Tuesday, November 2, 2010

Kerajaan Negeri Pulau Pinang LANGSUNG TIDAK ( never ) membayar duit judi sumbangan Kelab Lumba Kuda kpd orang Islam!!!

Tidak benar sekali dakwaan UMNO bahawa Kerajaan Negeri membayar duit judi sumbangan Kelab Lumba Kuda kpd orang Islam


Kumpulan Wang Amanah Kebajikan membolehkan Kerajaan Negeri menerima sumbangan dari orang awam, syarikat, persatuan dan sebagainya. Kumpulan Wang Amanah Kebajikan mengandungi dua (2) Sub Lejar iaitu Sub Lejar Kebajikan dan Sub Lejar Kemiskinan.

Bagi Sub Lejar Kebajikan, sejak tahun 2004 adalah tidak aktif (dormant) dengan baki berjumlah RM 394,281.20. Sub Lejar ini diaktifkan semula setelah Kerajaan Negeri menerima sumbangan RM 1.5 juta pada 12 Mei 2010 dan RM 0.5 juta pada 23 Julai 2010 dari Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. Ini menjadikan baki terkumpul sub lejar kebajikan berjumlah RM 2.39 juta sehingga kini. Akaun ini masih tidak digunakan dan wang RM 2.39 juta belum disentuh lagi.


Perlu ditegaskan bahawa sistem perakaunan Kerajaan Negeri mengikut Akta Tatacara Kewangan 1957 yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Bukan seperti Kerajaan Persekutuan yang masuk semua hasil cukai judi kepada satu akaun yang kemudiannya digunakan untuk membayar gaji anggota pentadbiran, keagamaan dan pembangunan.


Manakala Sub Lejar untuk Kemiskinan yang diaktifkan pada tahun 2009 mula menerima sumbangan dari individu, syarikat dan Kerajaan Negeri dan sehingga Sept 2010 jumlah sumbangan yang diterima ialah RM 3,450,300.00.

Jumlah yang dibelanjakan / pengeluaran kepada penerima bantuan kemiskinan sehingga akhir Sept 2010 ialah RM 3,418,070.00 menjadikan baki Sub lejar kemiskinan berjumlah RM 32,230.00.

Sub lejar kemiskininan inilah yang digunakan untuk membasmi miskin tegar untuk orang Islam dan bukan Islam. Tidak benar sekali dakwaan UMNO bahawa Kerajaan Negeri membayar duit judi sumbangan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada orang Islam. Inipun disahkan oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Farizan Bin Darus.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

FAKTANYA IALAH:


Perlu ditegaskan bahawa sistem perakaunan Kerajaan Negeri mengikut Akta Tatacara Kewangan 1957 yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Bukan seperti Kerajaan Persekutuan yang masuk semua hasil cukai judi kepada satu akaun yang kemudiannya digunakan untuk membayar gaji anggota pentadbiran, keagamaan dan pembangunan.



SEMUA GAJI PEGAWAI (HAMBA RAKYAT), PERUNTUKAN BINAAN TEMPAT KEAGAAMA.........DARI WANG JUDI 4D, TOTO, DAMACAI!!!

WANG TAK HALAL digunakan untuk membayar gaji anggota pentadbiran, keagamaan dan pembangunan. INILAH DILAKUKAN OLEH BARISAN NASIONAL sejak kemerdekaan Malaysia hingga hari ini! Wah, sudah pun 53 tahun melakukannya secara haram dengan wang dan dana yang tak halal dan jijik!