Monday, March 28, 2011

bukti paling kukuh mengenai begitu seriusnya pecah amanah dan pengkhianatan janji UMNO/BN terhadap rakyat Sabah selama 16 tahun memerintah SABAH

terrible experiences faced by Lim Kit Siang

Menyeru supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menkaji mengapakah impian dan aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak semasa pembentukan Malaysia tidak tercapai atau dikhianati selama lima dekad!


Bulan yang lepas, bersama-sama Ahli Parlimen DAP Dr Hiew King Cheu (Kota Kinabalu), Teo Nie Ching (Serdang) dan Lim Lip Eng (Segambut), saya telah membuat lawatan ke Kota Belud dan Tuaran, satu pengalaman yang memberikan kesan kuat kepada kami semua, iaitu: mengapakah impian dan aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak semasa pembentukan Malaysia boleh dikhianati selama lima dekad lamanya.

Di Kota Belud, 800 pelajar dan 54 guru SMK Tambulion menderita setiap hari untuk pergi ke dan balik dari sekolah, kerana satu-satunya jalan yang sambung ke sekolah mereka adalah jalan lumpur, dan dalam musim kemarau ini, pelajar dan guru-guru semuanya sampai ke sekolah kelihatan seperti orang putih. Keadaan memalukan ini akan berterusan selama satu atau dua tahun lagi.

Tetapi masalah yang dihadapi oleh SMK Tambulion bukanlah satu-satunya masalah yang mencetuskan kemarahan umum. Kami turut melawat Kem Paradise, kompleks tentera yang bertujuan menempatkan 1,800 kakitangan tentera. Apa yang kami nampak adalah kuater-kuater bertingkat tinggi yang kosong belaka. Kem Paradise kini boleh ditukarkan nama menjadi Ghostland Paradise, hanya 35 kakitangan yang duduk di komplek yang bertujuan menempatkan 1,800 kakitangan – pembaziran wang rakyat yang ketara!



Adakah Kementerian Pertahanan akan menetapkan bahawa pihak berkuasa tidak akan menubuh sebarang kompleks tentera yang baru sehinggalah Kem Paradise digunakan sepenuhnya?

Kami juga membuat lawatan ke Jelapang Padi di Kota Belud di mana 5,300 ekar sawah padi dan 500 rumah ditenggelami air setinggi enam kai dalam bulan Januari kerana tidak ada sistem saliran air yang baik.

Di Tuaran, kami mendapati ianya harus dimasukkan ke Guinness Book of Records. Ini adalah apa yang telah saya tweet dari Tuaran semasa lawatan kami:

*

In Tuaran attend DAP CNY OH Sabah tale of horrors continue Tuaran has most unique hospital not just Msia but world - without a single bed!
*

150k ppl Tuaran have 2go2 KK 4 hospitalisation! Big shame! 4 nearly 30 yrs string of promises 2build ward w beds never met #Save Sabah/Malaysia!
*

2nd Tuaran horror Dy educ minister Fuad promised last yr work on new secondary school in Pekan Nabalu near Tuaran wld start b4 Xmas--promise Not kept

*

Horror3 - 1994 Umno/BN promised 2build bridge over Sg Damit Tuaran Promises repeated in 4 gen elections Never kept #Save Sabah/Malaysia!


Lawatan kami ke Kota Belud dan Tuaran telah mengesahkan masalah yang berlarutan di Sabah, di mana kepentingan rakyat Sabah - tanpa kira kaum, agama atau kawasan mereka - terlalai, didiskriminasikan dan dipinggirkan.


Dan orang yang menyebabkan semua ini adalah sekumpulan kecil ahli politik yang mengaut keuntungan peribadi dari kekayaan Negeri Sabah sementara rakyat Sabah terus merana menjadi orang paling miskin di Malaysia.



Tahun 2013, tiga tahun lagi, akan menandakan ulang tahun ke-50 penubuhan Malaysia. Adalah sesuai bagi kita untuk bersiap sedia menghadapi ulangtahun ini dengan mengkaji samada impian rakyat Sabah tahun 1963 semasa penubuhan Malaysia telah ditunaikan atau dikhianati.


Adakah rakyat Sabah menikmati hak kerakyatan sepenuhnya sebagi rakyat Malaysia selama lima dekad ini?

Biarlah proses perbahasan dan soul-searching bermula sekarang mengenai soal mengapakah Sabah, sebuah negeri paling kaya di negara kita, menjadi negeri paling miskin dalam tempoh lima dekad ini.


Dalam tahun 90an, Barisan Nasional berjanji kepada rakyat Sabah bahawa kemiskinan di Sabah akan dihapuskan dalam tahun 2000.

Bagaimanapun, bukan sahaja kemiskinan kekal di Sabah, malah kadar kemiskinan Sabah kini merupakan yang paling buruk sekali di Malaysia.


Seterusnya, Barisan Nasional berjanji bahawa kemiskinan tegal di Sabah akan dihapuskan dalam tahun 2010. Ini merupakan satu lagi janji-janji kosong BN yang bertimbun-timbun di Sabah dan di Malaysia.


Rakyat Sabah dan rakyat Malaysia masih ingat lagi pada suatu ketika dahulu, dalam usahanya untuk menumbangkan kerajaan PBS Sabah, UMNO dan BN berjanji ujudkan perkongsian kuasa yang tulin di Sabah, di mana jawatan Ketua Menteri akan digilir-gilirkan di antara tiga kaum utama di negeri berkenaan.

Apakah rekod pemerintahan UMNO/BN di Sabah selama 16 tahun sejak 1994?

UMNO/BN telah mebelakangkan janji perkongsian kuasa menerusi sistem Ketua Menteri secara bergilir – dalam 16 tahun ini, jawatan Ketua Menteri Sabah telah dipegang oleh masyarakat Kadazan selama sembilan bulan, Cina selama empat tahun dan UMNO selama 11 tahun!



Ini merupakan bukti paling kukuh mengenai begitu seriusnya pecah amanah dan pengkhianatan janji UMNO/BN terhadap rakyat Sabah selama 16 tahun mereka memerintah Sabah!

Ini semua tertinggal jauh dari janji-janji yang diberikan kepada rakyat Sabah pada awal tahun-tahun penubuhan Malaysia.

Bapa Malaysia dan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman, mengemukakan cadangan yang penuh bersejarah mengenai penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapore di ucapannya di Singapore Foreign Correspondents’ Club pada 27hb Mei 1961.

Rakyat Sabah dan Sarawak telah dijanjikan dengan kemajuan dan pembangunan, sekurang-kurangnya pada tahap yang dicapai di Semenanjung Malaysia.

Adakah janji-janji ini telah ditunaikan dalam lima dekad ini? Jawapannya jelas “TIDAK”!

Ke mana perginya kekayaan Sabah dan Sarawak selama lima dekad ini?

http://dapmalaysia.org/english/2010/mar10/lks/lks5613.htm

Setelah lima dekad berlalu, ramai di Sabah dan Sarawak masih kekurangan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik yang berterusan, belakan air paip yang tidak tergendala, dan jalan serta jambatan yang baik, perkara-perkara yang dianggap sebagai biasa dan asas di lain-lain tempat di Malaysia.