Thursday, July 5, 2012

Misteri Tetap Misteri Di Bawah Pemerintahan Zalim

Kepergian  saudara Teoh Beng Hock
Tetap meninggalkan kepiluan dan kesengsaraan dlm sanubari

Hari demi hari
Bulan beralih bulan
Tahun lama bertemu tahun baru

Masih tiada fakta
Tiada kebenaran
Pada kematian saudara

Misteri tetap misteri
Cari demi cari
Siasat lagi siasat

Masih tiada jawapan
Masih menjadi pertanyaan
Masih merunsingkan benak

Apa yang terjadi
Siapa menutup kebenaran
Siapa di belakang semua babak demi babak ini?

Misteri tetap misteri
Di bawah pemerintahan zalim
Di bawah kuku besi dan kuncu-kuncu bertopeng pasukan
Di bawah kongkongan kebebasan media massa

Tayangan babak demi babak
Masih tak dapat mencari kebenaran
Penutupan tirai membawa misteri yg lebih besar
Kerana misteri tetap misteri di bawah pemerintahan zalim

Kebenaran akan muncul
Beta tetap percaya, malah yakin
Di satu hari nanti
Di mana pemerintahan zalim menjadi ukiran batu nesan
Di mana keinsafan anak-anak dan generasi muda
Di mana kesedaran bapak-bapak dan ibu-ibu
Menyedar satu hari nanti
Anak kesayangan mereka akan tetap menjadi seperti saudara Teoh Beng Hock
Mati kemisterian, Mati tanpa sebab di bawah pemerintahan zalim

Misteri tetap misteri
Di bawah pemerintahan zalim
Di bawah kuku besi bertopeng perjuangan perkauman yg amat jijik
Di bawah plot yang amat jahat
Di bawah satu nusa yang tiada kebebasan media massa dan hak bersuara
Di bawah penindasan, ugutan teror putih (white terror) dan penyalahan kuasa

Misteri tetap misteri
Setiap anak juga berpeluang
Menjadi seperti saudara Teoh Beng Hock
Mati kemisterian
Sekiranya kita masih belum terjaga
masih lagi berangan-angan pada pezalim
Masih ditipu dan diperdaya
Masih percaya plot dan strategi jijik yang bertopeng demi bangsa