Wednesday, April 27, 2011

utusan malaysia paling kuat menyiarkan fitnah

Siar fitnah, Utusan tetap tidak beretika- Idris Ahmad

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, Utusan tidak beretika apabila melaporkan secara semborono perkembangan kes perbicaraan Fitnah II membabitkan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia semalam dengan tajuk berita utama ‘Anwar Lelaki Y’, yang menjurus kepada usaha membina persepsi bagi menyatakan Anwar bersalah dalam kes itu.


Menurut Idris, ia salah dari segi etika kewartawanan kerana mendahului keputusan mahkamah, sedangkan berita tersebut pula hanya berpihak kepada hujah Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

“Ini merupakan suatu tindakan yang tidak beretika. Masalahnya, mengapa dalam akhbar yang sama tidak pula melaporkan hujahan oleh peguam bela,” soal Idris.


Beliau menjelaskan demikian, berikutan timbulnya kekeliruan di kalangan orang Melayu yang beragama Islam, apabila dilambakkan dengan pelbagai maklumat dan berita yang bersifat spekulasi semata-mata.


Menurutnya, Islam telah menganjurkan kepada umatnya kaedah ‘Tabayun’ iaitu tatacara dalam menguruskan maklumat atau pun sumber bagi sesuatu berita.


“Dari segi maklumat atau berita, tidak sepenuhnya kita yang mendapat perkhabaran itu untuk terima atau tolak. Tetapi adalah wajib untuk kita selidiki terlebih dahulu sumber-sumbernya,” kata Idris kepada Keadilandaily.


Justeru, beliau mengingatkan kepada wartawan dan editor akhbar supaya berhati-hati dalam membuat laporan.


“Ini kerana fitnah yang berbentuk tulisan lebih berbahaya daripada fitnah yang berbentuk perkataan. Fitnah yang berbentuk tulisan ini orang akan simpan kerana ia kekal,” katanya.