal berita dalam talian, Malaysiakini.com pada 2 September 2011 telah melaporkan berita Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah pergi bercuti ke Perth Australia pada tarikh 31 Ogos 2011 dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia no. pendaftaran 9M-NAA. Pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd.

Repot Polis sepenuhnya di http://chegubard.blogspot.com/2011/09/samm-lapor-salahguna-dana-awam-oleh.html


http://amkns.blogspot.com/2011/09/rakyat-naik-komuter-buruk-pm-naik-jet.html