Thursday, April 7, 2011

jelas menunjukkan laungan kemerdekaan sudah diadakan di Singapura pada 1946 dan oleh Abdullah C.D., Ganapathy, Chen Lu, Dr Burhanuddin Al-Helmi .....

Pejuangan Untuk Kemerdekaan Malaya(Malaysia) bukan bermula dari UMNO

Pada Tahun 1946, Abdullah C.D. dan Ganapathy pulang ke pejabat PMFTU(iaitu Pan Malaysan Federation of Trade Union) di Singapura. Mereka disambut hangat dan besar-besaran dengan dihadiri kaum buruh berbilang kaum.

Menurut Memoir Abdullah C.D.: “Dalam rapat umum itu, Ganapathy dan saya membuat laporan berkenaan Asian Conference. Di sanalah kami isytiharkan lambang ‘Merah Putih’ sebagai lambang Malaya yang merdeka, Inilah hasil besa r persidangan kali ini, lambiag Malaya merdeka telah diajukan ke mata dunia.

“Selain itu kami menyampaikan laporan persidangan itu yang membincangkan msalah kemerdekaan dan menentang kolonialisme.”

Jelas menunjukkan masa itu, suara dan laungan kemerdekaan Malaya(kemudian Malaysia) sudah bermula di Singapura oleh ramai pemimpin, seperti Abdullah C.D., Ganapathy, Chen Lu, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan ramai lagi.


Sebenarnya, dari kaca mata dan realiti sejarah, Abdullah C.D., Ganapathy, Chen Lu, Dr Burhanuddin Al-Helmi adalah Bapa Kemerdekaan Malaysia.


Sejarah yang memesongkan bahawa UMNO adalah yang berjuang untuk kemerdekaan adalah satu penipuan besar dan lari dari fakta sejarah. Seperti hujah-hujah di atas yang jelas menunjukkan laungan kemerdekaan sudah diadakan di Singapura pada 1946 dan oleh Abdullah C.D., Ganapathy, Chen Lu, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan ramai lagi.Masa itu, UMNO baru ditubuh dan bukan memainkan peranan untuk kemerdekaan.